BAB 37🥀

318 9 1
                                    

"Vier. Ya Allah ya rabbi...kenapa tidur sini?"

Xavier yang tersedar apabila dikejut itu membuka mata perlahan lalu dia bangun dari pembaringannya.

"Lia marahkan Vier sebab tak tepati janji. Tu yang ke nak halau tidur luar tu. Semalam tak nak ganggu mama tidur tu yang Vier tidur sini" terang Xavier itu.

Datin Zea mengeleng kepala. Haish ada-ada je.  Tulah  siapa yang berjanji sangat dengan bini kan dah kena tu.

"Biasalah emosi ibu mengandung memang macam tu. Tak betul sikit kadang tu sampaikan benda dia marahkan walaupun benda tu tak salah pun yang salahnya dia sendiri tapi nak buat macam mana. Dah lah...Vier pergi naik bersihkan diri tu . Hari Vier kerja tak?" soal Datin Zea.

"Ikutkan cuti tapi kerja berlambak-lamabk dekat atas meja office tu. Banyak yang kena tanda tangan. Lepas tu kena check tempat" balas Xavier.

"Kalau macam tu Xavier siap lah pergi kerja...Lia tu takpe mama dengan Hana ada...boleh jaga. Dah pergi naik" Xavier mengangguk lalu pergi naik menuju ke biliknya . Tidak lupa bantal yang dia tidur itu di bawa juga.

"Angel..." Xavier mengetuk pintu itu perlahan tapi apabila tidak terdengar sebarang sahutan dia terus sahaja masuk walaupun nanti dia akan dimarahi oleh isterinya lagi.

Xavier melihat Dahlia yang masih tertutup mata itu lantas dia pergi membawa diri mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi.

Dahlia yang sedar bunyi pancuran air dari bilik mandi membuka mata perlahan bersama tubir mata yang sudah dipenuhi dengan air mata.

Apabila bunyi pancuran air sudah berhenti Dahlia lalu memejamkan matanya rapat dan cepat dia kesat air mata yang hampir mengalir sebelum Xavier sempat keluar.

Xavier melangkah masuk ke wardrobe tanpa menghiraukan Dahlia yang mahu menangis itu. Tapi dia menganggap yang siterinya masih tidur jadi dia tak nak menganggu.

Selesai dia memakai pakaian yang berformal itu dia lantas mengambil tali leher yang berwarna hitam itu. Ditenung lama tali leher itu lalu dia hanya menghiraukan apa yang difikirkannya dan cuba memakai tali leher itu sendiri.

"Tak payah pakai lah senang. Menyusahkan aku je" guman Xavier . Dia mana pernah suka sangat pakai tali leher. Ini pun sebab dia ikutkan kata Dahlia sebab Dahlia pernah kata yang dia lagi elok sekiranya dia memakai tali leher jugak. Tapi selalunya Dahlia yang tolong pakaikan untuknya.

Tapi apabila dilihat isterinya masih merajuk dengannya jadi batalkan niat sahaja mahu belajar pakai benda alah ni.

Terhenti tangan Xavier yang mahu meletakkan tali leher itu ke bawah apabila ada satu tangan kecil yang cepat mengambil tali leher hitam itu dari tangannya.

"Biar Lia pakaikan. Abang tunduk sikit" arah Dahlia dengan wajah tidak memandang Xavier.

"Tunduk lah. Lia nak pakai tali leher untuk abang ni" adu Dahlia apabila Xavier masih tidak tundukkan dirinya yang tinggi lampai itu. Haish tahu kita pendek.

"Arggh" terjerit kecil Dahlia gerangan dirinya tiba diangkat dan diletakkan di atas birai katil itu. Jadi sekarang tinggi ya lebih sama dengan tinggi suaminya.

"Cepat lah, angel nanti abang lama t nak pergi kerja"  Dahlia lantas bermain belit sana sini dan siap . Tali leher sudah terletak elok di baju kemeja suaminya itu.

Xavier tidak berganjak ke mana selepas isterinya siap memakaikanya tali leher. Malah dia merenung lama pada isterinya. Mata yang merah bersama hidung pun merah. Mesti isterinya menangis kerana dia.

"Jangan tenung Lia macam tu. Dah abang pergi kerja ...Lia nak pergi mandi" baru sahaja dia ingin menolak badan Xavier. Tangan Xavier lantas melingkari pada pinggangnya itu tidak mengizinkan dia pergi.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now