BAB 41🥀

272 9 0
                                    

"Kau memang patut mati . Kau tak layak pun hidup dalam dunia ni" tegas Puan Aira merenung tajam ke arah Tuan Razif itu.

"Kau yang patut mati lah sial. Apa gunanya kau bertaubat untuk dia hah!!" amarah Tuan Razif dengan pantas menendang perut Puan Aira itu.

Puan Aira yang tanpa sempat mahu menghalang sudah jatuh tersungkur ke belakang. Tangan cuba menahan sakit pada perutnya yang ditendang tadi.

"Aku tanya ni perempuan. Apa guna kau bertaubat kalau dia sendiri pun mesti tak terima taubat kau" amarah Tuan Razif duduk bercangkung berhadapan Puan Aira yang berkerut dahi menahan rasa sakit itu.

"Dia Maha pengampun dalam salah satu sembilan puluh sembilan nama Allah. Pintu taubat selalu dibuka sehingga datangnya dunia akhirat maka kelak pintu itu tertutup. Dengan masa yang ada aku cuba bertaubat dan aku pasti Allah Maha pengampun akan mengampuni dosa-dosa hambanya yang lalu" ujar Puan Aira yang sedikit tahu tentang agama.

"Pengampun konon. Kau lupa ke apa yang kau nak dulu tapi akhirnya kau jugak yang melutut dekat aku" bidas Tuan Razif.

"Itu dulu. Aku melutut pada kau kerana aku bodoh. Bodoh melutut pada orang yang gila kuasa gila harta MACAM KAU!!" tempik Puan Aira itu.

"SAKIT LAH SIAL!!! kau ingat telinga aku dah pekak ke?" Tuan Razif menolak Puan Aira kasar.

"Memang aku rasa telinga kau pekak. Pekak sebab dengar bisikan syaitan. Baik kau cuba dengar azan mana tahu kau sekali dengar je insaf terus. Eh lupa kau dah pekak kan" sinis Puan Aira.

Tuan Razif mengetap rahang apabila Puan Aira semakin mengecam dirinya ini. Layak ke dia nak terima taubat kau tu perempuan .

"Kau dah lupa aku yang tempat kau merayu. Aku yang bagi kau segalanya. Kelab. Duit. Harta. Apa yang kau gila sangatkan dia sampai kau boleh terus jadi baik" tegasnya.

"Maybe betul tapi aku bodoh sebab percayakan kau lah BANGSAT!!! kau buat semua ni sebab kau nak balas dendam kau. Kau ingat kau berkuasa sangat ke? Kau ingat kau ni Tuhan hah? Tiada siapa yang boleh ambil alih tempat Tuhan sebab dia yang paling berkuasa daripada hambanya" amarah Puan Aira.

Tuan Razif pantas mengambil pisau dan berlalu menikam perut Puan Aira yang baru cuba bangun itu.

Puan Aira yang menerima serangan mengejut memandang Tuan Razif yang senyum sinis itu. Senyuman yang bagai dirasuk.

"Mari aku tengok mampu ke dia nak selamat hamba dia sorang ni yang nak mati ni" lantas Tuan Razif menarik pisau yang ditikam pada perut dengan kasar.

"ARGHHHH!!!" Tuan Razif menikam pula pada dada yang berdegup itu. Jalan yang paling cepat untuk matikan perempuan jijik ni.

Terbuntang luas mata Puan Aira apabila dirinya ditikam lagi oleh Tuan Razif tapi tempat yang lebih kepada boleh mengancam nyawanya.

Puan Aira jatuh terbaring ke atas lantai bersama pisau di dadanya itu. Banyak darah mengalir pada perut dan dada. Mata yang terbuka sedikit memandang Tuan Razif yang datang ke arahnya.

Tuan Razif duduk bercangkung di sisi Puan Aira yang terbaring lemah itu. Tangan dengan lemah lembut mengelus pada pipi Puan Aira itu.

"Aku doakan semoga tempat kau dekat neraka ye. Bye , darling . Nanti jangan lupa jumpa jemput aku kalau kau dah mati" Tuan Razif pergi bersama tertawa jahat.

"Kau memang bangsat. Dasar jantan tak guna. Memang tempat kau dekat neraka" kata Puan Aira dengan lemah.

"AUNTY!!" jerit William yang mula perasan susuk Puan Aira yang terbaring lemah dengan darah yang berlumuran di lantai.

William dengan pantas bergegas ke arah Puan Aira itu. Cepat dia mencempung badan lemah Puan Aira dan berlalu masuk ke dalam kereta yang di pandu oleh anak buah Wisha.

"A-aku mi-mi-nta ma-ma-af. Ca-cakap ummi sen-tia-sa sa-yang-kan Ya-na. Te-rima ka-sih  sebab ke-hadiran Ya-na dah bu-bu-buat hidup um-mi ja-ja-di seorang i-" tergagap-gagap Puan Aira berkata kepada William. Manakala William setia mendengar ujaran Puan Aira walaupun ada sedikit dia tidak faham.

Ting! Ting! Ting! Ting!

"Ummi..jangan tinggalkan Lia" ujar Dahlia apabila bunyi mesin itu kian kuat membuat kan tubuh Puan Aira yang terkaku tadi tiba gelabah. Bagai nyawanya sudah sampai ke penghujung.

"Doktor!!" Puan Hana dengan pantas memanggil doktor di luar.

"Datin sila anak Datin keluar dari bilik ini biar kami cuba yang terbaik" kata doktor lembut kepada Datin Zea untuk membawa Dahlia yang seperti tidak mahu keluar.

"Lia...jom keluar biar doktor dan nurse yang uruskan . Kita doakan yang baik-baik okay" Datin Zea cepat membawa Dahlia keluar dari bilik icu itu. Pintu pantas ditutup. Doktor dan nurse-nurse kelat-kabut cuba menyelamatkan Puan Aira yang kritikal itu.

"Xavier" sebut Puan Hana apabila susuk Xavier mula muncul di luar bilik icu itu.

Xavier memandang ibunya yang bersama dengan isterinya yang menangis-nangis dalam dakapan Datin Zea.

Lantas dia cuba mengambil Dahlia dari dakapan ibunya ke pelukannya. Dia tahu isterinya mesti tidak kuat. Malah isterinya pasti mencari tempat untuk bergantung.

Lama mereka berempat menunggu kedatangan doktor keluar dari bilik icu itu. Dahlia pun bagai sudah surut hingusnya yang kian mengalir tadi.

Klak!

Pintu dari bilik icu akhirnya terbuka. Mereka smeua cepat berdiri dan pergi ke arah doktor yang sedang berbincang sesuatu kepada staffnya.

Tapi yang paling cepat sampai ke arah doktor itu adalah Dahlia yang masih menunggu dari tadi keputusan itu walaupun dirinya mahu terlelap tapi dia cuba kuat kan diri.

"Saya harap korang semua dapat menerima kenyataan. Puan Aira sudah selamat ke rahmatullah dan selepas ini korang boleh tengok jenazah buat kali terakhir. Kami sudah cuba sehabis baik tapi Allah lebih sayangkan Puan Aira" terang doktor dengan turut terasa simpati kepada peninggalan arwah Puan Aira.

Dahlia yang mendengar berita yang baru diluah oleh doktor itu terkaku. Hampir terjatuh ke bawah dirinya tapi Xavier sempat berpaut pada bahunya. Kakinya bagai lemah dan tidak mampu berdiri selepas mendengar berita itu.

"A-abang ummi" suara serak Dahlia itu.

"Abang tahu. Dah. Kita doakan semoga ummi ditempatkan orang yang baik-baik", Xavier menarik isterinya ke dalam dakapannya. Membiarkan isterinya menangis dalam dakapannya sambil tangan mengusap-usap kepala Dahlia yang ditutupi tudung shawl.

"Vier..bawa Lia balik ke rumah kamu. Biar mama dan ibu yang uruskan hal ini. Nanti hari pengebumian mama call" arah Datin Zea.

Xavier mengangguk lantas dia mencempung badan Dahlia yang masih menangis keluar dari ruangan itu.

_______________________

Gelak tawanya memenuhi ruangan itu sambil dia berpusing pada kerusi yang diduduki oleh nya. Segelas air haram diteguk bagi memuaskan dirinya.

Dia puas.

"Bagus. Nah ni bayaran untuk kerja kau. Kali ini double aku bagi dekat kau sebab pertama kau dah bunuh betina jijik itu kedua sebab kau dah cuba tarik perhatian dia" kata Tuan Razif melempar sebungkus sampul duit kepada seseorang yang dia telah arahkan .

"Tak payah bagi duit dekat I. I just nak apa yang I nak okay" sinis Hanania sambil menghidu haruman asap rokok yang baru dihisap olehnya.

"Okay . As your wish I'll give it" dia mengambil semula sampul duit yang dilempar itu.

"Thanks" tenang Hanania sambil bermain dengan rokok yang berada ditangannya itu.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now