BAB 52🥀

304 16 1
                                    

Sebulan kemudian....

"Huwaahhh....huwaahhh" semakin kuat bunyi tangisan bayi yang seakan ingin susu.

"Ya Allah, Hasif. Sabar kejap daddy buatkan susu untuk Hasif okay" kata Xavier yang dalam kelam-kabut membuatkan susu untuk anaknya.

Siap sahaja susu dibancuh. Air itu dituang ke dalam botol susu yang berwarna kelabu itu. Setitis air susu di test pada lengannya. Memastikan susu itu tidak panas.

Xavier mendukung Hasif dan memberi susu kepada Hasif tapi Hasif bagai tidak mahu susu yang dia bancuh. Dan dalam itu semakin kuat tangisan Hasif sampai hampir semua ruangan hanya bunyi tangisan Hasif sahaja.

"Kenapa ni Vier dari tadi mama dengar bunyi Hasif menangis" soal Datin Zea yang mula masuk ke dalam ruangan tamu itu.

"Vier pun tak tahu lah, ma. Bagi susu pun tak nak" kata Xavier sambil mendodoikan Hasif untuk menenangkan Hasif yang menangis itu. Hampir merah sahaja muka anak lelakinya gerangan kuat menangis.

"Kamu tunggu kejap" Datin Zea lantas pergi naik ke bilik ingin mengambil sesuatu. Xavier memandang susuk ibunya yang mula melangkah satu persatu tangga itu.

Lama ibunya pergi mengambil benda akhirnya muncul bersama satu sehelai kain yang berada di tangan Datin Zea.

Datin Zea berdiri dekat dengan cucu sulungnya lalu memberi satu kain yang berada di tangannya sekarang berada di atas lengan kecil Hasif itu.

Kedua-duanya terkedu. Apabila tangisan Hasif yang mulanya kuat sekarang sudah senyap selepas mendapat kain yang baru diberi oleh Datin Zea.

"How..."

"Tu kain milik Lia. Lia yang buat sendiri masa mengandungkan Hasif ni" potong Datin Zea yang tahu apa yang mahu ditanya oleh Xavier.

"...and I think his really miss his mummy. Nanti Vier bawa lah Hasif pergi melawat Lia. Lagipun Hasif dah lama tak jumpa mummy dia" arah Datin Zea sambil mata merenung pada cucunya itu.

Xavier mengangguk dan dia turut memandang anak lelakinya yang mahu terlena itu.

"Vier bawa Hasif naik atas, ma. Nanti petang Vier pergi hospital" Datin Zea mengangguk dan menghantar susuk Xavier dengan ekor mata .

Terselit rasa kesiannya terhadap Xavier. Kerana dalam Dahlia  yang masih tidak sedarkan diri. Xavier selalu berulang-alik dari hospital ke rumah lepastu ke syarikat.

Siang sibuk jaga Dahlia dekat hospital lepastu petang balik jaga Hasif sehingga malam sampaikan ada masa tu dia melihat Xavier yang berjaga waktu tengah malam mendodoikan Hasif itu.

Makan takde selera. Tidur tak cukup. Rehat pun kadang sekejap je.

______________________

"Xavier mari sini ayah nak cakap sesuatu" panggil Dato' Wilder menggamitkan tangannya kepada Xavier yang baru sahaja tiba di rumah ini.

Xavier dengan riak muka dingin berjalan ke arah ayahnya yang berada di salah satu kerusi kecil itu.

Lalu dia melabuhkan punggungnya berhadapan Dato' Wilder itu. Muka masih sama. Dingin.

"Sampai bila kamu nak jadi macam ni?"

"Jadi apa?"

"Tolong lah berubah ,Vier. Kamu tak rasa berdosa ke ambil makhkota seorang perempuan. Lepastu telan air kecing syaitan sampai mabuk malam-malam" kata Dato' Wilder yang selama ini memerhati sikap anaknya sekarang.

Selamat lah William dia hantar dekat Jerman. Ni kalau dua-dua bergabung haish memang teruk lah keluarganya. Nanti dikatakan dia tak pandai didik anak pula.

"Not now, dad. Ayah jangan nak masuk campur hal , Vier. Biar lah Vier jadi diri Vier sendiri dan ayah jadi diri ayah sendiri" tegas Xavier yang sepertinya tidak suka dinasihat.

Nak muntah dia dengar ayahnya membebel benda yang sama. Berubah. Berubah. Berubah. Naik hamak dia dengan benda tu.

Suka hati aku lah aku nak jadi apa pun.

"Pintu syurga pun tak teranggap nak terima kamu kalau kamu tak nak berubah. Ingat, Vier kita hidup dekat muka bumi hanya sementara dan semua yang kita ada ni hanya pinjaman daripada Allah"

"Jadi biarlah Xavier masuk neraka kalau macam tu" selamba Xavier menyilang tangan ke dada.

Dato Wilder mengetap rahangnya. Dia tidak akan mengangkat tangan pada anaknya. Dato Wilder mengucap sebentar lalu mata menatap riak muka Xavier yang dingin itu.

"Ayah tak kisah lah Xavier nak dengar atau tak tapi ja ni dengan ayah.." Xavier memandang Dato' Wilder itu.

Main janji-janji pula dah.

"..janji dengan ayah satu hari nanti kamu berubah dan kahwin dengan mana-mana perempuan yang boleh terima kamu. Andai perempuan itu adalah salah satu mangsa kamu bertanggungjawab ke atasnya dengan sepenuhnya. Jaga dan didik dia sehingga ke akhir hayat kamu. Bina lah satu keluarga kecil untuk kebahagiaan kamu. Jikalau ayah pergi didik cucu ayah dengan baik sebagaimana ayah jaga kamu dengan William dan Wisha" nasihat Dato' Wilder.

"Promise me" kata Dato' Wilder lagi.

"Apa-apa jelah. Dah, Vier nak keluar" selamba Xavier pergi meninggalkan Dato' Wilder yang hanya diam sambil memerhati susuk Xavier menghilang.

"Abang.."

"Takpe..abang yakin he's can be a good husband and daddy coming soon" kata Dato' Wilder kepada Datin Zea yang riak sepi itu.

____________________________

Pintu wad VIP dibuka perlahan. Terlihat susuk Dahlia yang terbaring bersama mesin berada di tepi katil itu dan wayar air yang mengalir pada tangan isterinya itu.

"Assalamualaikum, angel. Hari ni abang datang bawa Hasif. Dia rindu sangat dekat angel sampai menangis" salam Xavier walaupun dia tahu salam dia tidak akan dijawab.

"Abang letak Hasif dekat tepi, sayang " Xavier perlahan meletakkan badan Hasif yang kecil itu di sisi Dahlia yang tidak sedarkan diri itu.

Lalu dengan rutinnya dia mengucup dahi Dahlia seketika dan melabuhkan punggung pada kerusi yang tersedia di sisi katil isterinya itu.

"Angel nak tahu tak...sayang cantik je kalau tidur macam bidadari. Tapi sayang tak penat ke tidur lama-lama..."

"Abang ni rindu sangat dekat angel. Rindu nak dengar suara angel. Rindu nak dengar angel membebel pagi-pagi dekat abang. Rindu nak peluk sayang kuat. Sayang tak rindu ke dekat abang" luah Xavier.

Setiap kali dia datang melawat Dahlia memang ayat yang sama dia luahkan kepada dahlia meskipun luahannya tidak didengari oleh Dahlia tapi mulutnya tidak habis mengata benda yang sama iaitu dia amat menyayangi isterinya.

Xavier merenung lama wajah sayu Dahlia. Dalam dia merenung sempat dia menyelit lebihan rambut isterinya yang terkeluar ke dalam untuk menutup aurat isterinya itu.

Ralit dia dalam keadaan begitu sehingga matanya terasa berat. Maka dia terlena dengan kepala di letak pada atas katil itu.

Hasif pula selepas berada di sisi Dahlia terus terlena gerangan dapat menghidu bau Dahlia itu.

Penatnya yang menjaga anaknya itu terasa lega kerana dia akhirnya dapat merehatkan dirinya meskipun sebentar dia tidak kisah. Asalkan dia dapat terlelap sebentar pun dah okay.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now