BAB 49🥀

304 10 0
                                    

"Tolong aku, Faq. Cari isteri aku" ujar Xavier meminta tolong dari Tengku Faqih.

Tengku Faqih mengangguk lantas memandang ke arah dua susuk yang elok duduk di satu tempat yang khas untuk kerja sahaja.

"K dan Han cari Dahlia" Mikhael dan Thaqif mengangguk serentak lalu kedua-dua beradik fokus pada laptop mereka masing-masing.

"Sabar Xavier. Aku yakin isteri kau tak ke mana pun dia ada dekat-dekat kawasan ni je. Kau banyak berdoa semoga kita dapat jumpa Dahlia secepat yang mungkin" nasihat Tengku Faqih menepuk bahu sahabatnya untuk tenang dan mengingati Allah.

Xavier mengangguk dan dia membaringkan diri pada salah satu sofa yang ada di markas ini. Lengan kanannya menutupi matanya.

"Kalau abang tak nak lepaskan Lia biar Lia sendiri yang pergi dari hidup abang" kata-kata Dahlia terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Angel..where are you now? Kenapa buat abang macam ni? Abang rindukan angel. Sayang tak kesian ke dekat abang. Abang sampai mati pun tak nak lepaskan angel apatah lagi angel pergi dari hidup abang. Hidup abang bagai hancur..angel..." guman Xavier berkata sendiri dalam keadaan terbaring begitu.

Tengku Faqih yang melihat itu hanya mengeleng kepala dan membiarkan Xavier melepaskan luahan bersendirian. Tak nak menganggu Xavier yang terlalu rindukan orang tersayang.

"...angel please balik ke pangkuan abang. I'm dumb miss you so much , angel" getus Xavier lagi sehingga dia memikir wajah manis isterinya yang tersenyum manis ke arahnya dan dalam memikir itu dia terlena.

_______________________

Mata merenung jauh pada satu keeping gambar yang terpapar elok pada dinding. Dimana gamabr mereka berdua bersama perutnya yang membuncit itu.

Terbit senyum nipisnya apabila memandang gambar mereka tapi senyuman itu cepat pudar apabila dia teringat kejadian yang berlalu beberapa minggu yang lalu.

"No. Abang tak akan lepas sayang. Sampai mati pun abang tak ceraikan, angel"

Matanya memandang pada susuk Hanania yang kian muncul di tangga bersama tersenyum sinis. Sekali Xavier turut memandang ke arah di mana dia melihat Hanania.

Dari kesempatan itu dia berlari meskipun sulit kerana dengan kandungannya semakin sarat tapi dia tetap dengan juanya bergegas lari dan menyorok di sesuatu tempat.

"Angel!!" jerit Xavier yang cuba mencari susuknya.

Dahlia menekup mulutnya apabila perutnya kian berasa sakit.

"Baby, please tolong mummy kali ni je" getusnya dalam hati.

Dahlia terus keluar apabila susuk Xavier sudah tiada. Dia mengamit tangannya ke arah tepi jalan raya. Lama dia mengamit akhirnya ada salah satu teksi yang sudi menumpangnya.

"Cik, nak ke mana?"

"Pakcik tolong bawa saya ke hospital sekarang. Perut saya sakit ni" pakcik yang membawa teksi itu menjadi panik apabila melihat wajah Dahlia berkerut menahan sakit.

"Kalau abang tak nak lepaskan Lia biar Lia yang pergi dari hidup abang. Assalamualaikum abang" katanya merenung gambar itu lagi.

"Puan Dahlia, kenapa puan berdiri dekat sini ? Puan tu baru lepas balik dari hospital kan . Puan kena duduk nanti sakit pinggang bawa perut besar tu" geram Reya kepada Dahlia.

"Ishh...kau ni tak payah lah nak Puan bagai. Lagipun kita ni sejak dulu lagi dah kenal. Kita sama tua je, Reya" kata Dahlia dengan perlahan melabuhkan pada satu kerusi salah satu meja makan.

"Yelah, Lia. Aku bersyukur sebab kau sudi ambil aku jadi pekerja kau. Aku ingatkan selepas kelab tu dibubarkan nanti aku nak kerja mana dah lah aku ni takde apa-apa belajar pun sama UPSR je. Sekarang mana orang nak minta kerja guna sijil UPSR" kata Reya turut melabuhkan punggung berhadapan Dahlia.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now