Setelah selesai interview mereka semua bergerak ke arah mall untuk membeli baju baru di tempat praktikal mereka nanti.
"wey rith..kau nak pakai baju kemeja ke sweatshirt biasa je?" soal Dania.
"kau rasa? Mana okay" soal Harith pula. "ish..orang tanya dia..dia tanya orang balik" Dania memuncungkan bibirnya. Harith tersenyum melihat gelagat gadis di hadapannya itu.
"rep..kau nak pakai kemeja ke?" soal Dania pada Arief pula. Jelas muka Harith seperti menahan marah kerana Dania tanya lelaki lain pula nak pakai baju apa.
Dania mengambil salah satu baju kemeja dan letak di hadapan badan Arief.
"no..aku tak rasa kau sesuai pakai kemeja..cuba tengok baju t-shirt dekat sana" kata Dania. Dania seperti berura-ura mahu ikut langkah Arief. Tapi langkahnya terhenti kerana ada suara memanggilnya.
"nia..aku?"
"kenapa kau buat muka kesian ni?" soal Dania sambil tergelak kecil, geli hatinya saat ini melihat Harith memuncungkan bibirnya.
"haha...okay let me see" kata Dania. Berubah ceria muka Harith saat ini.
Dania mula mengambil salah satu baju kemeja dan meletakkan baju kemeja tersebut di hadapan Harith seperti melihat baju itu sesuai atau tidak.
"handsome lah.." teruja Dania berkata. Dania seakan tidak sedar apa yang dia baru cakap tadi. Harith hanya tersenyum mendengar pujian dari gadis di hadapannya itu. Muka Dania berubah merah apabila sedar akan kata-katanya tadi.
"ma..maksud aku..baju ni lah smart" tergagap-gagap Dania berkata. Harith hanya tersenyum mengusik.
"ish..dah lah..ni ambik baju ni..pilih warna mana yang sesuai dengan kau.." setelah Dania memilih baju warna baju kemeja yang sesuai dengan Harith, Dania terus berlalu pergi. Harith tergelak kecil melihat muka malu Dania itu.
End epilog 🤍
谢谢🌹
Malu Dania
Diaryrosee
YOU ARE READING
Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}
RomanceSTORY BY >> { diaryrosee } 🌹 Classmate >> Crush >> Best Friend >> Crush >> Stranger >> Teammate >> Married >> Lover ° Friend lover relationship ° = She fell first and he fell more harder = Perkenalan DANIA & HARITH bermula:- bermula kenal sebagai...