HARITHDANIA 二十一 (21)

7 1 0
                                    

Dania yang sudah membersihkan dirinya dari kotoran makanan tadi. Dania berlalu keluar dari rumah untuk membeli sedikit barang dapur.

Nasib Dania masih ada duit simpanan yang dia sorok untuk membeli barang dapur dan barang untuk dia berniaga.

Dania memberhentikan teksi untuk dinaikinya pergi ke pasar raya besar.

Setelah beberapa minit Dania menaiki teksi itu, Dania terus keluar dari perut kereta tersebut. Dania terus berlalu pergi ke pintu utama pasar raya besar itu.

Sudah hampir sejam setengah Dania berada di pasar raya besar itu, untuk mencari barang basah dan juga barang kering.

"apa lagi eh.." soal Dania sendiri sambil tangannya meletakkan di dagu seperti memikirkan sesuatu.

"hah..! sabun basuh pinggan, itu pun dah nak habis" monolog Dania sendiri. Laju Dania berjalan menuju tempat sabun basuh.

"macam kenal?" - ?

Kelihatan seorang lelaki yang sedang memandang Dania dari jauh tanpa Dania perasan.

"dania ke tu!?" soal lelaki tersebut terkejut. Lelaki itu mengikut setiap langkah Dania dari jauh tanpa Dania ketahui.

Setelah selesai memberi barang barang tersebut Dania menahan teksi lagi dan menaiki teksi tersebut. Tanpa Dania sedar juga ada satu kereta mengikutinya.

Sehingga lah di kawasan perumahan Dania kereta itu mengikutinya. Tetapi kereta itu jauh dari pandangan Dania sehingga Dania masih juga tidak perasan akan ada seseorang mengikutinya dari tadi lagi.

"dania duduk sini rupanya"

"boleh lah aku nak jaga dia dari jauh lepas ni" monolog Harith sendiri di dalam keretanya.

"dania..kau betul ke okay.."

"aku tahu kau tak okay.."

"walaupun dari jauh, aku still boleh nampak luka dekat tepi mulut kau Dania.." sayu Harith berkata.

"kenapa kau nampak lagi cengkung dari sebelum ni?"

"mana pipi cubby kau?"

"kenapa kau nampak lagi kurus dari sebelum ni? Kenapa kau nampak tak bermaya je?"

"macam mayat hidup dah aku tengok kau"

"mana kereta kau Dania..?"

"kenapa kau tak naik kereta kau je dari kau naik teksi " banyak persoalan yang bermain di fikiran Harith sekarang. Tetapi dia bersyukur sangat kerana masih dapat tengok muka cantik Dania. Walaupun Dania sudah semakin kurus dari sebelum ini.

"aku dah janji yang aku akan cari kau, and.. aku akan jaga kau dari jauh" harith masih lagi ingat lagi janji Harith pada Dania dan juga rakan-rakannya.

"I'll protect you from now on " yakin Harith berkata dengan penuh semangat.

-🤍-

"kenapa kau nak jumpa kitaorang ni?" soal wani.

"aku panggil sorang ni sebab.." harith menarik nafas sedalam mungkin lalu mengeluh.

"aku dah jumpa dania" sambung Harith. Terkejut mereka semua yang berada disitu.

"ka..kau..jumpa dia dekat mana?" soal wani terkejut.

Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}Where stories live. Discover now