HARITHDANIA 五十八 (58)

28 0 0
                                    

“abang” panggil Dania.

“sayang?” soal Harith. Ingatan isterinya sudah pulih ke?

Beberapa jam sebelum •

“awak” panggil Dania, tapi matanya masih tidak lepas memandang screen iPad. Harith baru sahaja keluar dari bilik mandi dengan rambutnya masih basah.

Terkejut Dania melihat suaminya yang tidak berbaju, hanya melilitkan tuala putih di pinggangnya. Laju Dania menutup matanya menggunakan tangannya. Harith tersenyum mengusik.

“alah sayang..bukannya first time sayang tengok body abang” usik Harith. Harith melangkah menghampiri isterinya. Dania masih menutup matanya menggunakan tangannya. Cuba mengelak dari si suami.

“sayang buka lah mata tu” usik Harith sambil menarik lembut dari isterinya terus menutup matanya menggunakan tangannya.

“tak nak lah!” balas Dania cemas. Semakin kuat tawa Harith. Susah lah dapat suami yang suka mengusik ni.

“awak, baik awak pakai baju sebelum saya pula yang hilang sabar karang” balas Dania geram. Harith mengepung Dania di atas katil yang empuk. Dania menolak tangan suaminya dari mengepungnya. Tapi kudratnya tidak kuat.

Cup!

Harith mencium bibir merah milik isterinya. Terkejut Dania dengan tindakan si suami itu. Terus Dania membuka matanya memandang tajam suaminya.

“ke..kenapa awak” tergagap-gagap Dania. Tidak sangka dengan tindakan suaminya.

“okay, abang tak kacau sayang dah” balas Harith sambil mengangkat tangannya pasrah, dan membangun dari terus mengepung isterinya. Habis merah padam muka isterinya.

“awak dah kiss saya tadi!” geram Dania balas. Harith tersenyum suka sambil menyarung t-shirt berwarna hitam pada tubuhnya.

“sayang nak lagi ke?” usik Harith sambil mendekati isterinya di katil tidur mereka. Kemudian duduk di birai katil. Dania menggulingkan matanya.

“menyampah lah awak ni!” geram Dania berkata. Ketawa besar Harith. Suka benar dia dengan usik si isteri.

“okay okay. Abang tak kacau sayang dah” kata Harith. Dania menggulingkan matanya kemudian menyilangkan tanganya dan kakinya.

“alahai, Nur sayang saya ni” nada lembut Harith berkata tapi masih terdengar sisa ketawa, tapi di tahan. Harith menarik isterinya supaya bersandar pada dada bidang miliknya. Macam nak pujuk je ni.

“abang minta maaf okay” pujuk Harith sambil mengusap lembut bahu isterinya.

“hm” hanya itu yang Dania balas. Ketawa kecil Harith. Alahai, comelnya isterinya saat ini.

“okay, abang minta maaf. Nanti abang belikan coklat nak?” soal Harith.

“nak!” terus bersinar-sinar mata Dania. Teruja Dania.

“okay, nanti abang beli kan” harith mengusap lembut kepala isterinya. Senang je nak pujuk Dania ni.

“saya nak ramen sekali boleh?” izin Dania sambil memandang wajah kacak suaminya.

“boleh sayang” balas Harith. Tanganya masih tidak berhenti mengusap kepala isterinya. Tersenyum suka Dania.

“hah, awak. Saya sebenarnya nak buat dessert” kata Dania setelah mengingati apa yang dia ingin bercakap dengan suaminya tadi.

Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}Where stories live. Discover now