“nur..” panggil Harith membuatkan Dania memandang ke arahnya.
“aku nak pergi tandas jap” kata Harith. Harith terus bangun dari duduknya dan berlalu pergi.
“erm..saya pun nak pergi tandas sekejap lah” kata Daniel tiba-tiba. Daniel pun berlalu pergi meninggalkan bilik tersebut.
Di tandas
“dania tu awek kau ke?” soal Daniel. Harith sudah buat muka menyampah sambil mengambil sambung untuk membasuh tangannya.
“it's none of your business” tegas Harith berkata.
Harith dan Daniel sudah kenal lama. Bermula kawan sekolah rendah. Dan dia lah penyebab Harith dan Dania gaduh besar, sehingga Dania tidak ingin melihatnya lagi. Kemudian mereka jumpa semula di tempat kerja pertama Harith. Harith kenal Daniel sebagai seorang Playboy. Harith takut kalau Dania akan menjadi mangsanya nanti.
“dia tu lah..yang kau cakap tak berape cantik dulu tu?” soal Daniel. Harith yang malas mahu bertengkar dengan Daniel, Harith memilih untuk pergi sebelum keadaan semakin teruk.
“tapi..aku tengok body Dania tu pun..boleh tahan lah..cantik lah juga..” kata Daniel cuba mahu membara lagi kemarahan Harith.
Harith terhenti dari langkahnya. Harith memusingkan badannya mendekati Daniel dengan muka bengis. Laju Harith mencengkam kolar baju Daniel sekuat hati.
“kau jangan berani sentuh dia!!” tegas Harith memberi amaran pada lelaki di hadapannya ini.
“body dia cantik wey..” kata Daniel lagi seperti ingin membara lagi kemarahan Harith.
Buk!
Satu tumbukan hinggap di pipi Daniel.
“kalau kau sentuh dia..lunyai aku kerja kan” amaran keras dari Harith. Harith melepaskan genggamannya pada baju Daniel dengan kasar sehingga Daniel hampir mahu jatuh.
–🤍–
Mereka mula memasuki bilik tersebut seperti tidak berlaku apa-apa. Dania melihat kearah Harith seperti luka pada tulang buku limanya. Muka Daniel pula seperti sudah lebam.
“korang gaduh ke?” soal Dania.
“tak lah!” laju Harith bersuara. Dania hanya mengangguk faham. Tapi Dania berfikir seperti ada sesuatu yang tidak kena.
–🤍–
“kenapa kau panggil aku Nur?” soal Dania bingung. Tak pernah-pernah orang memanggilnya dengan nama 'nur'.
“saja..”
“maksud Nur kan cahaya..macam tu juga kau menerangkan lagi hari hari aku” selamba Harith menjawab soalan Dania itu yang masih focus dengan pemanduannya.
"Haih..rith..kenapa kau buat situasi ni lagi renggang" bisik hati Harith kesal.
Memerah muka Dania apabila mendengar kata-kata Harith itu. Kereta itu menjadi semakin sunyi selepas Harith berkata begitu. Tanpa mereka sedar, mereka sudah pun tiba di hadapan rumah sewa Dania.
“hulur tangan kau” arah Dania setelah Harith memberhentikan keretanya di hadapan rumah sewa Dania. Harith dengan bingung hanya patuh dengan arahan Dania itu. Tanpa Harith sedar, dia menghulurkan tangannya yang masih ada luka pada buku limanya. Dania membuka plaster kemudian menampal kan plaster itu dengan berhati-hati.
“kau gaduh dengan Daniel kan tadi?” soal Dania sambil membetulkan plaster pada tangan Harith itu.
Harith terdiam mendengar soalan dari Dania.
“kenapa kau gaduh dengan dia?” soal Dania lagi. Dania menarik semula tanyanya dari terus melekatkan plaster pada tangan Harith. Tangan Harith masih lagi tergantung.
“ta..tak ada pape..” tergagap-gagap Harith berkata. Dania menatap sayu kearah Harith.
“jangan lah buat muka comel plus kesian dekat aku..cair lah..” bisik hati Harith. (Menyempat)
“hurm?” bingung Dania melihat muka Harith menjadi merah macam tomato.
“da..dah..dah sampai tu rumah kau..esok kau nak aku ambik kau tak?” Harith cuba ubah topik. Harith sedar akan tangannya masih tidak beralih, Harith terus menarik tangan nya dari terus bergantung itu.
“tak pe..aku naik dengan wani je” pasrah Dania berkata. Dania lalu keluar dari perut kereta tersebut. Dania tahu ada sesuatu is not right. Dania mula melangkah masuk ke dalam rumah sewanya itu. Harith pula terus memecut laju setelah melihat kelibat Dania sudah tidak ada di luar rumah.
“i will protect you Dania, I promise” monolog Harith sendiri dalam kereta itu sambil menggenggam stereng kereta dengan kuat apabila teringat kata-kata Daniel tadi.
END EPILOG 🤍
谢谢🌹
Kurang ajar Daniel ni..muncul sudah watak Daniel!!
Diaryrosee
YOU ARE READING
Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}
RomanceSTORY BY >> { diaryrosee } 🌹 Classmate >> Crush >> Best Friend >> Crush >> Stranger >> Teammate >> Married >> Lover ° Friend lover relationship ° = She fell first and he fell more harder = Perkenalan DANIA & HARITH bermula:- bermula kenal sebagai...