HARITHDANIA 四十 (40)

9 1 0
                                    

Sedang Dania dan Harith menuju ke ruangan kerja mereka, ada seorang wanita yang suka mengganggu hidup mereka.

"hi Dania.." tegur kak Ju dengan penuh makna.

"welcome back dania" kata kak Ju lagi setelah berdiri tepat di samping Dania yang sedang berjalan itu.

"haih..ingatkan tak nak kerja dekat company lagi.. yelah.. lepas kahwin terus berhenti kerja" selamba kak Ju berkata.

"kesian kau eh..kahwin dengan janda" sinis kak Ju berkata. Terhenti langkah Harith mendengar kata-kata kak Ju itu. Begitu juga Dania.

"eh kak! Watch your mouth! Elok saya hormat akak.. jangan sampai saya hilang hormat terus" bengang Harith sambil menunding jari telunjuknya ke arah kak Ju. Dania menurunkan tangan Harith yang menundingkan jarinya pada kak Ju itu.

"kak. Akak hina saya? saya dari dulu maafkan akak tau, even akak dah ciplak hasil kerja saya dulu! Saya maafkan akak.. Tapi kalau akak nak cakap Harith 'bodoh' sebab kahwin dengan janda macam ni..tapi lagi susah kalau orang hati ni busuk! Even though saya bodoh sebab percayakan jantan tu, tapi saya tak sebodoh akak! Anak dah lima pun otak tak boleh pakai!" pedas kata kata Dania berikan buat kak Ju itu sambil memeluk tubuh. Sengaja Dania menekan perkataan 'bodoh' itu. Semakin memerah muka kak ju akibat menahan amarahnya. Macam ada asap dah tepi telinga tu!

Dania mengambil langkah untuk beredar dari situ lalu menarik tangan suaminya supaya mengikuti langkahnya. Dania memberhentikan langkahnya kerana teringat akan sesuatu. Lalu memusingkan badannya, memandang kak Ju yang masih lagi terkaku.

"ouh kak! Lupa.. kalau akak tak nak kena buang kerja, buat lah perangai lagi.. saya ada cable" sinis Dania lagi lalu menyambung langkahnya. Tersenyum bangga Harith melihat isterinya melawan kata-kata kak Ju itu.

Dania mahupun sesiapa sahaja, malas nak layan dengan ayat-ayat celupar kak Ju itu. Tapi kali ni Dania lain! Mungkin sudah tidak tahan dengan mulut celupar kak Ju itu. Berlagak pandai! Tapi ciplak hasil kerja orang!

Dania masuk ke ruang kerja itu dengan riak wajah yang masam. Tidak puas hati. Begitu juga Harith. Muka dingin yang dia berikan.

Sofea, Arieff dan Ling Hao melihat silih berganti. Hairan mereka melihat riak wajah suami isteri ini. Masam semacam aje muka.

Takut mereka ingin bertegur dengan bekas ketua mereka itu. Mereka tahu akan sikap Dania saat ini. Sekali pandang dengan pandangan tajam sahaja, sudah takut. Bila marah, mulut Dania tu bagaikan ada simpan emas.

Harith menarik kerusi kerjanya menghampiri meja kerja isterinya. Lalu Harith meletakkan satu coklat Cadbury di atas meja Dania.

Mata Dania beralih ke arah suaminya dari memandang screen komputer nya.

"makan ni..lega kan hati yang panas tu" arah Harith. Harith tahu akan sikap isterinya ini. Apabila rasa sedih datang, marah, kecewa, Dania selalu ingin memakan coklat untuk bangunkan balik semangatnya dan menggembirakannya.

Dania dengan malas hanya mengambil coklat Cadbury yang ada di atas mejanya. Harith hanya melihat isterinya.

"sedap?" soal Harith apabila melihat Dania menyuapkan coklat Cadbury itu ke dalam mulutnya.

Dania terlihat sedikit tenang apabila memakan coklat itu. Dania mengangguk kepalanya tanda mengiakan soalan suaminya itu.

"saya tak puas hati tau dengan kak Ju tu..menyakitkan hati orang je kerja!" marah Dania. Akhirnya Dania membuka mulutnya setelah lama mendiamkan diri.

"dia hina saya..dia cakap awak bodoh!? eee...geramnya saya...saya tahu lah saya bodoh sebab percayakan jantan tu..dengan kata-kata manis dia tu..jantan jahanam-" bebel Dania. Laju Harith meletakkan jari telunjuknya pada bibir Dania. Terus terdiam Dania melihat tindakan suaminya itu.

"jangan cakap perkataan tak baik sayang " lembut Harith berkata. Bukan apa..geram je! Harith mengalihkan tangannya pada tangan kecil Dania lalu menggenggam erat tangan Dania yang ada di atas meja itu. Memuncung mulut Dania apabila tidak boleh menyambungkan bebelan nya.

Nasib lah meja kerja mereka ada penghadang. Kalau tidak meluat agaknya diorang tengok moment sweet Dania dan Harith tu.

"dah. sekarang jom siap!" ajak Harith tiba tiba. Dania menayangkan wajah kebingungan.

"pergi mana?" soal Dania bingung. Kepala Dania mendongak memandang Harith yang sudah berdiri.

"pergi jumpa client Nur sayang " meleret nada suara Harith berkata. Ruangan itu sunyi dan menyebabkan orang-orang yang berada disitu memandang kearah Harith. Tak sangka Harith sweet begini. Memerah muka Dania saat ini. Bukan sebab blush! Tapi sebab orang dengan dan pandang.

Dengan pandas Dania mengemas barang keperluannya untuk client sebentar lagi. Lalu menolak perlahan badan suaminya itu supaya keluar dari ruangan itu secepat mungkin.

"kenapa awak cakap macam tu!?" soal Dania. Akhirnya mereka berhentikan langkahnya di hadapan lift. Mukanya masih memerah. Harith ketawa kecil. Geli hatinya melihat isterinya itu. Pemalu sangat!

"apa?" soal Harith sengaja. Masih lagi tersisa tawanya.

"awak jangan buat buat tanya eh.. yang awak pergi cakap kuat kuat tu kenapa? Malu tahu tak?" soal Dania cuba perlahankan suaranya sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah suaminya.

Harith tersenyum menggoda lalu mengunci tangan runcing Dania dalam genggamannya. Dania cuba tarik tangannya dari genggaman Harith tapi tidak berjaya.

"duduk diam diam" arah Harith sambil tersenyum mengusik. Dania hanya turut dengan arahan suaminya. Tak boleh buat apa dah!

TO BE CONTINUE 🤍 谢谢🌹Diaryrosee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TO BE CONTINUE 🤍
谢🌹
Diaryrosee

Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}Where stories live. Discover now