HARITHDANIA 五十四 (54)

5 0 0
                                    

" alhamdulillah, Puan Dania semakin pulih. So, Puan Dania dah boleh discharge petang ni " jelas doktor wanita yang selalu rawat Dania. Harith mengangguk faham. Dania pula, gembira dapat balik ke rumahnya.

" terima kasih doktor " ucap Dania sambil tersenyum manis.

" terima kasih, terima kasih juga. Tapi ubat jangan lupa makan tau " nasihat doktor wanita itu. Dania memuncungkan bibirnya. Harith tersenyum melihat muncung milik isterinya itu. Ada saja lah gelagat isterinya.

" tak pe doktor, saya tahu macam mana nak paksa dia makan ubat " Harith memandang kearah isterinya dengan penuh makna. Dania menelan liurnya kelat sambil memandang kearah suaminya. Pandangan suaminya seperti mahu memakannya. Doktor yang faham akan maksud itu terus berlalu keluar tanpa mereka berdua perasan.

" a..awak jangan macam macam eh! " tergagap-gagap Dania berkata. Takut. Harith hanya tersenyum mengusik. Kemudian kakinya membawa langkah kearah almari yang ada pada sebelah katil hospital isterinya. Dania memandang kearah suaminya tidak percaya.

-🤍-

" jom masuk " pelawa Harith. Dania memandang kearah suaminya kemudian melangkah masuk ke dalam rumah itu.

" wah..cantiknya rumah ni " terpesona Dania berkata.

" awak yang design rumah ni ke? " soal Dania kemudian memusingkan badannya kebelakang menghadap suaminya. Harith menggeleng kepalanya perlahan kemudian perlahan-lahan merapati ke arah isterinya.

" sayang yang design rumah ni " balas Harith bangga sambil memegang kedua belah bahu isterinya. Dania bagaikan tidak percaya.

" sa..saya yang design rumah ni!? " soal Dania tidak percaya. Harith menganggukkan kepalanya.

" sayang lupa ke, sayang kan architect designer " balas Harith. Dania baru teringat akan perkara itu. Dania berlari kecil ingin melihat setiap kawasan rumah itu. Besar.

" wah..awak! " panggil Dania setelah melihat kawasan sekeliling. Mata Dania masih tidak boleh lepas memandang kawasan cantik rumah itu.

" ye " balas Harith. Kemudian Harith mengatur langkah kearah isterinya.

" awak mana bilik saya? " soal Dania. Harith tersenyum dengan penuh makna. Kemudian menarik perlahan pergelangan tangan isterinya. Dania hanya mengikuti langkah suaminya.

" ni, bilik kita " kata Harith setelah membuka pintu bilik itu.

" bi..bilik kita!? " soal Dania terkejut.

" tak boleh ke..kalau kita duduk bilik asing? " berhati-hati Dania menyoal takut melukai perasaan suaminya. Harith faham kenapa tindakan isterinya begini.

" no! We need to " tegas Harith berkata. Lalu memeluk bahu isterinya, membawa isterinya masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Mata Dania melilau memandang setiap inci ruangan bilik tidur itu. Mata Dania tertangkap sepasang baju bayi.

" ni..kenapa ada baju baby? " soal Dania polos. Tapi tanpa Dania sedar air matanya mengalir tanpa tahu kenapa sebabnya. Terkejut Harith apabila mendengar soalan isterinya. Tidak sempat dia ingin menyimpan baju bayi itu. Dia tidak mahu isterinya terluka.

" kenapa hati saya rasa sakit bila tengok baju ni sahaja..hiks.. Saya rasa kehilangan " mengalir deras air mata Dania. Harith menghampiri isterinya yang sedang duduk di birai katil.

Harith memegang dagu milik isterinya supaya isterinya memandang kearahnya. Kemudian Harith mengelap lembut air mata isterinya yang mengalir pada pipinya.

" kenapa saya rasa sakit sangat..hiks.. " teresak-esak Dania menangis. Harith turut mengalirkan air matanya. Tidak tahan melihat kesakitan isterinya.

" ada apa apa jadi ke sebelum saya amnesia? " soal Dania. Soalan yang Harith selalu cuba untuk elak dari isterinya menyoalnya dengan soalannya itu.

" bagi abang explain boleh? " lembut Harith berkata. Dania hanya mengangguk kepalanya lemah.

" sayang keguguran lepas accident tu " jelas Harith ringkas. Harith menundukkan kepalanya sambil menggenggam tangan isterinya yang masih elok memegang baju bayi itu. Semakin deras air mata Dania dan Harith.

" a..abang minta maaf..hiks..sebab tak dapat selamatkan..anak kita..hiks.. " teresak-esak Harith menangis. Perlahan-lahan Dania merapatkan tubuhnya dengan suaminya. Kemudian memegang kedua belah pipi suaminya supaya memandang kearahnya.

" kalau kita tak ada rezeki lagi nak buat macam mana kan " pujuk Dania.

" walaupun saya tak tahu apa yang jadi, tapi..saya tahu, ini bukan salah awak " pujuk Dania lagi. Lembut tangan Dania mengusap pipi suaminya.

" saya akan redha "

" jangan risau okay " kata Dania lagi lembut. Harith tersenyum manis buat isterinya. Kemudian perlahan-lahan tangan Harith menggenggam erat tangan Dania yang masih berada pada pipi Harith dan menciumnya lembut.

-🤍-

" awak masak apa? " soal Dania setelah menurut setiap anak tangga itu. Harith melihat kearah isterinya.

" Ya-Allah sayang..kenapa turun tangga? Kenapa tak pakai lift? " soal Harith sambil menghampiri isterinya.

" alah awak ni..relax lah. Saya tahu lah pantang saya tak habis lagi " memuncung Dania. Harith ketawa kecil melihat isterinya saat ini.

" abang cium muncung sayang tu nanti baru tahu " usik Harith. Dania mencubit perut suaminya. Ketawa besar Harith.

Sudah seminggu berlalu, hubungan mereka semakin rapat.

" awak, saya nak buat dessert lah " kata Dania sambil menyuapkan makanan kesukaannya ke dalam mulutnya. Kueh teow kungfu. Air tangan suaminya.

" buat lah, Nur sayang. Abang pun rindu dessert sayang ni " ringkas Harith menjawab. Leka sangat dengan makanan depan mata. Dania mengeluh perlahan.

" Ish..awak ni. awak cakap saya pandai masak lah, buat dessert lah. Tapi masalah dia sekarang ni, saya tak ingat " jelas Dania. Baru Harith teringat. Harith tersengih seperti kerang busuk.

" petang nanti kita buat sama sama okay " lembut Harith berkata sambil mengusap lembut kepala isterinya. Menunduk malu Dania apabila suaminya buat begitu. Harith tersenyum suka.

TO BE CONTINUE 🤍 谢谢🌹Diaryrosee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TO BE CONTINUE 🤍
谢🌹
Diaryrosee

Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}Where stories live. Discover now