HARITHDANIA 四十三 (43)

9 0 0
                                    

"akak kahwin dengan alif"

"hah!" terkejut semua orang disitu mendengar jeritan Dania.

"serius lah kak!?" soal Dania. Sofia hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiakan soalan Dania itu.

"tengok..Dania dah cakap dah..akak mesti dengan abang Alif punya..umur doesn't matter right" bangga Dania berkata. Sofia hanya tersenyum.

"ye..terima kasih dengan nasihat Dania dulu, membuatkan akak tergerak hati untuk jumpa dia " ujar Sofia sambil tersenyum manis. Dania membalas senyuman manis itu.

"sekarang pun dah ada fetus yang hidup dalam perut akak "

"serius lah kak!?" terkejut Dania mendengar kata kata Sofia itu. Sofia menganggukkan kepalanya sambil memegang perutnya.

Semakin teruja Dania kemudian Dania membangun dari duduknya, lalu memeluk tubuh Sofia. Sofia membalas pelukan itu.

"ya-Allah congrats kak!!" teruja Dania sambil sedikit melompat.

"mana tahu lepas ni Dania pula" sengaja Sofia berkata begitu. Mereka mula meleraikan pelukan.

"insya-Allah" balas Dania sambil tersenyum manis.

"okay. Dah jom sambung buat kerja"

-🤍-

Dania perlahan-lahan membuka matanya. Kemudian menggeliat sedikit badannya. Lalu matanya beralih ke arah jam dinding yang ada di hadapanya itu.

5:50 a.m

Terlihat Harith masih lagi dibuai mimpi tangannya masih elok memeluk tubuh kecil Dania. Tangan Dania perlahan memegang rambut kerinting Harith.

Harith rasa tidurnya terganggu. Berkerut keningnya. Semakin erat pelukan Harith.

Dania terasa hangat dalam pelukan Harith. Kelihatan badan Harith sedikit menggeletar.

"kenapa?-" hairan Dania melihat Harith menggeletar akibat kesejukan. Tapi masalahnya mereka tidur hanya pakai kipas sahaja, itu pun dah tutup sebab ikut timing.

Perlahan belakang tapak tangan Dania meletakkan pada dahi suaminya.

"abang demam ni" tanpa Dania sedar panggilan yang dia panggil untuk suaminya. Terlihat Harith membuka matanya sayu.

"sayang panggil saya apa tadi?" sayu sahaja suaranya. Baru Dania sedar akan panggilannya tadi. Tengah sakit pun menyempat lagi.

"saya nak awak terus panggil saya macam tu boleh?" sayu suara Harith saat ini. Terkebil-kebil Dania memandang suaminya yang sudah tertutup matanya.

"tapi-" belum sempat Dania menghabiskan kata-katanya, Harith sudah memotongnya.

"no! Saya nak awak panggil saya macam tu juga..lama saya tunggu untuk awak panggil saya macam tu"

"fine" pasrah Dania berkata. Yelah, sudah lama Harith bersabar untuk tunggu Dania bersedia.

Dania cuba untuk membangunkan tubuhnya, tapi pergerakannya terbatas dengan pelukan suaminya.

Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}Where stories live. Discover now