HARITHDANIA 五十七 (57)

6 0 0
                                    

"awak. Awak tak nak cerita ke, apa yang jadi dekat saya sebelum saya amnesia?" soal Dania ingin tahu. Soalan yang paling Harith tidak mahu si isteri bertanya. Harith menggengam erat stereng kereta itu.

"belum masanya lagi untuk bangun cerita dekat sayang" balas Harith tanpa berbasa basi. Hairan Dania dengan suaminya. Selalunya orang akan cerita macam macam dekat orang amnesia supaya ingatan diorang cepat pulih. Tapi, ini kes lain ni.

"kenapa awak beria-ia tak nak cerita dekat saya eh? Apa yang awak cuba sembunyikan dari saya? Kenapa awak macam ada simpan rahsia eh?" banyak persoalan Dania saat ini. Semakin kuat Harith menggenggam stereng kereta itu. Takut.

"awak tak nak cerita sebab, awak takut saya akan ingat balik semua kenangan pahit saya?" soal Dania bersahaja. Dengan pantas Harith memberhentikan keretanya di bahu jalan. Bingung Dania. Kenapa suaminya memberhentikan kereta di bahu jalan?

"ma..macam mana sayang-" belum sempat Harith menghabiskan kata-katanya, Dania sudah memotongnya.

"macam mana saya tahu?" agak Dania. Harith masih mendiamkan diri dan masih setia memandang tepat kearah mata almond eye milik isterinya.

"saya tak tahu pun. Saya agak je. Sebab apa yang saya mimpi setiap malam sampai awak kena jaga saya setiap malam tu, saya dapat rasakan itu satu history hitam buat Dania selepas 25 tahun" jelas Dania. Harith masih lagi terdiam, tidak mampu berkata apa-apa.

"awak still tak nak cerita apa apa dekat saya?" soal Dania lembut. Terhenti lamunan Harith.

"a..abang cerita dekat rumah" kata Harith kemudian Harith meneruskan pemanduannya.

Setelah 15 minit, mereka tiba di rumah mereka. Kemudian mereka memasuki rumah itu dan mengambil tempat di sofa.

Dania duduk menyilangkan kaki sebelah kirinya di atas sofa. Begitu juga Harith melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.

"any explain?" Dania memecahkan kesunyian. Harith menarik nafasnya dalam kemudian menghembuskan nya perlahan dan menundukkan kepalanya.

"lelaki tu, ex husband sayang" balas Harith. Dania merapati dirinya dengan suaminya.

"awak, kahwin dengan janda?" sengaja Dania menyoal. Belum sempat Harith ingin menjawab, kepalanya terasa berdenyut sakit.

Pantas tangannya memegang kepalanya yang kesakitan dan menepuk kepalanya menggunakan tangannya. Pantas Harith menghalang perbuatan isterinya.

"sayang kenapa ni?" soal Harith cemas. Tangan Dania masih lagi berkeras ingin menepuk kepalanya yang kesakitan, tapi dihalang oleh suaminya.

"lelaki tu tak pernah sentuh saya pun"

"dara saya hilang bila kahwin dengan abang"

Suara suara itu terdengar di telinga Dania.

"harith 'bodoh' sebab kahwin dengan janda?"

Perlahan demi perlahan Dania dapat mengingati dua kejadian sebelum dia hilang ingatan.

"awak kahwin dengan janda, tapi dara dia tak hilang?" pelik Dania menyoal sendiri. Harith juga hairan dengan si isteri.

"kenapa sayang cakap macam tu?" soal Harith pelik.

"kenapa ingatan saya kali ni pelik?" soal Dania lagi.

"okay, apa yang sayang ingat?" soal Harith ingin tahu.

"lelaki tu tak pernah sentuh saya pun"

Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}Where stories live. Discover now