Kejadian dimana Hakim bercakap dengan Harith tentang apa yang Wani minta Hakim sampaikan.
"Wey rith, Dania suka kau" kata Hakim secara tiba-tiba. Wajah Harith penuh dengan muka terkejut dan tidak percaya. "Kenapa aku?" Jawap Harith dengan bingung.
"Alah rith bukan senang tau nak ada perempuan suka dekat kau tau..try jelah.." sambung Hakim.
"Erm..kau cakap jelah dekat dia yang 'aku dah suka orang lain' " kata Harith secara tiba-tiba. "kau serius lah rith..kesian budak tu.." kata hakim lagi.
"Alah kau rith..kau malu sebenarnya kan..tak pernah-pernah ada perempuan suka dekat kau tau"sampuk Danish. "Hah..kau tengok tu..Danish pun cakap gitu.." sambung Hakim lagi.
"Kau pergi jelah cakap dekat dia macam tu dulu" kata Harith. Harith masih lagi terkejut dengan apa yang baru sahaja Hakim katakan tadi.
-🤍-
Kelas Landskap
Permulaan projek pentaksiran 'SIMENFERO'Cikgu Taslim meminta murid-murid kelas 4LN untuk menyusun papan pada lantai supaya simen simen tersebut tidak melekat pada lantai.
Tanpa Dania sedar, Harith mula mendekati Dania kerana ingin membantu Dania mengangkat papan besar tersebut. "ni aku tolong" kata Harith secara tiba-tiba.
Dania terkedu dan perlahan-lahan Dania bergerak ke tepi sedikit kerana ingin memberi ruang pada Harith untuk mengangkat papan tersebut.
Sudah beberapa kali berlaku diantara Harith dan Dania di landskap. Mesti akan ada kejadian berlaku di landskap.
-🤍-
Cikgu Taslim dan cikgu Zubir meminta murid-murid kelas 4LN berpasangan untuk tolong pegang kan papan supaya boleh melepa simen pada rangka besi tersebut
"Wey Syirah, aku buat dengan siapa?" Kata Dania kerana Dania masih tiada pasangan untuk membuat simen tersebut.
"Sape lagi yang tak de pare" tanya Insyirah. "Danish. Danish belum ada pare lagi" sampuk Harith. "nish kau pare dengan Dania tau..!" Harith sedikit menjerit.
Tanpa Harith sedar, Dania perhatikan Harith dalam diam. Haih kesian Dania tak dapat nak pare dengan Harith..
Tak dapat buat dengan si dia..dapat buat dengan kawan dia pula..
-🤍-
"Bersemut lah...Wey..banyak pula semut ni.." usik wani. "ye dho...bersemut lahh.." sambung anis.
Dania tahan malu.."ehh kau ni..bukan ehh..tolong ehh.. stop.." kata Dania sambil melirik sedikit ke arah Danish. Muka Danish serius 'act cool'.
Dania mula berfikir "eh kau ni..muka relax betul..act cool betul..tak de perasaan ke?" Bisik Dania pada hati.
-🤍-
Sejak Dania dan Harith save nombor masing-masing. Dania dan Harith dapat tengok status masing-masing.
"Wahh.. dia up status lah" kata Dania dengan teruja. Dania menekan skrin di telefon pintarnya untuk buka status Harith tersebut.
Terkedu Dania apabila Harith upstatus video jj Harith tanpa memakai spek dengan mesy curly hair. Harith nampak handsome tanpa memakai speknya itu.
Harith upstatusnya lagi, dengan gambar body dari belakangnya. Tampak badannya berbentuk tegap. Tetapi tidak lama selepas itu, Harith delete status tersebut.
-🤍-
Program jual-beli
"Aku rasa nak beli kek batik tu lahh..nak bagi dekat dia.." kata Dania dengan malu-malu. "Beli lah" jawab Wani.
Dania malu mahu berikan kek batik itu pada Harith..jadi Wani minta hakim untuk berikan pada Harith.
Dania tertanya-tanya apa reaction Harith..
"Apa reaction dia?" tanya Dania dengan penuh tanda tanya. "Dia sengih" jawab Hakim singkat. Mendengar Hakim jawab bergitu, sudah boleh membuat muka Dania berona merah dan tersenyum kecil.-🤍-
CHAT HARITH
D- kau makan ke kek batik tadi?
H- dh makan 👍🏻
D- sedap ke?
D- mana lah tahu kau tak suka ke kanH- mana ade
H- kek batik kotD- mana lah tahu...kan?
D- kau tak suka makan manis ke?H- sikit lah
D- then bagi orang lain ke?
H- aku makan ngan Danish
H- btw tq auw bagi kek batik tu👍🏻D- you're welcome 🤗🥰
-🤍-
Kuat sangat overthinking Dania ni..tapi at the same time Dania rasa dia terlalu beria pergi chat si dia.. ;'(
-🤍-
Wani dan Anis sedang berborak dengan classmate lelaki dan juga kawan kepada Harith. Dania tidak tahu apa yang diborakkan oleh mereka.
Tiba-tiba keluar topik 'harith tolong mak dia masak lah..tolong sidai kain lah..tolong basuh baju lah...'
Wani dan Anis mendengar akan kawan kawan Harith berkata bergitu..
Terus Wani dan Anis mula mengusik Dania. "Wey..Nia..Harith masak Nia...Harith sidai kain Nia..boleh jadi suami niaa..suami misali nia.." usik Wani.
Haih... Wani ni...buat malu Dania aje..tak habis habis mengusik Dania. Sudah naik merah muka member..
Disitulah Dania dapat tahu, Harith ada ciri-ciri seorang lelaki yang seperti ayahnya..
Dania teringat akan pesanan ibunya.
End epilog🤍
谢谢🌹
Diaryrosee
YOU ARE READING
Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}
RomanceSTORY BY >> { diaryrosee } 🌹 Classmate >> Crush >> Best Friend >> Crush >> Stranger >> Teammate >> Married >> Lover ° Friend lover relationship ° = She fell first and he fell more harder = Perkenalan DANIA & HARITH bermula:- bermula kenal sebagai...