HARITHDANIA 二十 (20)

8 1 0
                                    

Sekejap sahaja masa berlalu.  Sudah hampir 3 bulan perkahwinan Dania dan Daniel.

Dania menghampiri Daniel yang sedang berbaring malas di atas sofa ruang tamu.

“awak” panggil Dania perlahan. Tiada sahutan dari Daniel yang sedang memain telefon pintarnya.

“awak tak kerja ke? Dah hampir 2 minggu awak tak kerja tau” kata Dania takut takut.

“aku dah berhenti kerja” malas Daniel berkata. Terkejut Dania mendengar ucapan dari lelaki itu.

“a..awak berhenti kerja!?” soal Dania. Daniel bangun dari baring di sofa dan berlalu pergi keluar rumah tanpa menjawab pertanyaan Dania tadi.

“semak lah pompuan ni!” kasar Daniel berkata. Daniel memasuki kereta milik Dania itu dan berlalu pergi ke tempat tujuannya.

–🤍–

“hi brader!!” jerit Daniel berjalan menghampiri lelaki itu.

“eh..bro..macam mana dengan wife kau?” soal lelaki itu dengan gelaran Zack.

“tak payah lah tanya pasal dia..buat semak kepala je!” berlagak Daniel berkata sedikit menjerit kerana tempat itu bising dengan muzik yang kuat. Daniel memeluk perempuan seksi yang tidak cukup kain itu sambil tangan kirinya pula meraba-raba peha lembut perempuan itu.

“aku kahwin dengan dia sebab nak tutup perangai aku yang ini je..” sinis Daniel berkata sambil matanya meminta zack untuk melihat tangan gatalnya itu yang sedang meraba peha perempuan seksi itu. Zack tersenyum nakal melihat perangai kawannya itu.

–🤍–

Sudah hampir dua hari Daniel tidak pulang ke rumah mereka. Dania risau akan keberadaan Daniel itu. Selama tiga bulan ini Daniel sama sahaja, jika tidak puas hati pasti akan memukul Dania sehingga lebam teruk mukanya.

Pukul Dania tanpa belas kasihan sedikit pun. Masakan Dania juga dia tidak pernah makan. Bahkan sentuh sebagai pasangan suami isteri juga tidak pernah.

Dania merasakan Daniel itu seperti orang asing sehingga dia tidak merasa ingin membuka topi hoodie nya atau tudungnya sekali pun untuk membenarkan lelaki yang bergelar suaminya itu untuk melihat auratnya.

Dania terdengar akan pintu rumah mereka terbuka. Siapa lagi kalau bukan lelaki itu.

“awak..” panggil Dania perlahan. Tiada sahutan dari lelaki itu. Mata lelaki itu hanya layu macam penat buat sesuatu. Padahal lelaki itu tidak berkerja pun.

“kenapa tak balik 2 hari? Awak buat apa dekat luar tu? Awak tidur mana malam tadi?” soal Dania bertalu-talu membuat kan lelaki itu rimas akan soalan wanita itu.

“KAU JANGAN SEBUK HAL AKU BOLEH TAK!!!?” marah lelaki itu sambil memegang serabut kepalanya sehingga rambutnya seramai macam tidak terurus. Terkejut Dania dengan jeritan lelaki itu.

“SEMAK LAH!!” marah lelaki itu lagi.

sa..saya..cuma nak tahu awak tidur mana je malam tadi” takut takut Dania berkata perlahan sambil melihat ke arah lantai. Daniel memberikan pandangan bengis pada Dania.

Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}Where stories live. Discover now