HARITHDANIA 五十三 (53)

10 0 0
                                    

" terima kasih mama, sebab dah terima Dania sebagai menantu mama. Even, Dania tak tahu apa yang jadi dekat hidup Dania sebelum ni. Tapi Dania dapat rasakan mama, eyna, elyn, ayah and Harith orang yang baik " jelas Dania. Puan Zara tersenyum mendengar kata-kata dari menantunya itu.

" mama yang patut berterima kasih dekat Nur, sebab sudi jadi menantu mama yang baik " kata puan Zara pula. Kemudian puan Zara memeluk tubuh Dania erat.

" kenapa mama panggil Dania, Nur? " soal Dania bingung. Puan Zara meleraikan pelukan mereka.

" urm..sebab abang selalu panggil Dania dengan panggilan 'nur'. Comel. Sebab tu mama pun panggil Dania macam tu " jelas Puan Zara sambil tersenyum manis.

" abang? Harith? " soal Dania lagi. Puan Zara hanya menganggukkan kepalanya tanda jawapannya sambil tersenyum.

Harith mengambil langkah laju menuju ruangan wad isterinya. Tidak sabar ingin berjumpa isterinya.

" Nur, ni saya ada masakkan bubur yang awak minta tadi " laju langkah Harith menuju kearah isterinya yang sedang bersandar pada kepala katil.

Dania hanya memandang kearah suaminya yang sedang sibuk mengeluarkan bekal makanan itu dari beg kitar semula dan membuka penutup bekal itu. Harumnya bau bubur ni.

" saya sebenarnya tak lapar lagi tau, tapi lepas tengok bubur awak ni.. terliur pula " kata Dania perlahan, terdengar sedikit teruja. Hanya Harith sahaja dapat mendengarkannya. Dania teruja apabila melihat makanan. Harith tersenyum manis, rindunya dia.

" nak abang suap ke? " sengaja Harith berkata begitu. Mengusik. Laju Dania mengambil sudu besi yang ada pada tangan Harith.

" ta..tak pe. Saya boleh makan sendiri " tergagap-gagap Dania berkata. Jantungnya laju bagaikan sedang berlari. Memerah wajah Dania saat ini. Harith hanya tersenyum mengusik. Rindu.

" sweet nya lahai korang ni " usik Aidil yang baru sahaja masuk ruangan bilik itu. Mata mereka semua beralih kearah rakan-rakan mereka yang baru tiba.

" lama dah ke kurang sampai? " soal Harith sambil menuju kearah mereka dan berlaga bahu sesama lelaki. Wani, Rania, Anis dan Danish yang menolak isterinya menggunakan wheelchair menuju kearah Dania.

" dilla, tu anak kau ke? " soal Dania. Dia tahu, dia tidak ingat apa yang berlaku. Tiba tiba sahaja sepupunya sudah mempunyai seorang anak lelaki.

" Ha'ah " balas Adilla ringkas.

" apa nama anak kau? " soal Dania sambil mencuit pipi gebu milik bayi kecil itu.

" Aidill Darkish " balas Adilla. Dania mengangguk faham.

" sedap nama " puji Dania sambil tersenyum manis.

" bila masa kau bersalin? " soal Dania lagi.

" hari yang sama kau accident " balas adilla setelah mendiamkan diri sebentar tadi. Dania menganggukkan kepalanya faham.

" kau nak try pegang tak? " soal adilla. Dania seperti terpinga-pinga ingin mengambil bayi itu.

" a..aku pegang baby!? Takut lah " gelisah Dania berkata.

Harith mengambil langkah kearah adilla kemudian bayi itu bertukar tangan dengannya. Kemudian perlahan-lahan Harith memberikan bayi itu pada Dania. Takut takut Dania menggendong bayi itu.

Entah mengapa air mata Dania seperti ingin mengalir. Harith perasan akan hal itu lalu mengusap perlahan air mata Dania yang mengalir pada pipinya. Dania mengangkat wajahnya memandang suaminya yang berdiri di sebelah katil hospitalnya.

Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}Where stories live. Discover now