HARITHDANIA 三十五 (35)

11 1 0
                                    

"aku suami dia" dingin Harith berkata. Terbeliak mata Syasya. Syasya tidak percaya, suami Dania yang Syasya tahu sebelum ini bukanlah lelaki bernama Harith Iskandar.

"you tipu kan" kata Syasya tidak boleh terima kenyataan. Bergeletar hebat badan Syasya saat ini.

"tak! Aku tak akan tipu perkara macam tu" tegas Harith berkata. Lalu Harith menggenggam kemas tangan kecil isterinya.

"so..jangan berani nak kacau rumah tangga aku!" tegas Harith memberi amaran. Lalu Harith terus menarik tangan Dania untuk berlalu pergi. Dania hanya mengikuti setiap langkah suaminya. Jelas muka Harith masih marah.

Sedari tadi Harith tidak bercakap langsung dengan Dania sehingga di dalam kereta pun. Muka dingin Harith membuatkan Dania takut ingin bersuara.

Riak wajah Daniel yang marah sedang bermain di fikiran Dania saat ini. Trauma lagi! Tapi Dania cuba mengawalnya supaya tidak mengikut perasaan.

Sehingga sampai di rumah pun Harith masih lagi tidak bercakap. Harith terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri dan meninggalkan Dania yang berada di belakangnya.

Dania faham akan kemarahan Harith yang tidak pudar lagi. Dania hanya menutup pintu utama rumah itu. Dania tidak mahu menggangu emosi suaminya saat ini.

Harith keluar dari bilik air, baru selesai mengambil wuduk untuk solat Isyak. Dania sudah siap duduk di atas sejadah bersama telekungnya.

Tanpa Harith berkata apa apa. Harith terus mengambil tempatnya untuk menjadi imam buat Dania.

"allahhuakbar!"

Akhirnya mereka selesai menunaikan solat Isyak bersama. Harith memusingkan badannya menghadap ke arah Dania. Kelihatan mata Harith memandang bawah kerana tidak berani menatap mata isterinya saat ini. Dania sudah mengangkat tangannya ingin bersalam dengan suaminya.

Dania mendengar esakan halus dari Harith. Dania mengangkat perlahan kepala suaminya itu. Kelihatan mata Harith penuh dengan air mata. Air mata Harith mengalir dengan deras sekali setelah menatap wajah isterinya saat ini.

"awak...kenapa awak nangis ni..." soal Dania lembut. Kedua belah tangan Dania mengusap pipi Harith lembut sambil mengelap air mata Harith yang mengalir itu.

Harith menarik Dania untuk duduk di atas ribanya. Lalu Harith memeluk badan kecil isterinya. Teresak-esak Harith menangis pada dada Dania. Dania sekarang duduk di atas kaki Harith. Dania hanya mengusap perlahan kepala suaminya itu.

"sa.. hiks..saya minta maaf..Hiks.." tersekat-sekat Harith berkata. Semakin erat pelukan Harith itu.

"kenapa? Saya rasa awak tak buat salah pun" kata Dania. Makin basah telekung Dania dengan air mata dan hingus suaminya. Harith memeluk erat tubuh Dania itu seperti tidak mahu lepas.

"se..Hiks..sebab..saya palau awak..Hiks..dari petang tadi..Hiks..." kata Harith seperti anak kecil tidak mendapat gula-gula.

"tak pe lah..saya tak ambil hati pun..saya tahu awak masih marah sebab tu saya tak nak kacau awak.." lembut Dania berkata. Harith menggelengkan kepalanya yang masih lagi berada di dalam pelukan Dania.

"tak..saya minta maaf..! Saya tahu trauma awak datang tadi kan.." Harith mengangkat kepalanya memandang tepat kearah mata Dania.

"Ma..macam mana dia tau..! Dia boleh baca fikiran aku ke!" Bisik hati Dania. Terkejut Dania apabila Harith tahu akan trauma Dania datang tadi.

"awak boleh tipu semua orang..tapi bukan dengan saya.." tegas Harith berkata. Harith mengesat hingusnya menggunakan belakang tapak tangannya.

"ma..macam mana awak tahu?" berhati-hati Dania menyoal suaminya. Harith kelihatan semakin tenang dari tangisannya tadi.

"saya nampak awak shaking..goyangkan kaki..muka awak pun berpeluh..gigit jari..muka pucat.."

"awak teringat waktu awak ke a pukul dengan dia kan" soal Harith yakin. Dania menundukkan kepalanya setelah mendengar kata-kata dari Harith tadi.

"saya palau awak tadi..sebab saya tak nak tengking kan suara saya dekat awak.." lembut Harith berkata sambil mengusap perlahan belakang badan Dania. Dania masih lagi menundukkan kepalanya.

Harith menyedut hingusnya yang ingin mengalir dan sumbat akibat menangis tadi.

"saya minta maaf.." perlahan Dania berkata. Pelik Harith dengan isterinya. Kenapa perlu minta maaf padanya pula?

"kenapa awak minta maaf dekat saya pula..awak tak salah lah..saya yang salah..saya minta maaf okay.." lembut Harith berkata lalu memeluk erat tubuh kecil Dania itu.

"don't leave me"

Dania membalas pelukan Harith itu.

-🤍-

"awak kata ada banyak lagi soalan yang awak nak tanya apa dia..?"

"tadi..ada makhluk ni kacau pula" kata Harith selamba sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"hurm! urmm..." Dania masih lagi sibuk mengunyah makanan yang masih ada di dalam mulutnya.

"habis kan makanan dalam mulut tu dulu Nur sayang.." lembut Harith berkata. Dania hanya tersengih mendengar kata-kata Harith itu. Akhirnya Dania berjaya menghabiskan makanan di dalam mulutnya.

"saya nak tanya.."

"urm..kenapa awak nak kahwin dengan janda macam saya ni eh..kenapa awak nak perempuan tak sempurna ni? Kenapa awak tak kahwin dengan orang lain je, dari tunggu saya lama lama..? Awak tak nak kahwin lain ke?" bertalu-talu soalan Dania.

"satu satu sayang.."

"tapi..! Saya tak suka soalan yang akhir tu.." lembut Harith berkata tapi masih ada nada tegasnya disitu.

"sorry" ucap Dania perlahan lalu menundukkan kepalanya. Harith hanya tersenyum lalu mengusap lembut kepala Dania. Terus Dania mengangkat kepala memandang suaminya. Senyuman dibalas senyuman.

"kenapa saya kahwin dengan awak? Sebab saya sayang dekat awak sangat sangat...sampai saya sanggup tunggu awak sehingga lah awak kena divorce..awak tahu..bertapa happy nya saya bila dapat tahu awak dah divorce..but at the same time, saya kesian dekat awak juga..tapi waktu tu muka awak macam tak ada perasaan tau" jelas Harith. Dania setia mendengar kata-kata suaminya itu.

"muka saya tak ada perasaan waktu tu sebab..saya dah tawar hati lah.." kata Dania jujur.


So jangan sesuka hati buat perempuan tawar hati tau! Kalau sekali dia dah tawar hati, nak buka hati dia balik..punya lah susah. - PESANAN KHAS DARI AUTHOR.

TO BE CONTINUE 🤍 谢谢🌹Diaryrosee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TO BE CONTINUE 🤍
谢🌹
Diaryrosee

Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}Where stories live. Discover now