"sayang, jom ikut abang kejap" arah Harith. Harith berura-ura ingin membangun dari duduknya. Bingung Dania.
"kenapa? Nak pergi mana?" soal Dania bingung. Harith hanya tersenyum.
"papa, mama, and kakak angkat sayang nak jumpa sayang dekat office diorang" balas Harith. Terkebil-kebil Dania memandang suaminya.
"ke..kenapa diorang nak jumpa saya?" soal Dania bingung. Harith mencangkung di hadapan isterinya sambil mengusap lembut tangan isterinya.
"sebab diorang rindu Nur sayang saya ni" balas Harith. Tangan Harith masih setia mengelus lembut tangan isterinya sambil tersenyum manis buat isterinya.
"jom!" ajak Harith setelah membangun dari cangkungnya tadi. Dania hanya patuh dengan arahan suaminya.
Kemudian mereka keluar dari ruangan bilik kerja itu. Diikuti oleh Ling Hao. Sedang mereka menunggu ketibaan lift, dania menyoal sesuatu...
"kenapa lelaki cina tu ikut kita sekali?" soal Dania polos. Harith memandang isterinya yang lebih pendek darinya.
"dia kan dari family Ling juga" balas Harith berbisik di telinga isterinya. Tangan Harith masih setia memegang tangan isterinya. Dania hanya mengangguk faham.
Akhirnya mereka tidak di hadapan bilik CEO Ling Zi. Tiba tiba sahaja jantung Dania bagaikan mahu meletup. Tidak tahu kenapa perasaannya begini. Sejuk habis tangan Dania.
Harith perasan akan perubahan isterinya. Harith menundukkan sedikit badannya dan memandang tepat wajah isterinya yang sedikit pucat.
"relax okay. No need to scared for" harith cuba menenangkan diri isterinya sambil mengelus lembut kedua belah bahu isterinya.
"breath in, breath out" arah Harith. Dania hanya turut dengan arahan suaminya. Setelah Harith dapat merasakan badan isterinya sedikit tenang. Harith menyoal isterinya..
"are you okay now?" soal Harith. Dania hanya menganggukkan kepalanya. Harith tersenyum manis.
"okay, jom" harith menggenggam erat tangan isterinya. Kemudian masuk ke dalam ruangan bilik kerja CEO itu. Dania memeluk lengan sasa milik suaminya. Harith hanya tersenyum melihat perbuatan isterinya.
Mata Dania melilau melihat betapa besarnya pejabat keluarga angkatnya ini. Tidak pernah dia tengok dalam realiti. Sebelum ini hanya pernah tengok dalam drama sahaja. Lagi lagi drama Korea. Favorite lah!
"dania" panggil wanita separuh usia itu. Perlahan-lahan wanita itu menghampiri Dania.
Harith cuba melepaskan tangannya dari terus digenggam oleh isterinya, untuk memberi peluang bagi wanita separuh usia itu dan kakak angkatnya memeluknya. Tapi Dania masih menggenggam erat tangan suaminya, seperti tidak mahu lepas.
Harith memandang isterinya sambil tersenyum. Kemudian mengangguk perlahan. Tanda isyarat. Dania pun, perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan itu.
Laju wanita separuh usia itu memeluk tubuh kecil Dania. Terpinga-pinga Dania. Nak balas peluk itu, atau tidak? Hm..peluk je lah!
"Wǒ fēicháng xiǎngniàn nǐ (saya rindu awak sangat-sangat)" semakin erat pelukan song Mei Qi. Wanita itu mengalirkan air mata.
"Nǐ zài kū ma? (awak nangis ke?)" soal Dania. Dania mengusap perlahan belakang badan wanita separuh usia itu. Setelah wanita separuh usia itu menenangkan dirinya, dia meleraikan pelukan.
"dania, ni hao (apa khabar)" ucap Ling Zi sambil tersenyum manis. Kemudian Ling Zi menghampiri Dania dan memeluk Dania lalu meleraikan pelukan itu. Dania hanya tersenyum manis.
"we know, sekarang Dania confuse kan dengan kehadiran kitaorang sebagai keluarga angkat awak" Ling Liong memulakan perbicaraan.
"kami betul betul anggap Dania sebagai keluarga kami juga" kata song Mei Qi pula. Dania hanya tersenyum. Tidak tahu ingin berkata apa.
"our company selalu anggap staff semua macam family, tapi Dania lebih dari seorang pekerja buat kami. " kata Ling Zi pula. Hairan Dania dibuatnya. Kenapa hanya dirinya yang dianggap sebagai seorang yang lebih dari sebagai seorang pekerja?
"but, why me?" soal Dania hairan. Mereka tersenyum. Akhirnya Dania bersuara juga.
"just because, awak sudah selamatkan Ling Zi dari bahaya..dan semakin lama hubungan kita semakin rapat. We're like family. So that's why" Ling Hao pula bersuara. Dania hanya menganggukkan kepalanya faham.
"so, Nǐmen jiào wǒ lái zhèlǐ, zhǐshì yīnwèi nǐmen xiǎng wǒ ma? (So, korang panggil saya datang sini, just because korang rindu saya?)" soal Dania. Mereka hanya menganggukkan kepala mereka tanda sebagai jawapannya.
END EPILOG 🤍
谢谢🌹
Family Ling jumpa Dania balik
Diaryrosee
YOU ARE READING
Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}
RomanceSTORY BY >> { diaryrosee } 🌹 Classmate >> Crush >> Best Friend >> Crush >> Stranger >> Teammate >> Married >> Lover ° Friend lover relationship ° = She fell first and he fell more harder = Perkenalan DANIA & HARITH bermula:- bermula kenal sebagai...