"next question"
"kenapa saya nak dekat awak yang tak perfect?"
"no! You're to perfect for me..you complete my heart and no one can compare to you..jangan sesekali compare kan diri awak dengan orang lain okay..sayang" lembut Harith berkata.
"you know what.. saya tak nak hilang awak..kalau awak pergi dari hidup saya..boleh gila agaknya..macam mana lagu Sempurna insomniacks. Macam tu lah saya tak nak hilang awak" lembut Harith berkata lalu membangun dari duduknya dan duduk di kerusi kosong di sebelah Dania.
Terharu Dania mendengar kata-kata Harith itu. Tambahan pula, lagu itu adalah lagu kegemaran Dania. Dania hanya memandang tepat kearah sepasang mata milik suaminya.
"okay..next question "
"bukan saya tak nak kahwin dengan orang lain..tapi saya tak berminat dekat sesiapa pun..maybe Allah tutup pintu hati saya ni untuk suka sesiapa" jawap Harith sambil tersenyum manis melihat isterinya di sebelah. Tangan kiri Harith menggenggam erat tangan Dania. Lalu tangan kanannya pula memeluk bahu Dania.
"and! Saya buat solat istikharah untuk minta petunjuk..and yes..jawapan dia still sama, even waktu tu awak isteri orang. I don't know why..but it is."
"pintu hati saya tutup untuk semua perempuan..dan hati saya hanya untuk awak je.." kata Harith lalu mencuit hidung Dania lembut. Tersenyum malu Dania. Semakin memerah wajah Dania saat ini.
"next questions!" tegas suara Harith berkata kelihatan Harith memandang tajam kearah isterinya saat ini.
"saya tak suka tau awak tanya soalan macam ni.." geram Harith dengan isterinya ini. Suka tanya soalan pelik pelik.
"alah..saya cuma nak tahu je..." kata Dania lalu memuncungkan bibirnya dan terkebil-kebil mana Dania. Buat buat comel lah katakan. Cair lah Harith dengan kecomelan isterinya ini.
"fine..for you I'll do everything for you" pasrah Harith berkata. Dania mendapat satu idea ingin mengenakan suaminya.
"then..kahwin lah lain" kata Dania selamba. Terus berubah riak wajah Harith saat ini. Harith benar benar tidak suka dengan kata-kata isterinya saat ini.
Harith bangun dari duduknya dan mengambil pinggan makanannya tadi lalu mencuci kan pinggan itu kemudian masuk ke biliknya tanpa melihat sedikit pun kearah isterinya itu. Dania tahu, dia salah kerana menanyakan soalan itu.
Sejak dari petang tadi lagi Harith tidak bercakap dengan Dania. Dania sudah cuba untuk bercakap dengan Harith, tetapi Harith terus berlalu pergi ke bilik bacaannya tanpa berkata apa apa.
Dania tahu, dia bersalah kerana cuba mengusik suaminya tentang perkara itu. Dania tidak sepatutnya membuat perkara itu sebagai usikan.
Setelah dua jam Harith berada di bilik bacaan, akhirnya Harith kembali ke bilik tidurnya.
Dania terdengar seperti tombol pintu dipulas. Laju Dania berlari kearah pintu. Dania berdiri tepat di hadapan Harith. Harith berlalu pergi melepasi Dania seperti Dania tidak wujud disitu.
Harith mendengar satu suara esakan halus dibelakangnya. Harith memusingkan badannya untuk melihat kearah Dania. Harith mengeluh perlahan lalu menundukkan kepalanya memandang lantai.
Perlahan-lahan Harith melangkah kearah Dania yang sedang berdiri sambil memandang kearahnya dan mengalir air matanya.
Harith mengelap lembut air mata Dania yang mengalir di pipi itu. Harith masih lagi membisu seperti tidak mampu untuk mengeluarkan suaranya. Harith menyalahkan dirinya kerana sudah membuat Dania menangis. Hatinya sakit! Hancur!
"sa..hiks..saya minta maaf.." ucap Dania. Semakin berjurai air matanya setelah Harith mengusap pipinya.
"sa..hiks..saya tahu...saya..tak sepatutnya.. cakap..hiks..cakap macam tu..." teresak-esak Dania menangis. Dania menyesal akan perbuatannya.
Harith menarik Dania ke dalam pelukannya lalu mengusap lembut belakang kepala Dania. Dania membalas pelukan itu. Dania mengeratkan lagi pelukan itu seperti tidak mahu lepas.
"saya minta maaf sebab buat awak nangis" bisik Harith pada telinga Dania. Laju Dania menggelengkan kepalanya untuk menafikan kata kata Harith.
"tak! Salah saya..saya tak sepatutnya suruh awak kahwin lagi..saya tak nak madu.."
"tapi sebab, saya sengaja nak mengusik awak je tadi.." jelas dania. Habis basah baju Harith dengan air mata dan hingus Dania.
"awak kena tahu satu benda je" akhirnya Harith bersuara juga setelah sekian lama mendiamkan diri.
"cinta saya hanya untuk Nur Dania Aqilla sahaja..tiada perempuan lain mampu mengisi hati saya lagi..hanya Nur Dania Aqilla sahaja." lembut Harith berkata. Cinta dan kasih sayang Harith Iskandar hanya untuk Nur Dania Aqilla.
Semakin deras air mata Dania mengalir apabila mendengar ucapan dari lelaki yang bergelar suaminya itu.
Harith mahu meleraikan pelukan itu tapi Dania semakin mengeratkan pelukannya seperti tidak mahu lepas.
Harith pasrah melihat isterinya tidak mahu lepas pelukan itu. Lalu Harith mengendong isterinya seperti koala. Perlahan-lahan Harith meletakkan tubuh Dania di atas katil.
Harith ingin berlalu pergi tetapi Dania menahan Harith dari pergi. Dania menarik perlahan tubuh Harith untuk baring di sebelahnya bersama.
Perlahan-lahan Harith hanya akur dengan permintaan isterinya itu. Kemudian Harith membuka bajunya kerana Harith tidak suka memakai baju sewaktu tidur. Lalu Harith membaringkan tubuhnya di sebelah Dania.
Kepala Dania membantalkan lengan sasa suaminya. Jarak wajah mereka sekarang hanya seinci sahaja. Dania terus memeluk pinggang suaminya. Begitu juga Harith.
"saya minta maaf.." perlahan suara itu berkata. Harith hanya tersenyum manis melihat wajah isterinya. Setelah beberapa minit Dania lena dibuai mimpi. Cepat sahaja Dania terlena.
Harith menyelak rambut panjang yang menutup wajah isterinya. Rasa serba salah menyelubungi hatinya. Adakah dia bukan seorang suami yang baik? Itu lah yang bermain difikiran Harith saat ini.
TO BE CONTINUE 🤍
谢谢🌹
Diaryrosee
YOU ARE READING
Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}
RomansSTORY BY >> { diaryrosee } 🌹 Classmate >> Crush >> Best Friend >> Crush >> Stranger >> Teammate >> Married >> Lover ° Friend lover relationship ° = She fell first and he fell more harder = Perkenalan DANIA & HARITH bermula:- bermula kenal sebagai...