Dania dengan perlahan mengikuti langkah Harith yang berada dirumahnya itu.
Harith mengetuk pintu rumah tersebut kerana dia tertinggal kunci rumahnya di dalam rumah. Kelihatan seorang wanita separuh usia membuka pintu itu. Dania masih lagi menyorok di belakang Harith sehingga mereka tidak perasan akan keberadaan Dania itu.
"hah..ni mesti tak bawa kunci kan" teka puan Zara, mama kepada harith. Membuka pagar pintu sambil melihat kearah anak sulong lelakinya itu.
"hehe" Harith memegang belakang lehernya.
"ma..abang ada bawa tetamu" kata Harith tanpa berbasa basi lagi. Puan Zara melihat kearah anaknya pelik kerana tidak nampak pun macam Harith sedang membawa tetamu.
Dania munculkan diri dari terus menyorok di belakang Harith dengan wajah yang luka. Puan Zara menutup mulutnya kerana melihat luka yang teruk pada muka Dania dengan bajunya yang kelihatan masih basah dan mukanya kelihatan pucat.
Dania yang seperti tidak mampu berdiri lagi dan kepalanya juga bagaikan rasa mahu terbalik bumi ini pengsan tapi masih dapat disambut oleh Harith.
Harith Iskandar berdiri seperti batu kerana Dania sekarang berada di dadanya. Tangannya juga terbuka luas kerana tidak mahu menyentuh perempuan yang buka mahram nya. Laju jantungnya berdegup.
Dup dap..dup dap..dup dap..
Terkejut puan Zara melihat situasi itu. Begitu juga adik-adiknya juga yang baru sahaja sampai berada di depan pintu rumah itu.
"angkat dia bang, bawa masuk" arah puan Zara cemas. Harith bagaikan bingung mahu buat apa.
"ta..tapi ma.."
"angkat je lah..emergency lah" arah puan Zara tegas dan sedikit mendesak. Harith yang ragu-ragu itu akur dengan arahan mamanya itu.
Encik Jauhari yang baru turun dari tingkat atas bingung melihat anaknya mengangkat seorang gadis kecil ke tingkat atas.
"eh..kenapa ni?" soal encik Jauhari bingung sambil menarik lengan isterinya, puan Zara.
"nanti lah saya cerita" dengan wajah yang cemas puan Zara diikuti dengan anak-anak perempuannya menaiki ke tingkat atas, bilik tetamu.
Harith meletak perlahan tubuh Dania yang kecil seperti tidak cukup makan itu di atas katil yang tersedia di bilik tetamu. Harith memandang sayu kearah Dania yang tidak sedarkan diri itu.
"eh..! Jangan tengok anak dara orang lama lama" halang puan Zara itu. Harith tersedar dari lamunannya.
"dah..pergi keluar" arah puan Zara sambil menolak tubuh anak lelakinya itu.
"pergi mandi dulu..basah habis baju tu..nanti demam pula"
"nanti explain dekat mama dengan ayah..apa yang dah jadi sebenarnya.." pesan puan Zara. Harith mengangguk sebanyak dua kali tanda faham. Lalu Harith berlaku pergi turun dari tingkat atas.
Harith melihat ayahnya sedang duduk di atas sofa ruang tamu sambil memandang tajam kearahnya. Tertelan air liurnya kerana takut dengan pandangan tajam ayahnya itu.
Harith mendekati ke arah ayahnya. Kemudian menceritakan kenapa dia perlu mendukung gadis tadi.
-🤍-
"boleh explain dekat kitaorang apa yang dah jadi sebenarnya?" lembut puan Zara menyoal. Harith menarik nafas dalam dalam. Kemudian menjawab soalan dari puan Zara.
YOU ARE READING
Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}
RomansaSTORY BY >> { diaryrosee } 🌹 Classmate >> Crush >> Best Friend >> Crush >> Stranger >> Teammate >> Married >> Lover ° Friend lover relationship ° = She fell first and he fell more harder = Perkenalan DANIA & HARITH bermula:- bermula kenal sebagai...