"ya-allah sayang"
"apa sayang buat ni?" laju Harith menuju kearah isterinya yang sedang menyapu sampah. Laju tangan Harith mengambil menyapu dari tangan isterinya. Hairan Dania melihat kearah suaminya.
"apa? Saya kemas rumah lah" balas Dania polos. Harith menolak tubuh isterinya perlahan kearah sofa yang berada di ruang tamu itu.
"duduk" arah Harith. Kemudian Dania dengan perlahan melabuhkan punggungnya di atas sofa itu. Lalu Harith sambung membuat kerja rumah yang tergendala tadi. Pelik Dania melihat kearah suaminya.
"saya boleh buat lah" Dania berkata setelah mendiamkan diri sebentar tadi. Tangan Harith masih lagi sibuk menyapu rumah.
"kan doktor cakap, sayang tak boleh buat kerja berat" lembut Harith berkata.
"so, from now on. Abang yang akan kemas semua kerja rumah ni. Masak, semua abang buat" semangat Harith berkata. Dania hanya tersenyum melihat gelagat suaminya itu.
"hah! Ni..sayang nak bagi tahu good news ni dekat diorang bila?" soal Harith sambil tangannya bercekak pinggang. Dania berfikir sejenak.
"urm..belum lagi kot..nanti nanti lah. Kita bagi tahu diorang semua" kata Dania. Harith hanya mengangguk faham dengan keputusan isterinya itu.
"abang, esok saya nak masuk kerja tau" kata Dania berhati-hati. Terhenti pergerakan Harith. Dania menelan liurnya kelat. Seram tengok wajah serius suaminya saat ini.
"abang baru ingat nak minta cuti sayang dekat boss tau" balas Harith.
"alah..jangan lah risau pasal saya. I need to work abang. I have a lot of work to do" kata Dania pula. Harith mendekati isterinya.
"okay..boleh. But satu syarat" Harith mengangkat satu jari telunjuknya. Dania hanya mengangguk.
"syarat? What syarat?" teruja Dania soal.
"anything call me. Jangan banyak gerak sangat. Jangan angkat benda berat. Even sedikit pun." arah Harith lalu mengeluarkan jari kelingkingnya tanda mahu berjanji sama isterinya.
"tapi tu bukan satu syarat, itu tiga syarat" kata Dania perlahan tapi masih dapat didengari oleh Harith.
"nak tak nak?" ugut Harith sambil menunjuk jari kelingkingnya di hadapan muka isterinya.
"nak nak nak nak!" laju Dania mengeluarkan jari kelingkingnya kemudian bercantum dengan jari kelingking suaminya.
"good" lembut Harith mengusap kepala isterinya. Kemudian Harith kembali sambung mengemas rumah itu.
-🤍-
"sayang naik lah dulu" Harith memberhentikan keretanya di hadapan bangunan Ling Holding. Kemudian Dania membuka pintu kereta Audi R8 itu dan keluar dari perut kereta.
Setelah Harith memastikan isterinya masuk ke dalam bangunan itu, barulah Harith meluncur tayar keretanya ke tempat parking kereta.
"Nur Dania Aqilla"
Panggil seorang lelaki. Dania menoleh kearah suara itu berada. Lelaki yang amat dia benci.
Daniel Eiman!
"kau nak apa?" dingin Dania menyoal bekas suaminya itu sambil menyilangkan tangannya pada dadanya.
YOU ARE READING
Derita Dania | HARITHDANIA {HIATUS}
RomanceSTORY BY >> { diaryrosee } 🌹 Classmate >> Crush >> Best Friend >> Crush >> Stranger >> Teammate >> Married >> Lover ° Friend lover relationship ° = She fell first and he fell more harder = Perkenalan DANIA & HARITH bermula:- bermula kenal sebagai...