Bab 3

130 14 0
                                    

2005

PEJAM celik, dalam beberapa bulan saja lagi... genaplah empat tahun Dahlia melanjutkan pelajaran di benua Eropah. Seperti yang dirancang, dia berjaya tamatkan pengajian asasi selama setahun dalam bidang perniagaan dan terus menyambung pengajian ijazah sarjana muda selama tiga tahun dalam bidang fesyen. 

Hubungan dia dengan Indra masih terjalin. Indra tidak pernah lupa untuk mengirim emel kepadanya setiap minggu selama empat tahun ini. Khabarnya sekarang Indra sudah mahir menggunakan komputer setelah menghabiskan seharian di cyber cafe pada setiap minggu hanya kerana mahu berhubung dengan Dahlia yang berada di kota London.

Tempoh masa empat tahun kita dah nak habis. Saya harap awak masih tunggu saya. - Dahlia.

Mestilah saya masih tunggu awak. Saya tak sabar nak jumpa awak dan masuk meminang awak. - Indra.

Wah... duit tabung awak dah cukup ke nak masuk meminang saya? - Dahlia.

Hmm... sekarang ni duit simpanan saya dah ada RM5000. Cukuplah untuk jadikan sebagai hantaran awak kan? - Indra.

Cukup. Saya pun rancang nak buat sederhana aje. Hmm... mak dan adik-adik awak sihat ke? - Dahlia.

Alhamdulillah, diorang semua tu sihat aje. Adik saya, Suraya tu dah sambung belajar di UPSI. Tak lama lagi dia keluar jadi seorang cikgu. Adik bongsu saya, Aisyah pulak akan SPM tahun ni. Mak pulak macam biasa... petang-petang pergi jenguk opah dekat rumah dia. - Indra.

Oh... opah! Opah sihat ke? Hari tu mama cakap waktu dia balik untuk jenguk opah, opah jatuh bilik air. Keadaan opah dah makin okey ke? - Dahlia.

Opah dah makin sihat. Kaki dia pun dah makin baik. Tak sakit dah. - Indra.

Alhamdulillah. - Dahlia.

Dahlia, di London sekarang musim apa? - Indra.

Sekarang ni tengah musim sejuk. So, ada salji. - Dahlia.

Oh, seronoknya! Belajar awak okey? Ada tak mana-mana lelaki yang cuba mengorat awak dekat sana? - Indra.

Dahlia senyum. Kemudian dia sambung menaip di komputernya.

Belajar saya okey aje dan of course ada lelaki yang mengorat saya tapi saya tak layan diorang. Saya kan dah ada awak. - Dahlia.

Fuhh... lega saya dengar. Awak dah janji nak kahwin dengan saya kan? Tak bolehlah awak terima lelaki lain. - Indra.

Ya, saya tahu. Awak jangan risau. Saya balik aje Malaysia, kita akan kahwin. - Dahlia.

Setelah beberapa ketika, sesi emel itu pun tamat kerana di Malaysia hari sudah malam manakala di London masih siang. Usai itu, Dahlia pergi ke kedai kopi di mana tempatnya dia selalu menghabiskan masa mengulang kaji pelajaran.

Beberapa minit kemudian, Nazril pun tiba di kedai kopi yang sama. Dia melihat Dahlia duduk tersengih seorang diri memandang gambar polaroid di tangan. Nazril terus mengambil tempat duduk di sebelah Dahlia.

"Oh, so this is the man who always have your heart? Indra."

"Yeah, his name is Indra Ashraf bin Imran. Tak sabar nak balik Malaysia dan jumpa dia," kata Dahlia.

"Indra ni memang suka pakai topi ke?" soal Nazril tatkala memandang gambar Dahlia bersama Indra.

Dahlia mengangguk. "Dahlia suka tengok dia pakai topi. Handsome!"

Janji Setia Padamu (Completed)Where stories live. Discover now