2024
"MUHAMMAD Rayyan Nakhaie," panggil Dahlia yang sudah bercekak pinggang dari belakang sambil memandang anak lelakinya yang sedang sibuk dengan konsol permainan video miliknya.
Rayyan menoleh kemudian tersengih ke arah mamanya.
"Mama suruh Ayyan buat apa tadi?" soal Dahlia.
"Pergi mandi," jawab Rayyan.
"Tahu pun! Habis tu kenapa tak mandi lagi? Ayyan... mama dah lambat nak pergi show ni. Cepatlah pergi siap!"
"Alaa... mama. Ayyan tak naklah ikut mama pergi fashion show tu. Itu semua baju perempuan bukan baju lelaki. Mama pergi ajelah seorang."
"Ayyan, mama kena bawa plus one dalam fashion show dan Ayyan ajelah yang jadi plus one mama."
"Eh, mama boleh aje kan call Uncle Ery untuk teman mama? Uncle Ery tu minat fashion sama macam mama. Ayyan tak minat fashion. Tak pun ajak ajelah Abang Jack."
"Uncle Ery tak ada. Dia busy! Jack pulak ada hal dekat kampung dia. Sekarang ni mama nak pergi fashion show tu dengan Ayyan. So, pergi mandi cepat! Now!"
Rayyan mengeluh.
"Hah, mengeluhlah... mengeluh! Mama jual PS5 tu nanti."
"Okey, Ayyan pergi bersiap sekarang."
"Cepat! Mama bagi Ayyan 10 minit aje," ujar Dahlia.
"Ya," sahut Rayyan.
Rayyan pergi bersiap manakala Dahlia mengambil beg tangannya lalu memakai kasut. Setelah 10 minit, Rayyan keluar dari bilik tidurnya dengan pakaian yang kemas.
Berkemeja coklat, berbaju putih, berseluar jeans dan berkasut putih. Sepadan dengan pakaian mamanya yang lebih kurang sama warnanya.
Dahlia senyum apabila melihat Rayyan begitu.
"Hah, macam nilah anak mama! Handsome."
Rayyan diam. Kemudian Dahlia merangkul tangan Rayyan lalu berjalan keluar dari rumah bersama-sama.
Sampai saja di majlis pertunjukan fesyen itu, Dahlia dan Rayyan pun dijemput untuk duduk di hadapan pentas selaku salah seorang tetamu penting dan wakil dari NR Couture.
Dahlia memperbetulkan kolar baju anaknya yang nampak tidak kemas. Dia memang pantang melihat pakaian yang tidak kemas.
Sakit mata sebagai seorang pereka fesyen.
"Hish... Rayyan ni, cuba pakai baju tu kemas-kemas sikit. Asal boleh aje pakainya."
"Mama, okey dah ni. Ayyan tetap handsome walau pakai macam mana pun."
Dahlia senyum. Dia memeluk badan Rayyan seketika kemudian ada dua orang perempuan datang ke arahnya meminta untuk mengambil gambar.
"Hai, Dahlia. Hmm... kitaorang nak ambil gambar dengan Dahlia boleh?"
"Hai, boleh," jawab Dahlia dengan senyuman.
Dahlia memberikan Rayyan beg tangannya kemudian pergi bergambar dengan dua orang perempuan tadi di tempat lain.
Rayyan hanya duduk tunggu di situ. Ah, dia bukannya peduli tentang mamanya itu walaupun dia tahu mamanya adalah Nur Dahlia, pereka fesyen terkenal Malaysia.
Usai bergambar dengan peminat, Dahlia ditemui oleh pihak media yang mahu menemuramah dirinya mengenai majlis pertunjukan fesyen pada hari ini.
"Hai, Dahlia. Boleh cerita sikit hari Dahlia datang ke KLFW untuk sokong jenama siapa?"
YOU ARE READING
Janji Setia Padamu (Completed)
Romance[CERPEN DIINSPIRASIKAN DARIPADA LAGU (MEMORI MUNGKIN BERULANG - TOMOK & SITI NORDIANA)] "Saya janji dengan awak... bila saya dah habis belajar, kita akan kahwin." - DAHLIA. "Saya tunggu." - INDRA. Itulah janji yang pernah dilafazkan Dahlia dan Indra...