Enam bulan kemudian...
Menghitung hari... Indra Ashraf & Nur Dahlia Johan bakal berkahwin tidak lama lagi.
"Dia cinta pertama saya" - Indra.
Bakal mengahwini pereka fesyen terkenal, Nur Dahlia Johan, Indra akui Dahlia adalah wanita terakhirnya.ARTIKEL-ARTIKEL itu dikeluarkan sejurus saja Indra memuatnaik sekeping gambar dirinya bersama Dahlia di laman sosial Instagram miliknya bersertakan kapsyen...
She's the one 🤍
Dan juga lagu Cinta Tak Pergi nyanyian Indra dan Yana Samsudin sendiri yang berlatarbelakangkan gambar mereka berdua.
Gambar itu mendapat hampir 10 ribu tanda suka bersertakan dua ribu komen diberikan oleh warga maya yang rata-rata gembira dengan berita percintaan mereka.
Dahlia pula sudah balik ke rumah Dato' Johan untuk memaklumkan bahawa dia mahu berkahwin dengan Indra.
"Dah viral macam ni baru ingat nak beritahu papa. Kenapa tak beritahu lepas kamu dah kahwin aje?"
Namun seperti yang dijangkakan, Dato' Johan tidak senang dengan berita itu.
Dahlia mengeluh.
"Papa, Dahlia balik sini dengan niat yang baik untuk minta restu daripada mama dan papa tentang hubungan Dahlia dengan Indra," katanya.
"Papa dah pernah cakap dulu kan yang papa takkan terima dia jadi menantu papa? Apa yang membuatkan Dahlia fikir papa akan berubah hati kali ni?"
"Sebab kali ni keadaan dah berbeza. Dahlia bukan lagi muda dan Dahlia percaya jodoh kitaorang masih ada."
"Jodoh masih ada? Eh, kamu sedar tak kamu tu ada Rayyan? Kamu dah tanya Rayyan sama ada dia suka dengan Indra atau tak? Kamu tak boleh pentingkan diri kamu aje, Dahlia."
"Sebab fikirkan Rayyan... Dahlia buat keputusan ni. Rayyan sendiri yang okey kalau kitaorang kahwin. Papa, papa sendiri tahu macam mana Rayyan bila ada lelaki yang cuba dekat dengan Dahlia sebelum ni kan? Semua lelaki tu tak boleh menangi hati dia tapi Indra boleh. Sebab tu Dahlia nak kahwin dengan Indra. Indra boleh terima Rayyan."
Dato' Johan membantah jua.
"Papa takkan setuju."
"Sudahlah, abang! 19 tahun dah abang halang hubungan anak kita ni dengan Indra. Dulu masa abang halang sebab Dahlia masih muda, masih belum cukup matang... saya faham. Tapi sekarang Dahlia dah matang dalam hidup dia. Umur dia pun dah 40 tahun. Biarlah dia sendiri yang tentukan hidup dan cinta dia, abang!"
Datin Orked membalas. Dia setuju saja dengan keputusan anaknya itu.
"Orked..." Dato' Johan tidak sangka isterinya bersetuju dengan Dahlia.
"Kita dah tak sepatutnya sibuk dalam urusan hidup Dahlia. Dia dah pandai nak uruskan hidup dia sendiri dan kita pun dah tak sepatutnya halang keputusan dia sebab dia pun layak bahagia. Abang nak Nazril jadi menantu kita, dia dah pernah jadi menantu kita. Apa lagi yang abang tak puas hati?"
"Kalau dulu Dahlia boleh ikut kehendak abang kenapa sekarang abang tak boleh ikut kehendak dia? Sekarang ni Indra tu pun dah berjaya dengan hidup dia... dah cukup layak untuk jadi sebahagian dari hidup Dahlia."
"Tapi betul ke Rayyan boleh terima Indra? Cucu kita tu penting dalam segala hal," kata Dato' Johan.
"Papa... sejak Rayyan lahir, Dahlia dah tekad untuk buat apa saja demi dia. Setiap keputusan yang Dahlia nak buat, Dahlia akan fikir dia dulu. Sama jugalah pasal ni... sebelum Dahlia setuju nak kahwin dengan Indra, Dahlia dah tanya Rayyan dulu dan dia setuju sebab dia selesa dengan Indra."
Dahlia mempertahankan keputusan kali ini.
"Apa yang penting sekarang ni adalah Rayyan. Tak ada siapa yang boleh ubah keputusan Dahlia melainkan Rayyan."
"Jadi... papa dan mama dah tak penting untuk kamu?" tanya Dato' Johan dengan soalan yang menjerat.
Dahlia mengeluh perlahan.
"Penting. Papa dan mama sangat penting untuk Dahlia tapi cukup-cukuplah tentukan hidup Dahlia sejak zaman remaja sampai sekarang anak papa ni dah jadi ibu anak satu dah pun. Sekarang ni Dahlia hanya pentingkan Rayyan sebab Rayyan satu-satunya anak Dahlia."
"Dahlah... Dahlia, kalau kamu rasa yakin dengan keputusan kamu, kahwin ajelah dengan Indra tu. Mama tak halang sebab mama tahu kamu akan bahagia dengan dia sama macam kamu bahagia dengan Nazril dulu. Betullah cakap kamu... Rayyan lebih penting daripada segalanya. Kalau Rayyan dah suka... dah selesa dengan Indra, tak ada masalah."
Datin Orked memberikan restunya pada Dahlia dan Dahlia tersenyum.
"Terima kasih, mama," ucapnya.
"Pergi jumpa ibu dan ayah mentua kamu juga. Minta restu diorang. Walaupun kamu dah kahwin baru, diorang tetap juga mentua kamu dan jangan pisahkan Rayyan daripada diorang."
Dahlia mengangguk. Dia pun meminta diri dan bersalaman dengan mama dan papanya.
~~~
"KALAU itu dah kehendak kamu dan yang terbaik untuk Rayyan, ibu dan ayah setuju saja. Yalah... sudah 13 tahun kamu hidup berdua saja, jadi kamu pun layak untuk cari bahagia yang baru juga," ujar Dato' Hisyam dan Datin Jannah.
Dahlia senyum.
"Tapi ibu dan ayah tak payah risau. Rayyan tetap cucu ibu dan ayah. Dahlia takkan pisahkan Rayyan daripada ibu dan ayah. Rayyan akan sayang ibu dan ayah sampai bila-bila," katanya.
"Kami tak kisah pasal semua tu. Asalkan Rayyan boleh terima Indra dalam hidup dia dan asalkan kamu bahagia, ibu dan ayah tak halang malah kami gembira," maklum Datin Jannah.
Dato' Hisyam memandang wajah Dahlia.
"Terima kasih ya, Dahlia. Terima kasih sebab jadi menantu dan isteri yang baik sepanjang kamu kahwin dengan Nazril. Sepanjang perkahwinan ni, ayah tengok Nazril terlalu bahagia. Terima kasih sebab sudi berkongsi hidup dengan dia selama enam tahun."
Dahlia jadi sayu dan sebak tatkala ayah mentuanya kata begitu.
"Ayah... jangan cakap macam tu. Walau apa pun berlaku, Dahlia takkan lupa pada Nazril. Dahlia tetap sayang dia sampai bila-bila."
Dato' Hisyam tersenyum. Dia mengesat air matanya yang hendak mengalir itu.
"So, bilanya majlis akan berlangsung?"
"Tak pasti lagi tapi hari tu kitaorang dah bincang... mungkin sebulan dari sekarang," jawab Dahlia.
"Elok sangatlah tu. Nanti kalau tarikh majlis dah confirm, beritahu aje ayah dan ibu cepat-cepat. Boleh kami datang ke sana."
Dahlia mengangguk.
"InsyaAllah."
Sekarang ini kedua-dua pihak keluarganya dan keluarga mentua sudah merestui hubungan mereka. Dahlia rasa amat gembira kerana jodoh dirinya bersama Indra bakal menjadi kenyataan.
Usai mendapatkan restu, barulah mereka boleh merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan idaman mereka.
YOU ARE READING
Janji Setia Padamu (Completed)
Romantizm[CERPEN DIINSPIRASIKAN DARIPADA LAGU (MEMORI MUNGKIN BERULANG - TOMOK & SITI NORDIANA)] "Saya janji dengan awak... bila saya dah habis belajar, kita akan kahwin." - DAHLIA. "Saya tunggu." - INDRA. Itulah janji yang pernah dilafazkan Dahlia dan Indra...