Bab 6

154 15 0
                                    

"YAKIN ke dengan keputusan ni? Nak balik Malaysia terus?" soal Dahlia pada Nazril.

Entah mengapa berat sungguh rasa hatinya tatkala Nazril membuat keputusan untuk mereka sekeluarga pulang ke tanah air setelah sudah lima tahun tinggal di Moscow, Rusia.

Nazril sengih kerana hairan. Dia hairan mengapa isterinya itu bagai berbelah bahagi untuk kembali pulang ke Malaysia sedangkan sangkaannya itulah yang menggembirakan hati Dahlia.

"Kenapa ni, sayang? Tiba-tiba macam tak suka aje untuk balik Malaysia? Study abang dah tamat di sini jadi kita baliklah ke Malaysia. Itulah perancangan kita awal dulu kan?"

"Bukan tak suka tapi hati saya ni rasa berbelah bahagi. Lima tahun dah kita tinggi di sini dan semuanya dah jadi selesa untuk saya," jawab Dahlia.

"Okey sebab tu aje? Hmm... tak apa, nanti bila ada masa, kita pergilah bercuti dekat sini. Tak ada masalah pun."

Namun melihat Dahlia seperti tidak gembira untuk pulang ke tanah air membuatkan Nazril terus bertanya apakah sebabnya. Dia tidak mahu keraguan semakin menebal di hati isterinya itu.

"Sayang, kenapa ni? Cuba terus terang dengan abang."

Dahlia memandang Nazril.

"Saya rasa tak sedap hati kalau kita balik Malaysia, abang. Saya dapat rasakan hubungan kita akan semakin menjauh kalau kita balik Malaysia. Lebih baik kita tinggal terus di sini aje supaya kita tetap bahagia."

Nazril memandang wajah Dahlia kemudian dia menggeleng sambil tersenyum.

"Sayang ni banyak sangat fikir tau. Takkan ada apa-apa yang berlaku pada hubungan kitalah, abang percaya tu. Lagipun abang rasa memang dah sampai masa untuk kita balik Malaysia sebab Rayyan lebih sesuai membesar di sana. Biar dia kenal tanah air dia, tahu asal usul dia dan jaga semua adat budaya negara dia sendiri."

Dahlia diam.

"Dah, tak payah fikir sangat. Awak tak rindu ke dengan mama, papa dan opah? Awak tu dahlah satu-satunya anak dan cucu yang diorang ada. Sekarang umur diorang semakin tua dan inilah masanya untuk kita pulak dekat dengan diorang."

"Kita balik Malaysia ya?" pinta Nazril.

Akhirnya Dahlia mengangguk bersetuju. Jika itu yang suaminya mahukan, dia turutkan saja.

~~~

Dua hari kemudian...

SETIBANYA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Dahlia memimpin tangan si anak kecil, Rayyan untuk keluar dari balai ketibaan antarabangsa manakala Nazril menarik troli bagasi pakaian mereka sekeluarga.

"Mama..." panggil Rayyan sambil menarik-narik tangan Dahlia.

"Ya, anak mama. Kenapa?" soal Dahlia.

"Ayyan dahaga. Nak susu coklat, please!"

"Oh, okey boleh. Jom, kita pergi beli susu coklat dekat kedai depan sana."

"Abang, anak nak susu coklat. Kita pergi beli dekat kedai depan sanalah," maklum Dahlia pada Nazril.

Nazril mengangguk. Mereka berjalan sehingga tiba di sebuah kedai serbaneka. Rayyan menunggu di luar bersama dengan Nazril manakala Dahlia masuk ke dalam kedai itu untuk membeli sekotak susu coklat yang kecil.

Sedang sibuk dia memilih susu coklat dibeli, dia terdengar perbualan dua orang gadis muda yang sedang membaca majalah hiburan di belakangnya.

"Eh, ada tak cerita tentang Indra Ashraf dalam majalah tu? Haih... dah banyak kedai kita pergi tapi semua majalah dah habis. Aku nak baca artikel seterusnya pasal Indra ni!"

Janji Setia Padamu (Completed)Where stories live. Discover now