KETIKA ini satu Malaysia sedang dilanda emosi putus cinta saat Indra mengeluarkan lagu terbaru yang bertajuk Meraung. Sejak lagu itu dikeluarkan minggu lalu, ianya sudah mendapat tempat nombor satu di dalam carta-carta radio Malaysia.
Pergi saja ke mana-mana pasti akan kedengaran lagu itu dimainkan sampaikan NR Couture pun terkena fenomena yang sama kerana Jack sering memainkan lagu itu sebagai pemecah sunyi di butik.
Naik hairan Dahlia dibuatnya kerana sudah seminggu dia asyik mendengar lagu yang sama saja.
"Jack, you ni dah tak ada lagu lain ke you nak main? Tak habis-habis lagu ni! Macam betul-betul putus cinta ajelah!" keluhnya.
"Alaa... bos! You ni potonglah! Lagu Meraung ni tengah viral gila sekarang. Best dan sedih lagu ni walaupun I bukan putus cinta."
"Siapa nyanyi?"
"Eh, bos! You ni memang tak tahu siapa penyanyi atau sengaja buat tak tahu? Of course, Indra penyanyi lagu ni. Lagu ni katanya sangat istimewa sebab liriknya berdasarkan kisah benar dan Indra sendiri yang tulis liriknya."
Dahlia diam namun wajahnya masih serius.
"Okey, tak kisahlah lagu ni kisah benar ke apa ke... yang penting baju Datin Cindy tu dah siap ke belum? Petang ni dia nak datang ambil tau."
Jack memandang Dahlia dengan keluhan.
"Ya, bos... I tengah siapkan sikit lagi labuci untuk baju Datin Cindy ni. Lepas dah siap, dia dah boleh datang ambil."
"Okey, good. Kalau tak siap, I potong gaji you untuk bulan ni!" ugut Dahlia sebelum kembali masuk ke dalam pejabatnya.
Jack menggeleng. Asyik menyinga saja bosnya itu. Serba serbi perlu cepat di matanya.
Lalu, Jack pun meneruskan lagu Meraung yang dihentikan seketika tadi.
Di dalam pejabatnya sendiri, Dahlia lekas mencari headphone lalu disambungkan kepada komputer ribanya dan dia mula mendengar lagu Meraung daripada Indra itu kerana terasa tertarik untuk mendengarnya.
Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwaPuas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintakuSia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisaKu pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh, tetapi... bagaimana
Nak ku lawan jiwa yang siksa?Ke mana arah hendak ku tuju?
Bila hatiku rindu padamu
Hendak ku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si diaDi kamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka
Kau tergamak pergi
Saat ku masih perlukan muSia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisaKu pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh, tetapi... bagaimana
Nak ku lawan jiwa yang siksa?Ke mana arah hendak ku tuju?
Bila hatiku rindu padamu
Hendak ku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia
YOU ARE READING
Janji Setia Padamu (Completed)
Romance[CERPEN DIINSPIRASIKAN DARIPADA LAGU (MEMORI MUNGKIN BERULANG - TOMOK & SITI NORDIANA)] "Saya janji dengan awak... bila saya dah habis belajar, kita akan kahwin." - DAHLIA. "Saya tunggu." - INDRA. Itulah janji yang pernah dilafazkan Dahlia dan Indra...