Bab 14

167 19 1
                                    

SUASANA sunyi sepi antara mereka berdua walaupun sekeliling mereka meriah dengan pelbagai bunyi dan suara. Indra membawa Rayyan makan di The Manhattan Fish Market yang bertempat di dalam sebuah pusat membeli-belah.

Indra mula khuatir dengan pandangan Rayyan dan keadaan yang bisu di antara mereka.

"Uncle dengan mama dulu pernah bercinta ke?"

Zupp! Straightforward sungguh soalan Rayyan kepada Indra.

"Kenapa Rayyan tanya macam tu?"

"Itu. Gambar polaroid yang ada dalam dompet uncle tu sama macam polaroid yang Rayyan jumpa di dalam laci bilik mama. I guess both of you had history before."

Indra senyum nipis kemudian melihat gambar polaroid yang nampak lusuh itu.

"She's my first love."

"Kenapa uncle tak kahwin dengan mama? Kenapa papa yang kahwin dengan mama?"

"Uncle orang susah, masa tu. Nak kahwin dengan mama Rayyan pun tak mampu. Bila mama kahwin dengan papa Rayyan, uncle undur dirilah."

"Okey, sekarang ni yang uncle nak sangat bawa Rayyan keluar ni sebab uncle nak pujuk Rayyan supaya Rayyan kasi mama kahwin dengan uncle?"

"Uncle..."

Tiba-tiba Indra merasakan dia tiada jawapan untuk itu.

"Uncle, Rayyan bukan budak-budak lagi. Dari cara uncle bercakap pasal mama, gambar polaroid yang sama tu Rayyan dah tahu yang uncle nak sangat kahwin dengan mama," ujar Rayyan.

"Uncle ikhlas dengan mama, Rayyan."

"Ya, sebelum ni semua lelaki yang dekat dengan mama pun cakap macam tu juga. Tapi hujung-hujung... niat diorang pada mama hanyalah untuk suka-suka dan sebab mama ada harta dan nama."

"Uncle tak sama dengan semua lelaki tu, Rayyan. Uncle kenal mama... suka mama daripada zaman sekolah lagi dan sampai sekarang pun walau dah 25 tahun kitaorang kenal, uncle masih setia untuk mama."

"Tapi mama bukan bujang. Dia ada Rayyan seorang aje dalam hidup dia. Kalau dia sayangkan Rayyan lebih daripada uncle nanti macam mana?"

"Uncle sanggup. Tak apa, uncle okey."

Rayyan ketawa kecil.

"Cliche sangat jawapan uncle ni. Mama tu kan... dia memang akan dengar cakap Rayyan lebih daripada orang lain. Okey, andai kata uncle bersama dengan mama... tapi dia tetap lebihkan Rayyan macam mana? Uncle, if I ask mama to leave you, she will do it without any hesitation even a day before the wedding tau."

Indra menarik nafas tenang. Dia faham maksud Rayyan itu.

"Rayyan, uncle faham maksud Rayyan. Uncle faham kenapa Rayyan ragu-ragu dengan uncle, kenapa Rayyan defensif macam ni... tapi jujur uncle cakap, uncle nak kahwin dengan mama bukan sebab harta atau nama yang dia ada apatah lagi sebab status dia. Uncle tak kisah pasal semua tu."

"Uncle tahu keadaan dah tak sama macam dulu. Mama dah ada Rayyan tapi uncle bukannya nak rampas mama daripada Rayyan. Uncle cuma nak masuk dalam hidup mama dan Rayyan sebagai seorang lelaki yang sayang dan nak lindungi mama dan Rayyan. Itu aje."

"Selama 13 tahun ni hidup Rayyan bahagia aje dengan mama walaupun berdua. Mama tu dah buat macam-macam untuk bahagiakan Rayyan. Rayyan tak nak mama sakit lagi. Apa orang akan kata kalau uncle kahwin dengan mama sedangkan uncle masih bujang? Macam mana uncle nak pertahankan mama?"

Janji Setia Padamu (Completed)Where stories live. Discover now