Bab 9

154 20 0
                                    

SETELAH siap memasak, Dahlia memindahkan lauk itu dari dalam periuk ke dalam pinggan lalu dibawa terus ke meja makan bersama nasi putih serta telur dadar beberapa hirisan timun dan daun salad sebagai sayur-sayuran.

Dahlia baru saja hendak memanggil nama Rayyan untuk mengajaknya makan, namun dia sudah sampai di meja makan terlebih dahulu dengan wajah senyumnya.

"Yeay, ayam sambal!" kata Rayyan.

Dahlia mencedokkan nasi buat Rayyan kemudian barulah buat dirinya.

"Asyik-asyik ayam sambal. Asal mama tanya, nak mama masak apa... jawapan mesti ayam sambal. Ayyan tak jemu ke asyik makan ayam sambal mama aje? Mama sendiri pun dah naik jemu nak masak ayam sambal ni tau."

"Eh, ayam sambal mama best tau. Sedap... Ayyan suka," jawab Rayyan.

Dahlia memandang Rayyan dengan segaris senyuman. Memang saling tak tumpah sama perangai... sama rupa macam papa dia.

"Perangai sama aje macam papa. Suka makan ayam sambal mama. Tapi bawang tak nak makan langsung sampai mama terpaksa blend untuk letak dalam masakan. Hmm... Rayyan, Rayyan."

Rayyan tersengih. 

"Okeylah tu. Sekurang-kurangnya ada juga yang Ayyan mewarisi daripada papa kan?"

"Eh, ada lagi. Ayyan rasa Ayyan ikut muka siapa?" soal Dahlia.

"Hmm... ikut muka siapalah agaknya? Ayyan tak rasa Ayyan ikut muka mama," ujar Rayyan.

Dahlia tersenyum.

"Ayyan ikut muka papa. Tapi ada juga benda lain yang Ayyan ikut papa tau."

"Apa dia?"

"Senyuman tu! Ayyan perasan tak senyuman Ayyan sama macam papa? Lagi satu... bila senyum, tak nampak mata. Mata tenggelam."

Terus Rayyan ketawa dan Dahlia pun turut sama ketawa.

"Ini kalau papa ada ni, dia pun mesti terhibur," kata Dahlia.

Kemudian senyuman dan gelak tawa mereka beransur henti. Dahlia memandang Rayyan dan nada suaranya berubah.

"Nanti Ayyan jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah pada papa ya? Tahun ni genap 13 tahun papa tak ada dengan kita dan Ayyan jangan sesekali lupa dengan papa."

Rayyan mengangguk faham. "Ya, mama. Ayyan tak pernah lupa papa," jawabnya.

Kemudian dia sambung makan. Lalu, barulah Dahlia mula makan bersama anak lelakinya itu.

"So, hari ni mama ada dekat rumah for a whole day kan?" tanya Rayyan.

"Hmm... patutnya mama ada klien yang nak tempah baju kahwin di butik tapi tak apalah, Jack ada untuk handle. So, ya mama memang duduk rumah aje hari ni."

"Okey, cantik sangatlah tu. Hari ni jom teman Ayyan main game. Mama nak join pun boleh."

"Main game? Hmm... tak apalah, terima kasih ajelah. Mama tak minat nak hadap game tu macam Ayyan. Lebih baik mama kemas rumah, cuci pinggan. Entahlah... walaupun kita duduk berdua tapi rumah berselerak macam duduk 10 orang."

Rayyan ketawa.

"Jangan nak ketawa sangat, Ayyan. Ni baju dalam bilik tu dah lipat belum? Kerja sekolah dah siap?" soal Dahlia.

"Kerja sekolah dah siap. Baju aje belum lipat lagi."

"Hah, lepas makan ni pergi lipat baju. Kemas bilik tidur tu sekali. Mama tengok dah macam apa dah bilik Ayyan tu."

"Okey, mama. Lepas makan nanti Ayyan buat ya."

Selepas makan, Dahlia terus membasuh semua pinggan mangkuk termasuk dengan kuali yang dia gunakan untuk memasak tadi. Lauk ayam sambal pun sudah habis dimakan oleh Rayyan yang amat menggemarinya.

Janji Setia Padamu (Completed)Where stories live. Discover now