Bab 13

128 18 1
                                    

"AWAK nak give up dengan masa depan kita?" soal Indra yang mengejar langkah Dahlia di semua penjuru butik.

"Masa depan apa awak ni? Masa depan kita dah tak ada. Semua tu dah terkubur 19 tahun dulu," jawab Dahlia.

"Oh, senangnya awak bercakap, Nur Dahlia Johan! Habis tu saya ni macam mana? Macam mana saya nak buang perasaan cinta dan sayang saya ni sedangkan awak tahu semuanya ni milik awak?"

"Saya tak minta pun awak tunggu saya, Indra Ashraf. Apa yang ada dalam hati awak... itu semua hak awak. Saya dah tak boleh nak buat apa-apa. Saya tak ada hak nak buat apa-apa!"

Indra mengeluh. Kemudian dia menyuruh Dahlia menoleh memandangnya.

"Dahlia, pandang saya."

Dahlia enggan. Justeru itu Indra memanggilnya sekali lagi.

"Nur Dahlia binti Johan!"

Dahlia pun menoleh dan berpalingkan tubuh badannya menghadap Indra.

"Kahwin dengan saya?" soal Indra.

Lamaran itu ditanya menggunakan nada yang lembut. Indra memandang tepat ke arah mata Dahlia yang tergamam sendiri.

"Tak, saya tak nak... saya tak boleh!" jawab Dahlia.

"Kenapa? Sebab papa awak lagi? Okey kalau pasal papa awak tu, saya sendiri akan jumpa dengan dia dan cakap pasal ni. Saya akan buat papa awak terima saya."

"Tak, bukan pasal papa lagi dah. Tapi pasal anak saya, Rayyan. Rayyan takkan nak saya kahwin lagi. Selama 13 tahun ni dia tak pernah cakap dia okey kalau saya kahwin lagi. Dia tak suka sembarangan lelaki dekat dengan saya."

"Saya akan buat Rayyan suka saya. Saya akan buat apa saja untuk menangi hati anak awak. Saya sanggup."

Dahlia menggeleng.

"Awak tak kenal siapa anak saya tu. Selama ni tak ada lelaki yang boleh menangi hati dia. Tak payahlah awak nak berharap."

"Okey sekarang ni... awak nak tak kahwin dengan saya? Itu aje yang saya tanya awak."

"Alaa... bos, just say yes! Letihlah tengok drama swasta dekat sini," sampuk Jack.

Dahlia dan Indra menoleh memandang ke arah Jack kemudian mereka berkata, "Shut up!" Secara serentak.

Jack terus terkedu kemudian tersengih sebelum beredar dari terus mengintai di situ.

Dahlia memandang wajah Indra pula.

"Saya janda anak satu, awak bujang. Awak tak malu ke nanti?" soalnya.

"Nak malu apa? Yang nak kahwin dengan awak, saya. Bukannya orang lain pun. So, kenapa nak peduli pasal orang lain?"

"Of course saya peduli! Awak artis, saya businesswoman. Kita ada imej yang patut dijaga. Apa kata peminat awak kalau awak kahwin dengan saya? Diorang semua nak awak kahwin dengan orang lain bukan saya."

"Oh, come on! Hubungan saya dengan Indah Suhaila tu dah lama berakhir sebelum saya jumpa awak sekarang, Dahlia. Peminat tu semua hanya tahu apa yang diorang rasa... bukan tahu apa yang saya rasa."

"Saya tak cakap Indah Suhaila pun."

"Tapi saya tahu awak maksudkan dia sebab selepas awak hanya dia yang saya cuba untuk jatuh cinta tapi tetap tak boleh sebab..."

"Saya hanya jatuh cinta dengan awak saja, Nur Dahlia Johan."

Dahlia memandang wajah Indra.

"Saya boleh terima awak tapi awak kena ambil hati Rayyan dulu. Kalau dia suka awak... boleh terima awak dalam hidup dia, barulah saya boleh terima awak."

Janji Setia Padamu (Completed)Where stories live. Discover now