Bab 12

204 21 0
                                    

"Kalaulah awak ada di tempat saya dan awak rasa apa yang saya rasa waktu tu, awak takkan cakap macam ni pada saya, Indra. Saya tersepit di antara cinta kita dan restu keluarga."

KATA-KATA Dahlia itu cukup membuatkan Indra berasa terganggu. Ya, selama 19 tahun ini memang dia marah pada wanita itu kerana telah berdusta pada janji dan cinta mereka. Dia juga memang menyalahkan Dahlia terhadap cinta mereka yang sudah bertitik noktah. 

Tapi... tiba-tiba hatinya terusik tatkala mendengar kata-kata itu. Indra buntu dan serabut memikirkan hal ini. 19 tahun sudah berlalu namun dia masih juga tidak mampu melupakan Dahlia. Selama ini wanita yang berjaya masuk dan kekal berada di dalam hatinya tetap juga Dahlia meskipun pernah wujudnya Indah Suhaila sebagai pengganti untuk seketika.

"Eh, Indra... kau okey tak ni? Dari semalam aku tengok kau macam ada tak kena aje. Performance kau dalam TV show semalam pun tak macam selalu," ujar Ali.

"Aku nak cuti dua hari. Ada hal yang aku kena selesaikan," kata Indra pada Ali kemudian dia mengambil helmet dan sarung tangannya.

"Weh, kau nak pergi mana tu? Kalau ya pun nak cuti, beritahulah aku dulu kau nak ke mana!"

Indra terus berlalu pergi saja tanpa menjawab soalan daripada pengurusnya. Dia menunggang motosikalnya menuju ke NR Couture untuk berjumpa dengan Dahlia.

Sampai saja di sana, dia terus bergegas lari masuk ke dalam butik tatkala Jack membukakan pintu.

"Encik Indra!" panggil Jack.

"Hai, bos you ada?" soal Indra.

"Bos? Bos!"

Jack memanggil Dahlia yang sibuk di belakang. Namun dia tidak menyahut.

"Bos ada dekat belakang. Kalau Encik Indra nak, bo..."

Indra terus melangkah ke tempat belakang butik tanpa sempat Jack menghabiskan kata-katanya.

"...leh ke belakang," tutur Jack yang bingung.

Dia bingung kerana belum pernah ada lelaki yang beria mencari Dahlia sehingga ke dalam butik. Apatah lagi lelaki itu adalah seorang penyanyi popular.

Melihat Dahlia yang sedang sibuk mengira stok kain di belakang membuatkan Indra mengambil sedikit masa untuk memandangnya. Kemudian saat Dahlia menoleh ke arahnya, barulah Indra mulakan bicara.

"Hati saya sakit... jiwa saya luluh bila opah beri saya tengok kad kahwin tu. Sakitnya sampai saya tak boleh terima yang awak akan jadi hak milik lelaki lain. Saya gigih naik motor buruk sampai ke rumah papa awak demi mengharapkan perkahwinan awak dengan Nazril tak jadi."

"Saya sakit sangat bila tengok awak atas pelamin tapi bukan saya yang mengahwini awak, Dahlia."

Dahlia gamam. Air di tubir matanya mahu mengalir.

"Saya minta maaf," ucap Dahlia.

"Maaf? Itu aje ke yang awak boleh cakap dari dulu sampai sekarang?"

"Habis tu awak nak saya cakap apa lagi? Ya, saya tahu saya dah sakitkan hati awak, lukakan hati awak selama 19 tahun ni tapi apa lagi yang saya boleh cakap pada awak selain maaf? Saya tak boleh nak ubatkan hati awak. Awak sendiri pun dah move on kan?"

"Saya tak boleh move on sebab awak, Dahlia! Awak dah buat hidup saya huru-hara siang dan malam selama 19 tahun ni. Kenapa saya yang kena rasa sakit ni sedangkan awak boleh hidup bahagia dengan mudah bersama Nazril?"

"Saya juga pernah rasa sakit macam awak, Indra! Setahun saya pernah menafikan hubungan saya dengan Nazril sebagai suami isteri. Saya benci dengan gelaran isteri kepada lelaki yang bukan saya cinta. Tapi Nazril seorang suami dan lelaki yang sangat penyabar! If only you knew what did he do for a year just to make me feel happy as his wife."

"Saya pun sedih... saya pun sakit tapi sampai bila saya nak rasa semua tu? Masa tu saya dah ada suami jadi adil ke untuk saya terus ingat pada awak sedangkan saya dah ada suami? Saya move on sebab itu saja pilihan yang saya ada dan sekarang awak marah bila saya move on? Awak dah kenapa?"

"Sekarang dia pun dah tak ada dengan saya. So, awak patutnya move on dengan hidup awak. Kita bukannya budak-budak lagi, Indra. Awak kena move on... awak kena buka pintu hati awak tu untuk perempuan lain."

"Tak ada bersama apa? Dahlia, baru aje minggu lepas saya nampak awak dengan Nazril dekat rumah opah. Awak dengan dia bahagia tapi saya?"

Dahlia mengeluh.

"Ya Allah, Indra! Lelaki yang awak nampak tu bukan Nazril tapi Nazim, abang kembar Nazril. Nazril dah 13 tahun meninggal dunia. Sekarang ni saya dengan anak saya hidup berdua saja."

"Nazril dah meninggal!?" ulang Indra lagi kerana terkejut.

Dahlia mengangguk.

"Nazril meninggal dunia dalam tidur selepas balik dari kampung. Masa tu kitaorang baru aje masuk dalam rumah dan saya tengah pangku Rayyan untuk tidurkan dia dalam baby cot. Nazril beritahu saya yang dia nak tidur sekejap lepas penat drive. Tapi bila lama sangat dia tidur sampai nak waktu maghrib, saya pelik."

"Saya pergi jenguk dia dalam bilik dan saya nampak dia masih dalam posisi tidur. Saya pergi kejut dia sebab saya tahu dia tak suka terlajak tidur sampai maghrib tapi bila saya kejutkan dia berkali-kali, dia tak bangun. Saya jadi takut so saya sentuh pergelangan tangan dia untuk cari denyutan nadi. Tak ada denyutan... saya cari denyutan nadi di leher pun tak ada. Masa tu saya sedar yang Nazril dah pergi tinggalkan saya dan anak kitaorang yang baru umur tiga tahun."

"So sekarang ni... awak beritahu saya yang dalam hal ni siapa lagi sakit? Awak atau saya? Mula-mula saya kena lepaskan awak sebagai cinta pertama saya tapi lepas tu saya kena lepaskan Nazril sebagai suami saya."

"Sebab tu saya cakap, kalaulah awak ada di tempat saya dan awak rasa apa yang saya rasa, awak takkan cakap macam ni pada saya, Indra. Saya terpaksa lalui dua fasa kehilangan dalam hidup saya ni... awak tahu tak!"

Dahlia menangis di hadapan Indra.

"Jujur saya cakap... saya tak pernah tak rasa serba salah bila setiap kali saya pandang muka awak dalam TV, dalam majalah, internet malah pandang awak depan mata macam ni, Indra. Hari-hari sekeliling saya ni asyik bercakap pasal awak. Mana saja saya pergi... nama awak, muka awak, lagu-lagu awak... semuanya ada depan saya."

"Tipulah kalau saya cakap saya tak teringat langsung pada kenangan kita tapi apa yang saya boleh buat? Saya minta maaf, awak tak nak terima. Awak dah benci saya."

"Saya tak pernah benci awak, Dahlia! Walaupun saya cuba sedaya upaya selama 19 tahun ni untuk bencikan awak, saya tetap tak boleh," balas Indra.

Indra mendekati Dahlia.

"Saya tak boleh benci awak sebab saya masih sayangkan awak, Dahlia," akui Indra lagi.

Namun Dahlia menggeleng.

"Tak boleh, Indra. Saya tak nak ulangi lagi memori cinta kita."

"Tapi kenapa?" soal Indra.

"Sebab saya tak nak kita terluka untuk kali yang kedua dan saya tak nak tanggung salah yang sama lagi."

Itulah jawapan terakhir yang Dahlia berikan pada Indra.

Janji Setia Padamu (Completed)Where stories live. Discover now