Bab 7

166 17 3
                                    

KUNCI kedai diserahkan kepada Jack, sebaik saja waktu perniagaan telah berakhir. Kemudian Dahlia sempat juga berpesan pada pembantu butiknya itu untuk pergi berjumpa dengan wakil agensi dan mengadakan meeting bersama mereka bagi mendapatkan 10 orang model untuk menyarungkan koleksi sulung busana rekaan NR Couture di pentas ragaan semasa majlis pelancaran butik NR Couture milik Dahlia di Malaysia.

"Jaga kunci ni baik-baik dan jangan lupa set meeting dengan wakil agensi model tu as soon as possible. Majlis pelancaran tu hanya tinggal sebulan lebih aje lagi ni," pesan Dahlia.

Jack mengangguk. 

"Baik bos, semuanya digerenti beres. Nanti I buat apa yang bos nak tu."

"I tak nak you janji bulan bintang, Jack. Kalau semua yang I cakap tadi, I tak dapat hasilnya by next week, siap you! I yang akan jadi meteor letupkan you."

Jack akur memahami. Lalu, Nazril pun datang menghampiri Dahlia dengan Jack di luar butik itu. Melihat wajah senyuman Nazril membuatkan Dahlia tenang.

"Hai, sayang. Dah tutup dan kunci butik dah?" soal Nazril.

"Dah. Hmm... Rayyan mana?"

"Ada tu dalam kereta. Jom, kita nak gerak balik kampung sekarang kan?"

"Ya Allah, yalah! Saya boleh terlupa yang kita nak balik kampung hari ni."

Nazril sudah boleh mengagak bahawa isterinya itu akan lupa jadi mujurlah dia sudah mengemas semua pakaian mereka sekeluarga. 

"Tak apa, abang tunggu dalam kereta. Meh, beg tangan tu sekali."

Dahlia memberikan beg tangan itu kepada Nazril kemudian memandang Jack yang sudah tersengih-sengih.

"Eh, yang pandang suami I macam tu dah kenapa? Ingat sikit you tu lelaki, Jack!"

Terbuntang biji mata Jack apabila Dahlia berkata begitu.

"Astaghfirullahalazim! Hei, bos... I lelaki tulen ya. Nafsu I masih ke arah meminati kaum wanita."

"Dah tu kenapa duk tengok tenung suami I dengan muka tersengih macam tu?"

"Tak adalah... bila I tengok Dr. Nazril tu kan, I rasa dia sesuai untuk jadi salah seorang model lelaki kita, bos. Dia tinggi, badan tegap dan maskulin. Sesuailah kalau dia jadi model fashion show kita nanti. And plus, he's your husband."

"Hmm... sebelum you cakap macam ni, I dah fikir dulu dah tapi bila I beritahu dia... bukannya dia nak. I kenal suami I tu... dia memang tak suka jadi people's attraction."

"Pulak dah? Hmm..." keluh Jack.

Apabila melihat Jack mengeluh, Dahlia terus menjelingnya.

"Amboi, mengeluh macam dia suami you pulak! Dah, I dah lambat nak balik kampung ni tapi you ingat... I tetap nak nama-nama model yang akan pakai collection kita tu by Monday next week. Kalau tak ada..."

"Kalau tak ada, I akan diletupkan oleh you. Ya bos, I dah hafal ayat you tadi. Jangan risau Jack akan uruskan segalanya. Ini kan Jack Torpedo. Semuanya akan pantas."

Malas melayan Jack dengan perangainya yang begitu, Dahlia terus masuk ke dalam kereta Nazril. Di dalam kereta, Nazril senyum saja memandang isterinya.

"Awak memang selalu macam tu ke dengan Jack tu? Memang awak selalu marah dia?" soalnya.

Dahlia mengeluh.

"Macam manalah saya tak macam tu dengan dia. Banyak mulut, banyak akal sampai kadang-kadang saya sendiri tak terlayan. Dalam butik tu hanya ada saya dan dia tapi dia punya riuh macam ada satu team bola dekat dalam tu. Padahal baru aje tiga bulan dia bekerja dengan saya."

Janji Setia Padamu (Completed)Where stories live. Discover now