Bab 16

199 15 0
                                    

SUASANA yang mendebarkan namun juga suasana yang bermakna buat kedua-dua mempelai pada ketika ini. Hotel St. Regis Kuala Lumpur bakal menjadi tempat bersejarah bagi majlis perkahwinan mereka pada hari ini.

Indra sedang bersiap di bilik hotelnya bersama jurusolek, si tata rias dan para pembawa dulang hantaran manakala Dahlia berada di dalam bilik hotel hadapannya turut sama sedang bersiap.

Busana pengantin yang direka khas oleh Lumier Concept, hasil sentuhan seni daripada kawan baik Dahlia sendiri iaitu Ery Azree amat menyerlahkan penampilan dirinya yang sudah siap disolek oleh kawan baiknya juga iaitu Sharhim Khan.

Dahlia memandang wajah Ery yang sedang menyiapkan busana pengantinnya.

"Thank you," ucap Dahlia sambil tersenyum.

"Untuk?" soal Ery.

"Sudi reka dan buat baju kahwin aku."

Ery senyum saja.

"Sama-sama. Aku pun nak cakap terima kasih sebab sudi bagi aku buat baju kahwin kau walaupun kau boleh buat sendiri."

"Aku tak larat nak buat sendiri. Kali ni biar aku betul-betul jadi raja sehari, pakai baju kahwin hasil tangan orang lain."

"So, macam mana? Perkahwinan kali kedua. Nervous ke idok?" tanya Sharhim.

Dahlia mengangguk.

"Sangat nervous. Aku rasa macam tak nak keluar dari bilik hotel ni tau."

"Hei, kau jangan! Kalau tak keluar, Indra nak kahwin dengan siapa? Aku call Indah Suhaila suruh ganti baru tahu."

"Eh, kau!" marah Dahlia.

"Hah, tahu pun! Dah... mekap dan tudung kau dah siap. Aku dengan Caim keluar dulu. Kalau kau dah betul-betul ready, call nombor bilik Indra. Aku dengan Caim pergi tengok Indra pulak."

"Okey, make sure bakal suami aku tu handsome."

"Yalah..." jawab Ery dan Sharhim.

Saat mereka berdua meninggalkan Dahlia sendiri di bilik hotelnya, Dahlia memandang ke arah cermin untuk melihat penampilan dirinya sebagai raja sehari. Dia tersenyum puas melihat hasil solekan dan gaya yang telah dua orang sahabatnya itu berikan kepadanya.

Kini, hanya tinggal untuk menyarungkan kasut saja. Dia duduk di birai katil dan mula menyarungkan kasut namun tiba-tiba ada sepasang tangan yang memakaikan kasut kepadanya.

"Abang..." panggil Dahlia yang terlihat Nazril sedang memakaikan kasut untuknya.

Nazril senyum.

"Cantik isteri abang ni," pujinya.

Dahlia mahu menitiskan air mata namun Nazril pantas menyeka.

"Janganlah nangis. Sayang dah cantik-cantik macam ni. Takkanlah nak nangis? Jangan nangis."

"Dahlia minta maaf ya, abang? Dahlia tak ada niat nak lupakan abang. Dahlia tetap sayang abang."

"Abang tahu. Sayang pun layak bahagia dengan orang lain dan abang yakin Indra boleh bahagiakan sayang. Abang tak marah bila sayang buat keputusan ni. Sayang memang berhak untuk rasa bahagia lagi."

"Lagipun dengan adanya Indra, abang yakin sayang dan anak kita akan sentiasa bahagia dan selamat. Indra adalah lelaki yang baik."

Kemudian Nazril mengemaskan ikatan kasut tumit tinggi yang menjadi kasut pengantin untuk Dahlia.

Dia juga sempat tersenyum pada Dahlia.

"Selamat pengantin baharu, sayang. InsyaAllah nanti kita akan bersua di syurga."

Lama kelamaan bayangan Nazril pun hilang dan suara Rayyan yang memanggilnya mula kedengaran.

"Mama... mama, dah siap ke?" soalnya.

Dahlia baru tersedar ke alam nyata. Dia terpinga seketika memandang Rayyan dan kemudian melihat kasutnya yang sudah siap dipakai.

"Mama, dah siap ke? Kalau dah siap... bolehlah kita berarak masuk ke dewan sekarang. Ayah dan semua orang pun dah tunggu mama tu."

"Oh, dah... dah! Mama dah siap pakai kasut ni. Hmm... cantik tak mama?"

Rayyan senyum. Dia terus memeluk badan Dahlia.

"Mama Ayyan kan? Bila masa aje mama tak cantik? Mestilah cantik."

Dahlia senyum. Kemudian Rayyan menghulurkan lengannya untuk Dahlia berpaut agar mereka sama-sama berarak masuk ke dalam dewan setelah Indra dan para pembawa dulang hantaran bersedia di karpet merah untuk menuju ke pelaminan dan tempat akad nikah.

Melihat Dahlia dan Rayyan sudah bersedia, Ery pun mengarahkan semua orang bersedia untuk mempersilakan Indra selaku pengantin lelaki dan diiringi dengan para pembawa dulang hantaran berjalan menuju masuk ke dalam dewan terlebih dahulu sebelum pengantin perempuan dan para pembawa dulang hantarannya.

Usai Indra bergerak masuk ke dalam dewan dan sudah duduk dengan tenang di meja akad nikah, pintu gerbang dewan dibuka sekali lagi untuk mempersilakan Dahlia berjalan berpaut lengan bersama Rayyan bersertakan para pembawa dulang hantaran di belakang mereka.

Di ketika itu, ramai tetamu berdiri dan membuat rakaman video serta pihak media yang pantas membuat liputan secara langsung untuk menyiarkan liputan khas majlis perkahwinan Indra Ashraf dan Nur Dahlia di seluruh Malaysia.

Indra pula tersenyum lebar melihat Dahlia dan Rayyan yang sedang berjalan menuju ke pentas pelamin.

Usai tiba di pelaminan, Dahlia duduk dengan tenang bersama sejambak bunga di tangan. Rayyan pula terus duduk di sebelah Indra untuk sama-sama menyaksikan majlis perkahwinan itu.

Indra dan tok kadi pun berjabat tangan.

"Sudah bersedia, pengantin lelaki?"

Indra mengangguk.

Tok kadi pun mula menyebut bacaan akad nikah.

"Indra Ashraf bin Imran, aku nikahkan dikau dengan Nur Dahlia binti Johan dengan mas kahwinnya sebanyak RM2211 tunai."

Dengan sekali lafaz juga, Indra menerima akad nikah tersebut.

"Aku terima nikahnya Nur Dahlia binti Johan dengan mas kahwinnya sebanyak RM2211 tunai."

Seraya itu para saksi mengatakan sah dan berlangsunglah ikatan yang halal buat Indra dan Dahlia. Indra terus tersenyum kemudian menangis tatkala berjaya memperisterikan Dahlia selepas 19 tahun penantian.

Indra dan Dahlia berkongsi pandangan mata serta senyuman. Usai selesai sesi akad nikah, Indra terus menaiki pentas pelamin sambil membawa sebentuk cincin permata buat Dahlia sebagai tanda pembatalan air wuduk.

"Assalamualaikum, isteri," ucap Indra.

"Waalaikumussalam, suami," balas Dahlia.

Kemudian cincin permata itu disarungkan ke jari manis Dahlia dan perkara yang sama juga berlaku pada Indra.

Kini... termeterai sudah ikatan perkahwinan yang halal buat Indra Ashraf dan Nur Dahlia. Penantian yang selama 19 tahun ini akhirnya berbaloi dengan hasil yang cukup membahagiakan.

- TAMAT -

Sejauh mana dan selama mana pun terpisah, seandainya jodoh itu milik kita... kita akan tetap bersama. ~ AINA NABILA.

Janji Setia Padamu (Completed)Where stories live. Discover now