Bab 10

130 17 0
                                    

DI KAMPUNG, Dahlia dan Rayyan balik menjenguk Opah Aminah. Sejak Suraya mengatakan bahawa opah sentiasa bercerita tentang dirinya dengan perasaan bangga, Dahlia tahu itu bermakna opah merindui dirinya.

Sebenarnya berat hati Dahlia mahu balik ke kampung kerana kenangan terakhir dirinya bersama Nazril adalah sewaktu mereka pulang ke kampung 13 tahun lalu. Sejak itu, Dahlia jarang sekali mahu berjalan jauh kerana masih lagi terbayang akan kenangannya bersama Nazril.

"Akhirnya balik juga kamu ke kampung ni jumpa opah, Dahlia. Opah ingatkan kamu dah tak nak balik sini lagi," ujar Opah Aminah sambil memeluk cium Dahlia.

"Mana boleh Dahlia tak balik sini. Opah kan masih ada dekat sini dan kampung ni tetap asal usul Dahlia. Dahlia takkan lupa tempat di mana Dahlia jatuh, nangis dan..."

"Memadu kasih di air terjun kan?" sampuk opah.

Dahlia hanya berkerut dahi. Opah terus ketawa.

"Alaa... opah gurau ajelah. Meh, masuk dalam. Kita sembang sambil minum kopi."

Dahlia mengangguk lantas meminta tolong anaknya untuk membawa masuk bagasi pakaian mereka ke dalam rumah.

Suasana yang tenang dan mendamaikan membuatkan Dahlia berasa sangat gembira apabila pulang ke sini. Sekali sekala jauh dari hiruk-pikuk bandar pun seronok juga. Dia turut dapat melihat keselesaan Rayyan dengan suasana kampung.

"Mama dengan papa sihat?" soal opah.

Dahlia mengangguk.

"Sihat, alhamdulillah. Sekarang ni diorang ada di Madrid, Sepanyol. Katanya nak habiskan masa tua dengan bercuti dan berehat. Nanti balik dari Madrid, papa nak bawa mama pergi umrah pulak. Lepas tu sambung bercuti lagi."

"Oh, seronok sangatlah tu. Itulah papa kamu ada telefon opah, mengajak pergi bercuti sana sini naik kapal terbang tapi tak naklah opah. Buat gayat aje lagipun opah bukannya boleh tempat sejuk-sejuk ni."

"Rugilah opah. Kalau tak mesti boleh makan makanan yang best, tengok pemandangan cantik."

"Hmm... nak rugi apa? Dekat negara sendiri pun ada semua tu malah lagi sedap, lagi cantik daripada negara lain."

"Ni... balik sini berapa lama?"

"Seminggu aje. Ini pun sebab Rayyan cuti sekolah."

"Hah, eloklah. Boleh opah habiskan masa dengan cicit opah yang tinggi lampai ni. Rayyan, sekarang umur dah berapa?"

"16 tahun dah opah," jawab Rayyan.

Opah Aminah tersenyum.

"Betul, Dahlia. Anak kamu ni memang sebiji ikut muka Nazril! Tinggi dia, senyum dia semuanya macam arwah papa dia."

"Ya, sebab tu Dahlia selalu rasa Nazril masih ada dengan kita. Bila pandang aje muka Rayyan... memang akan teringat Nazril."

~~~

PULANG dari masjid usai selesai menunaikan solat Isyak berjemaah, mereka bertiga berjalan kaki menuju ke rumah. Ditemani dua lampu suluh yang besar, mereka berjalan.

"Dahlia, umur kamu dah berapa tahun ni?" tanya Opah Aminah.

"Dah 40 sen, opah," jawab Dahlia.

"Hmm... kamu jadi balu 13 tahun. Anak pun dah besar... tak nak cari pengganti ke?"

"Hish, opah ni! Dah mulalah tu nak cakap pasal ni. Opah, layak lagi ke Dahlia ni nak kahwin baru? Seorang balu beranak satu... siapa yang nak?"

Janji Setia Padamu (Completed)Where stories live. Discover now