Jangan lupa vote dan follow
DANIEL MELANGKAH MASUK KE DEWAN kuliah. Beg dan buku diletakkan diatas meja yang berada ditengah dewan kuliah itu. Wajah pelajar-pelajar ditenung lama satu persatu dan matanya tertumpu pada Mikayla yang sedang tersenyum manis ke arahnya.
Dia menelan air liur. Susah dia nak mengajar kalau ada Mikayla dalam kelas ni. Haih macam mana boleh terlepas Mikayla masuk universiti ni pun dia tak tahu.
Mikayla mengenyit mata ke arah Daniel. Bukan itu saja mulut dimucungkan dan digigit bibir tanda menggoda. Dia nampak yang Daniel sedang menahan diri. Senyuman terukir dibibirnya.
"Ehem! Ok kelas. Saya nak..." Daniel menggaru kepalanya sambil mengetuk meja berkali-kali. Dia tak boleh fokus!
Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Dia kena tenangkan dirinya. Dia tak boleh gelabah. Mata memandang semula ke arah Mikayla. Mikayla tersenyum nipis lalu mengangguk kepala supaya dirinya bertenang.
"Baiklah. Kita mulakan kelas kita pada hari ni. Topik baru yang kita akan masuk pada hari ini." ujar Daniel apabila dirinya sudah tenang.
Daniel mula mengajar tanpa memandang ke arah Mikayla walaupun sering kali matanya ingin menoleh kearah Mikayla. Beberapa jam mengajar akhirnya Daniel berhenti kerana kelasnya sudah tamat.
"Baiklah pelajar. Saya nak kamu hantarkan pelan projek dekat atas meja saya, mulai hari ini. Last pada bulan ini. Siapa lewat hantar tolak markah. Okay? Kelas tamat!" kata Daniel.
Semua pelajar mula keluar dari dewan kuliah. Yang tinggal hanya Naufal, Nadia dan Mikayla.
Nadia mencuit bahu Mikayla.
"Saya keluar dulu tau." ujar Nadia seperti berbisik. Terus Nadia berlari keluar dari dewan kuliah. Mikayla yang melihat perangai pelik Nadia sudah berkerut dahi. Apa hal minah ni dari tadi lagi macam ada benda je yang tak kena.
"Ayla. Jom." ajak Naufal. Mikayla terus menoleh ke arah Naufal.
"Pergi mana?" tanya Mikayla hairan. Mana tak hairannya. Dia dengan Naufal mana rapat dan tiba-tiba je ajak dia macam sedikit sangsi gitu dengan Naufal ni. Tidak dinafikan, Naufal pun boleh tahan handsome. Hahaha gatal betul kau ni!
"Lepak dekat kafe." kata Naufal lagi.
"Hmm..." Mikayla fikir sejenak sebelum dia terdengar bunyi sesuatu jatuh. Terus matanya memandang ke hadapan. Terlihat Daniel sedang mengutip bekas pensil yang jatuh tadi.
Mikayla menggaru kepala lalu memberikan Naufal senyum kecil.
"Sorry ya. Next time ok. Saya janji." kata Mikayla.
"Yalah. Saya keluar dulu."
Naufal pun keluar dari dewan kuliah yang tinggal hanya Mikayla dan Daniel. Mikayla mencapai beg bukunya terus dia berlari mendekati Daniel yang sedang mengemas barang.
"Hai." sapa Mikayla dengan senyuman yang lebar. Daniel buat tak endah.
Mikayla muncung kan mulutnya lalu lengan milik Daniel dipeluk. Kepala diletak diatas bahu lelaki itu.
"Kenapa ni hm?" soal Mikayla. Tangannya bermain dengan lengan Daniel yang berurat itu. Dicucuk lengan Daniel berkali-kali.
"Mikayla. Bahave!" tegas Daniel memberi amaran. Mikayla berhenti tindakannya lalu dia melepaskan lengan Daniel. Dia terus berlalu keluar dari dewan kuliah.
Daniel marah kita! Kita tak suka!
Daniel mengeleng kepala.
DANIEL MELANGKAH MENDEKATI MIKAYLA yang sedang makan aiskrim tanpa peduli orang disekeliling taman permainan itu. Punggung dilabuhkan di hadapan Mikayla lalu tangan terus menarik bekas aiskrim itu. Mikayla mengangkat kepalanya memandang orang yang menganggu dirinya.
"Apa masalah awak ni!" marah Mikayla. Dia ingin mengambil bekas aiskrim tapi Daniel menyorok bekas aiskrim itu dibelakang badannya. Dia mendengus kuat lalu terus berdiri. Beg laptop dan buku diatas meja diambil lalu melangkah pergi meninggalkan Daniel sendiri.
Terkebil-kebil Daniel melihat kepergian Mikayla. Aiskrim milik Mikayla dimakan. Daripada membazir baik dia makan.
Tiba-tiba bekas aiskrim itu ditarik oleh seseorang membuatkan Daniel terkedu. Wajah diangkat melihat gerangan itu. Wajah tak puas hati milik Mikayla menghiasi matanya.
"Ini aiskrim saya. Kalau nak beli sendiri!" ujar Mikayla terus melangkah pergi.
Daniel ketawa kecil lalu mengeleng kepala. Dia bangun dari duduknya lalu mengejar langkah Mikayla yang semakin jauh. Laju betul Mikayla ni berjalan.
"Sayanggg!" jerit Daniel. Mikayla tak endahkan dan meneruskan langkahnya. Daniel terus selar tangan Mikayla apabila langkahnya seiring dengan Mikayla.
"Apa pegang-pegang ni!" marah Mikayla. Langkah terus terhenti.
"Kau marahkan aku ke?" tanya Daniel. Mikayla menjulingkan mata ke atas. Dah tahu bertanya pula. Lelaki memang macam ni erk? Dah tahu tanya pula bukannya nak pujuk!
"Sayang...kau marahkan aku ke?" tanya Daniel lagi.
"Awak rasa?"
"Tak."
Pak!
Lengan Daniel terus ditampar kuat. Geram betullah bercakap dengan lelaki ni. Menyakitkan hati je. Macam manalah aku boleh kahwin dengan mamat ni pun tak tahu. Aduhai!
"Selalu macam tu." Mikayla dah mula mencebik. Air mata mengalir menuruni lekuk pipinya. Daniel yang melihat air mata Mikayla terus diusap perlahan. Bergurau tak boleh sekarang ni. Sensitif betul.
"Tak! Dah jangan nangis. Aku belanja kau aiskrim lagi nak tak?" pujuk Daniel. Mikayla menggeleng kepala. Dia merapatkan badan ke badan Daniel. Tubuh Daniel terus dipeluk.
"Rinduuu..." ujar Mikayla perlahan.
Daniel yang mendengar ungkapan rindu dari Mikayla mula tersenyum. Tahulah Mikayla nak bermanja dengan dia. Jangan salah faham ya. Mikayla kalau dah cakap rindu tu sebab dia nak berkepit je dengan Daniel. Bukan yang pelik-pelik ya.
Daniel membalas pelukan Mikayla. Tangan naik mengelus rambut panjang milik Mikayla. Mikayla mengangkat kepalanya lalu dagu ditongkat pada dada Daniel.
"Bila awak nak kenalkan family awak pada saya?" tanya Mikayla. Daniel diam. Mata milik Mikayla dipandang lama. Bukan dia taknak kenalkan Mikayla pada keluarganya tapi biarlah dulu. Nanti dia sendiri yang akan bagitau bila tiba masanya.
"Dah jom bali. Kau datang sini naik apa?"
Daniel terus tukar topik. Pelukan dilepaskan dan tangan milik Mikayla digenggam erat.
"Jom balik." ajak Daniel.
Mikayla tidak berganjak apabila Daniel menarik tangannya.
"Sampai bila?" soal Mikayla. Dia masih dengan soalannya tadi. Selagi Daniel tidak menjawab soalannya, selagi itu dia tidak berpuas hati. Dia teringin sangat nak jumpa keluarga Daniel tapi kenapa Daniel susah sangat nak kenalkan dia pada keluarganya itu. Apa yang sebenarnya yang Daniel ingin sorokkan daripada dia?
"One day."
Dan Mikayla dah sudah mengagak jawapan daripada Daniel. Tak diam akan jawab suatu hari nanti. Tapi bila? Bila dia boleh berjumpa dengan keluarga Daniel? Dah 5 bulan mereka berkahwin tapi Daniel masih berahsia dengan dia. Dia sendiri tak faham dengan perangai Daniel
Mikayla mengangguk kepala lalu melepaskan tangannya dari genggam tangan Daniel. Dia terus melangkah pergi. Kecewa? Ya dia kecewa.
Daniel pun terpinga-pinga. Rambut terus dikuak ke belakang.
"Arah! Serabut!"
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
Non-FictionNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...