BAB 26

2.6K 71 1
                                    

            HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU AKHIRNYA TIBA. Kesemua pelajar yang menyertai perkhemahan mula turun dari bas untuk ke tapak perkhemahan. 100 orang pelajar yang terlibat manakala ada 20 pensyarah yang menyertai.

"Kesemua student sila beratur dulu untuk sesi taklimat sebelum kamu semua memasang khemah masing-masing!!" jerit Prof. Aiman.

Semua pelajar mula beratur untuk mendengar taklimat yang akan diberikan oleh En. Halim, pengurus yang menjaga tapak perkhemahan ini.

"Baiklah pelajar! Sebelum kamu pasang khemah masing-masing saya nak cakap, jaga tingkahlaku dan adab kamu disini. Kita tak tahu dekat sini keras ke tidak. Faham?!" Laung En. Halim.

"FAHAM!"

"Okay boleh pergi pasang khemah masing-masing!" Semua pelajar bersurai dan mula mengambil khemah untuk didirikan.

Nadia, Mikayla dan Haira mula mendirikan khemah mereka. Setiap khemah mempunyai 4 orang manakala mereka hanya tiga orang saja kerana khemah yang lain sudah cukup. Selesai memasang khemah mereka bertiga mengambil barang mereka yang ada di dewan dan dimasukkan ke dalam khemah.

"Penatnya." Nadia terus baringkan badannya di dalam khemah.

PAK.

Betis Nadia dipukul oleh Mikayla. Nadia menoleh kearah Mikayla yang memegang toto warna hitam itu. Dia tersenyum lalu melangkah keluar dari khemah. Toto itu dihampar didalam khemah.

"Wah! Cantiknya khemah kita." ujar Haira. Nadia mengerut dahi. Apa yang cantiknya. Sama je dengan khemah yang lain.

"Apa yang cantiknya?" tanya Nadia.

"Saya tengok khemah sebelah takde ni toto ni. Lepastu rak kasut ni lagi. Memang cantiklah." kata Haira. Nadia mengangguk kepala. Rak kasut itu dia yang bawa. Takut kasutnya kotor nanti kalau dibiarkan atas tanah.

"Sorry?" Tegur seseorang mengalihkan pandangan mereka bertiga. Dia menoleh kearah gerangan itu.

Mikayla dah berkerut dahi. Kenapa Adni boleh ada disini?

"Khemah you ni belum penuh kan? Kalau belum I nak duduk dalam khemah ni juga." ujar Adni. Nadia memandang atas bawah Adni. Muka menyampah ditayang. Dalam banyak-banyak khemah, khemah ni juga nak datang. Urgh!

"Boleh." kata Mikayla. Nadia memandang Mikayla dengan kening terjungkit. What?!

"Okay."

Adni terus menolak Nadia ke tepi. Dia melangkah masuk ke dalam khemah itu. Badan terus dibaring sambil bermain telefon. Nadia sudah menahan amarah. Menyampah betul dia dengan Adni. Dari dulu lagi dia tak berkenan dengan sikap Adni. Acah diva!

"Nad tolong angkat beg akak tau. Tangan akak sakit. Thanks bakal adik ipar!" ujar Adni.

Nadia menjeling mata keatas. Meluat. Nak je baling bagasi ni dekat muka Adni. Biar padan muka. Serabut! Dia ingat dia mem besar?

Mikayla yang melihat muka merah Nadia tergelak kecil. Dia keluar dari khemah lalu bagasi Adni diangkat masuk ke dalam khemah. Bahu Nadia ditepuk perlahan.

"Cover sikit muka tu." tegur Mikayla.

"Diva gila! Dah jom kita pergi ambil makanan. Tinggalkan dia tu." ujar Nadia lalu menarik tangan Mikayla dan Haira meninggalkan khemah itu.






                  DANIEL MENGEMAS BARANGNYA LALU SATU BEG dikeluarkan dari bagasi. Naufal yang sedang terbaring dikejutkan.

"Angah. Pergi hantar selimut ni dekat khemah adik. Tadi along lupa nak bagi." ujar Daniel. Naufal terus bangun dari baringannya. Jari dihala ke arah dirinya.

My Lecturer Mr. Daniel [C]Where stories live. Discover now