"KAU DAH DAPAT INFO YANG AKU MINTA TU?" tanya Mikayla pada Anne. Anne mengangguk kepala lalu sebuah fail diberikan kepada Mikayla. Mikayla menyambut huluran itu. Fail itu dibuka dan dibaca setiap isi kandungan itu.
Kepala diangguk.
Fail diletak diatas meja lalu berjalan ke arah satu bilik yang ada dihujung rumah lama itu. Pintu bilik itu dibuka oleh Anne. Mikayla terus melangkah masuk ke dalam dan melihat Syira tengah tidur manakala dua orang lelaki dihujung dinding itu kelihatan badannya menggigil.
Sejuk ke?
"Dia penagih dadah. Tak dapat makanan dia, itu yang mengigil satu badan tu." ujar Anne. Mikayla mengangguk. Ingatkan sejuk.
Dia mendekati Syira lalu pipi wanita itu ditampar supaya wanita itu sedar dari tidurnya. Syira terus tersedar apabila merasakan pipinya sedikit sakit akibat tamparan itu.
"Hai Syira." sapa Mikayla ceria.
Syira yang mendengar suara yang sangat familiar itu terus mendongak kepala melihat gerangan itu. Mikayla mengukirkan senyuman manis pada Syira.
"Kenal aku tak? Ke dah lupa?" soal Mikayla.
Syira memandang Mikayla tajam. Dia tidak menyangka yang Mikayla yang menculik dirinya. Dia ingatkan konco-konco lelaki tua tu. Ternyata dia silap.
"Hahaha..." Mikayla terus ketawa melihat reaksi wajah Syira.
"Syira...Syira. Itulah aku dah cakap jangan main dengan aku tapi kau degil. Tapi takpe. Misi aku dah selesai pun. Sekarang...."
Mikayla menepuk tangan.
Tiba-tiba pintu bilik itu diserbu oleh anggota polis. Syira terbeliak mata melihat anggota polis itu. Dia terus meronta-ronta untuk dilepaskan apabila badannya digari dengan gelang besi.
"Kau ditangkap atas tuduhan mengedarkan dadah kepada pelajar universiti dan pelajar sekolah menengah. Dan bukan itu saja kau juga tertuduh melakukan hubungan seksual dengan budak bawah umur. Banyak yang telah kau buat seperti bunuh anak kau sendiri!"
Tiba-tiba Mikayla merasa sedih menyebut perkataan anak. Air mata yang ingin mengalir ditahan.
"Bawa dia dan dua orang lelaki itu ke balai." arah Mikayla pada anggota polis itu. Anggota polis mengangguk kepala lalu mengheret Syira dan rakan-rakan subahat Syira ke luar dari bilik itu.
"Lepaskan aku lah!!!" Jerit Syira.
Mikayla memandang kepergian anggota polis itu dan Syira the gengs. Nafas dilepaskan terus dia terduduk diatas kerusi disitu. Anne terus berlari kearah Mikayla.
"Kau okay tak?" Tanya Anne.
Mikayla mengangguk kepala lalu bangun dari duduknya.
"Jom balik."
Akhirnya dia berjaya selesaikan misi yang sudah hampir 2 tahun ini. Syira adalah target dia untuk datang ke Malaysia. Syira merupakan buruan polis di Singapura disebabkan kegiatannya yang dilakukan di Singapura dan Malaysia. Polis Malaysia sudah memburu Syira tapi Syira pandai menukar identiti dirinya. Tapi Syira bukan seorang yang licik untuk bodohkan Mikayla. Dari Syira menjejakkan kaki ke Malaysia dia sudah pantau pada dilakukan oleh Syira.
Kerana itu dia datang ke Malaysia.
"KAKLONG?!!" JERIT NADIA TERUS TUBUH Mikayla dipeluk. Rindunya dia pada kakak iparnya seorang ini. Mikayla terkejut apabila tiba-tiba mendengar suara jeritan Syira. Dahlah sekarang ini mereka berada di kafe Universiti. Aduhai budak! Kantoi nanti.
Nadia melonggarkan pelukannya. Wajah Mikayla dipegang.
"Kaklong okay? Sihat? Aargghh Nadia rindu kaklong. Semua orang dekat sini rindu kaklong." tutur Nadia.
Mikayla terus menarik tangan Nadia dari mukanya. Tak bernafas dia apabila Nadia mencengkam mukanya kuat. Aduh! Tahulah rindu tapi jangan macam tu sekali.
"Kaklong sihat. Adik ipar kaklong ni sihat tak? Orang lain?" tanya Mikayla.
Dia menarik tangan Nadia untuk duduk dihadapannya.
"Nadia sihat. Semua orang sihat kecuali Along." ujar Nadia perlahan. Mikayla terus menumpukan perhatian pada Nadia. Along? Daniel? Kenapa dengan Daniel. Ini dia nak nangis ni. Daniel, awak kenapa?
"Kenapa dengan Along?"
Nadia melepaskan keluhan. Dia sendiri pun tak tahu. Sikap abangnya terus berubah dingin. Tak banyak cakap. Asyik nak marah saja. Semua pelajar dengan universiti takut untuk bertegur sapa dengan Danial.
Ada satu hari tu, ada seorang pelajar yang jatuhkan pen je terus dia mengamuk. Mahu tak kerut perut pelajar lain melihat. Hanya sebab pen jatuh je. Aduhai!
"Kaklong tengok sendiri. Nanti dia lalu sini, kaklong nilai sendiri. Nad pun takut dah dengan Along." kata Nadia. Mikayla mengangguk kepala. Mahu juga dia melihat apa yang terjadi pada Daniel sampai Nadia takut tu.
Sedang mereka menikmati makanan tiba-tiba Daniel melintas dihadapan meja mereka berdua. Mikayla terus tundukan wajahnya sedikit takut kantoi nanti. Di perhatikan gerak geri Daniel itu. Wajah beku dan dingin menghiasi wajah tampan itu.
"Tengok muka Along tu. Macam tulah. Takut Nad tengok. Mengerikan. Selalunya senyum je. Ini tak." Ujar Nadia.
Mikayla mengangguk kepala. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Ini yang Nad takutkan rupanya. Okay! Dia akan buat Daniel seperti dulu. Senyuman sinis terukir dibibirnya.
PINTU PEJABAT DIBUKA OLEH DANIAL. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat dan baru saja diingin menutup pintu pejabatnya tiba-tiba ada satu tangannya yang menutup pintu itu. Daniel memusing badan ke belakang. Terkejut dia melihat Mikayla dihadapannya saat ini. Terkaku badannya.
Mikayla mengukirkan senyuman manis pada Daniel. Dia mendekatkan jarak antara mereka dan belakang badan Daniel terus tersandar pada pintu. Tangan mula merayap pada bidang dada Daniel namun Daniel tidak menghalang. Matanya masih merenung anak mata Mikayla.
Daniel masih terkejut dengan kehadiran Mikayla dan membuatkan Mikayla ketawa.
"HAHAHAHA!!!" Kuat Mikayla ketawa melihat wajah Daniel. Apa yang terkejutnya pun dia tak tahu. Apa mukanya buruk ke? Cermin yang ada disebelah pintu dilihat. Takde comot pun. Nak kata buruk, elok je. Dia mengangkat kening memandang Daniel.
"Ada sesuatu ke dekat muka saya?" tanya Mikayla. Daniel masih diam.
Mikayla memegang muka Daniel lalu pipi Daniel dicium bertalu-talu. Melepaskan geram. Comel je muka terkejut macam tu.
"Kau buat apa dekat sini?" tanya Daniel.
Mikayla menarik tangan Daniel untuk duduk diatas sofa. Penatlah kalau nak berdiri. Daniel hanya menurut. Punggung labuhkan diatas sofa.
"Awak nak minum tak? Saya pergi beli." tanya Mikayla.
Daniel melepaskan keluhan. Dia bangun dari duduknya namun dihalang oleh Mikayla.
"Awak nak pergi mana? Duduklah dulu. Awak tak rindukan saya ke?" soal Mikayla dengan nada sedih. Sampai hati Daniel buat dia macam ni. Ini nak nangis ni.
"Kau boleh keluar tak? Rimaslah!" kata Daniel.
"Tak nak!"
Mikayla terus naik duduk atas riba Daniel. Tangan dililit dileher Daniel dan kepala direhat pada bahu Daniel.
"Awakkkk...." panggil Mikayla meleret.
"Saya rindukan awak. Awak tak rindukan saya ke?" Air mata terus mengalir. Kepala didongak untuk melihat wajah Daniel. Tapi Daniel hanya menayang wajah beku saja.
Mikayla melepaskan tangannya dari leher Daniel lalu turun dari riba Daniel.
"Takpelah. Sorry ganggu. Assalamualaikum." Mikayla terus melangkah keluar dari pejabat Daniel. Air mata terus dikesat kasar. Cengeng betul kau ni Mikayla. Daniel tak layan terus nangis. Apakah nasib.
_______
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
غير روائيNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...