BAB 27

2.8K 103 13
                                    


           PANG!

TERTELENG KEPALA ADNI SELEPAS MENDAPAT TAMPARAN daripada Nadia. Adni terus memandang kearah Nadia dengan pandangan yang cukup tajam. Pipinya yang sakit dipegang.

"Apa masalah kau, Nadia?!" jerit Adni.

Mendengar jeritan saja Adni, semua pelajar yang berada didalam khemah mula keluar. Mereka memandang ke arah Nadia dan Adni yang berada ditengah-tengah khemah itu.

"Apa masalah aku? Kau tu! Apa yang dengki sangat dengan aku?!!" tengking Nadia. Haira yang berada disebelah Nadia cuba untuk menenangkan Nadia.

"Apa yang I buat?" tanya Adni.

Nadia mendekati Adni lalu tubuh Adni ditolak kasar sehingga jatuh. Hatinya sangat panas dengan sikap Adni. Baginya sikap Adni sangat melampau.

"Apa kau buat kau tanya? Kau bagi selimut aku pada orang lain kenapa? Kau tahu kan aku tak boleh tidur dalam sejuk! Bukan itu je kau canangkan cerita yang tak baik tentang aku dekat orang lain kenapa? Kenapa hati kau ni busuk sangat?!" jerit Nadia dengan kuat.

Mikayla yang sedang bermain telefon terus meletakkan telefonnya ditepi. Dia terdengar suara orang menjerit. Takkan ada yang terkena histeria kut. Dia menjenguk ke luar khemah untuk melihat apa yang terjadi.

Terbuntang matanya melihat Nadia yang menolak Adni.

Dia terus keluar dari khemah lalu mendekati Nadia. Lengan Nadia terus ditarik.

"Apa yang Nad buat ni?" marah Mikayla.

"Tanyalah dia ni?! Melampau!" Ujar Nadia. Mikayla yang memegang lengannya terus direntap. Kaki terus melangkah masuk ke dalam khemah. Hatinya sangat panas saat ini.

"Haira. Ikut Nad." Arah Mikayla. Haira mengangguk kepala lalu mengikut langkah Nadia.

Mikayla mendekati Adni lalu menolong Adni untuk bangun. Tangan dihulur dan disambut oleh Adni.

"Yang lain masuk khemah dan tidur!" Jerit seseorang membuatkan semua mata memandang ke belakang.

Daniel dan beberapa orang pensyarah ada disitu. Mikayla dan pelajar yang lain menelan air liur. Mereka tahu macam mana perangai Daniel macam mana kalau marah. Pelajar yang mula masuk ke dalam khemah masing-masing.

Mikayla dan Adni yang ingin masuk ke dalam khemah terus ditegah.

"Tunggu! Kamu berdua datang sini." Arah Prof. Hanny.

Mikayla pandang Adni. Adni tersenyum manis lalu tangan Mikayla yang memegangnya terus dilepaskan. Dia bergerak ke arah Daniel lalu lengan Daniel dipeluk erat.

"You. Sakit..." Adu Adni manja.

Mikayla melepaskan keluhan kecil. Dia mendekati Prof. Hanny dengan senyuman nipis.

"Kenapa prof?" tanya Mikayla.

Daniel dan Adni yang berada disebelah Prof. Hanny dipandang sekilas.

"Kenapa kamu tolak Adni? Kamu tahu tak yang Adni ni siapa? Dia penyumbang terbesar universiti kita tau. Apa masalah kamu ni, Mikayla?" marah Prof. Hanny.

Mikayla menundukkan kepalanya. Biar dia dipersalahkan daripada Nadia. Dia tak nak Daniel memarahi Nadia hanya kerana perkara kecil. Jadi biar dia disalahkan.

"Tapi Prof..."

Mikayla terus memotong percakapan Adni.

"Saya minta maaf Prof. Adni. I'm sorry." ujar Mikayla. Dia tak nak Adni menyebut nama Nadia. Sebab itu dia terus potong percakapan Adni.

"Haih kamu ni! Dah pergi masuk khemah. Lain kali jangan buat perangai. Faham?!"

"Faham Prof."

Mikayla terus masuk ke dalam khemahnya. Pensyarah lain mula beredar dari situ. Hanya tinggal Daniel dan Adni sahaja.

Daniel yang dari tadi memerhati mula melepaskan keluhan. Adni yang memegang lengannya direntap. Dia tak suka apabila Adni memegang lengannya. Sudah ditegah tapi masih tak dengar.

"Adni! I dah cakap banyak kali kan?"

Daniel terus pergi dari situ. Adni menghentak kakinya.




             NADIA MELULU KE ARAH MIKAYLA YANG BARU masuk dalam khemah. Tangan Mikayla dipegang dengan muka bersalah. Ya. Dia rasa serba salah. Disebabkan dia, Mikayla yang kena marah. Aduh.

"Nad minta maaf." ujar Nadia.

"Takde apalah. Dah tidur." kata Mikayla. Dia tak mahu perkara ini dipanjangkan. Nadia dan Haira mula baringkan badan dan terus menutup mata. Mikayla hanya melihat Nadia dan Haira yang sudah tidur itu. Selimut miliknya diselimut tubuh Nadia dan Haira.

Air mata yang ditahan mula mengalir ke pipi. Siapa je tak sakit hati apabila melihat suami sendiri dipeluk oleh perempuan lain. Bukan sekali tapi dua kali. Air mata terus dilap apabila Adni masuk ke dalam khemah.

Dia mengukirkan senyuman nipis.

"Sorry pasal tadi." ujar Adni. Mikayla menggeleng kepala.

"It's okay. Tidurlah. Saya nak pergi tandas sekejap." ujar Mikayla. Dia bangun dan keluar dari khemah.

Adni mengangkat bahu lalu baringkan badannya.

         


             MIKAYLA BERJALAN DISEKITAR SUNGAI YANG BERDEKATAN khemah itu. Dia melabuhkan duduk diatas batu besar yang ada disitu. Air sungai mengalir itu dipandang dengan pandangan seribu satu perasaan. Air mata sekali lagi mengalir tapi kali ini dibiarkan mengalir tanpa menyekat.

Kadang-kadang dia tertanya pada diri sendiri. Tak layak ke dia untuk bahagia dengan orang yang dia sayang? Susah sangat ke untuk dia dapat cinta Daniel?

Nafas dilepaskan perlahan.

Langit yang gelap itu dipandang lama.

"Ibu rindu anak, ibu..." Rintih Mikayla. Semakin lebat air matanya apabila menyebut perkataan anak.

"Anak ibu. Ibu sayangkan anak ibu..."

Wajah terus ditunduk ke bawah. Teresak-esak dia menangis sambil menepuk dadanya yang sedikit sesak.

"Kenapa susah sangat ibu nak dapatkan hati papa awak sayang? Ibu tak layak ke? Sakit sangat sayang. Ibu sakit sangat!"

Daniel yang mendengar rintihan Mikayla turut mengalirkan air mata. Ingin saja dia mendekati tubuh itu untuk dipeluk tapi dia halang dirinya dari berbuat sedemikian.

"Maafkan aku, Mikayla."




_____________________________________________________

Kau ego Daniel! Benci betul!

My Lecturer Mr. Daniel [C]Where stories live. Discover now