______________________________________________________
Sebelum korang pening kepala, saya ingin mengatakan yang Lucas Adwardo dan Milerina Shauqin bukan Islam ya. Manakala Mikayla sudah memeluk Islam selepas bertemu dengan Daniel. Harap maklum
______________________________________________________
2 BULAN KEMUDIAN.
Sebulan yang lalu, Mikayla telah sedar dari koma. Sedar-sedar dari koma terus Daniel dicari namun tiada yang ada hanya Milerina Shauqin yang berada di sampingnya. Dia ada bertanya kepada mommynya, kemana Daniel namun mommynya hanya menjawab.
"Your husband ada dekat Malaysia. You sekarang ada dekat Singapura. Nanti kalau you dah sihat, you boleh balik ke Malaysia."
Kini dia tahu mengapa mommy berkata begitu. Lucas Adwardo dah tahu mengenai dirinya semasa berada di Malaysia. Masakan Lucas Adwardo boleh sampai Malaysia hanya disebabkan dia sakit saja.
Sangat mustahil!
Sepanjang dia berada di Singapura, kedua orang tuanya menjaganya dengan baik cuma satu perkara yang dilarang oleh Lucas Adwardo. Jangan call atau masej Daniel. Itu adalah larang yang diberikan oleh Lucas Adwardo. Nak tak nak terpaksalah dia menuruti segala apa yang dikatakan oleh Lucas Adwardo.
Pasal keguguran anaknya itu mula-mula dia tidak boleh terima namun disebabkan nasihat daripada Milerina Shauqin dia redho. Mungkin belum masanya itu menjadi seorang ibu walaupun pada mulanya dia tak nak anak itu. Bukan dia tidak mahu anak itu tapi dia ada alasan tersendiri.
MIKAYLA BERJALAN MENDEKATI MILERINA SHAUQIN yang sedang menyiram pokok bunga di laman rumah. Tubuh itu dipeluk dari belakang. Terkejut Milerina Shauqin apabila badannya tiba-tiba dipeluk. Mahu luruh jantungnya.
Mikayla ketawa melihat wajah terkejut Milerina Shauqin.
"Miss you mommy." rengek Mikayla lalu mengeratkan lagi pelukan.
Lengan Mikayla di perutnya ditampar. Mikayla berdecit kesakitan. Sampai hati mommy pukul baby! Baby cakap dengan daddy biar mommy kena marah. Mulut terus dimuncungkan. Tangan yang memeluk pinggang mommynya dia lepaskan. Dia pusing membelakangkan mommy lalu tubuh dipeluk.
"I merajuk!"
Milerina Shauqin mengangkat bahu. Malas nak layan rajuk anaknya itu.
"Mommy! I merajuk ni! You tak nak pujuk I ke? Oh you kalau dengan daddy bukan main. Kalau dengan I, you tak pujuk pun." Rajuk Mikayla. Milerina Shauqin buat tak dengar. Dia teruskan aktiviti menyiram pokok bunga itu.
Mikayla mendengus tidak puas hati.
Lucas Adwardo yang baru pulang terus menoleh kearah anak dan isterinya. Dia berkerut dahi melihat wajah anaknya yang cemberut itu. Dia terus mendekati lalu bahu anaknya itu dipeluk.
"Why baby?" tanya Lucas Adwardo.
"Daddy. Tengok mommy ni. Dia tak nak layan I. I merajuk dia tak pujuk pun. Dia care pasal bunga dia tu je." Adu Mikayla.
Milerina Shauqin menggeleng kepala dengan perangai anaknya itu. Aduhai anak! Macamlah suami Mikayla ni jalan Mikayla pun dia tak tahu. Dia sendiri yang pun rasa nak ketuk dengan sudip je. Bermanja je kerja.
"Alah you ni. Macam tu nak merajuk. Mommy you tu busy. Ini you ni dah mandi ke belum? Masam je daddy bau ni." ujar Lucas Adwardo.
Mikayla tersenyum lalu menjauhkan diri dari kedua orang tuanya. Takut kena marah nanti!! Terus dia naik ke atas.
"Sebijik perangai you dengan dia tu. Rimas I nak layan dia tu. Asyik nak bermanja je."
Lucas mendekati isterinya lalu dipeluk.
"Dah anak I mesti kena ikut perangai I."
Pipi isterinya dicium bertalu-talu. Milerina rimas dengan ciuman itu terus ditolak tubuh suaminya itu. Tak malu betul. Kalau orang nampak, malu dia.
"Ish you ni!"
Milerina Shauqin terus masuk ke dalam rumah. Lucas Adwardo angkat bahu.
"MOMMY, DADDY, I ADA BENDA YANG CAKAP NI." ujar Mikayla. Kedua orang tuanya mengangkat kening memandang anaknya itu. Mikayla menggaru keningnya. Aduh! Nak cakap ke tak? Cakap je lah.
"I nak balik Malaysia." kata Mikayla.
Lucas Adwardo menoleh ke arah isterinya. Milerina Shauqin mengangkat bahu. Dia tak nak masuk campur.
"For what?"
"Daddy. I dah ada suami. Dah lama I dekat sini. I perlukan suami I. Dan beberapa hari lagi dah nak masuk sem baru. I kena pergi universiti. Boleh tak daddy?" pujuk Mikayla sambil kelip-kelip matanya berkali-kali. Harap daddynya bagilah dia balik Malaysia.
Dia rindukan Daniel!!
Lucas Adwardo diam.
"Daddy jangan diam. Say something. Yes or yes? Which one?" ujar Mikayla.
"If I choose no?"
"Daddy. Soalan I. Yes or yes? No no no." Mikayla tekankan sedikit perkataan 'no' itu.
"Balik pada suami you. Syurga you bawah telapak kaki suami you. Mommy izinkan." sahut Milerina. Mikayla ingin bersorak gembira terhalang apabila Lucas Adwardo memandangnya tajam.
"I tak faham." ujar Lucas Adwardo. Syurga? Kenapa syurga bawah telapak kaki pulak?
"Haih you ni. Seorang isteri kena ada disamping suami dia. Kena taat pada suami. Kalau nak keluar kena minta izin.Itu dipanggil syurga dibawah telapak kaki suami. Faham?" Terang Milerina. Walaupun dia tak tahu sangat tapi dia cuba sampaikan apa yang dia faham.
"Jadinya?"
Milerina dan Mikayla menepuk dahi. Apakah slow sangat ni!!
"Baby kena balik pada suami dia lah. Dia bukan tanggungjawab kita lagi. Kalau you tak faham juga tak tahulah I."
"Ouh. Pergilah balik."
Mikayla Sudha terbeliak mata tidak percaya. Seriously. Ini yang dia suka ni. Yeay dapat balik ke Malaysia. Malaysia! I come in!!
KAPAL TERBANG YANG DINAIKI OLEH Mikayla kini selamat mendarat di bumi Malaysia. Mikayla menarik bagasinya keluar dari airport. Matanya terus meliar mencari kereta Anne. Dia sudah menghubungi Anne untuk mengambilnya di airport.
Jam dipengelengan tangan dilihat. 3 am. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul dihadapannya. Terkejut dia. Nasib dia tak ada sakit jantung kalau tak mahu tak ada terus dia macam ni. Dahlah bawa kereta dalam airport ni macam nak berlumba. Aduhai!
Anne keluar dari kereta lalu mendekati Mikayla.
"Kau dah kenapa bawa kereta macam tu? Ini tempat awam tau. Kalau kau terlanggar orang tadi macam mana? Haihlah kau ni." Bebel Mikayla.
Anne menggaru kepala. Bagasi Mikayla diangkat dan dibawa masuk ke dalam bonet kereta. Mikayla dan Anne terus masuk ke dalam perut kereta. Mikayla terus pejamkan matanya. Ngatuk!
Kereta terus meluncur meninggalkan kawasan airport itu.
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
Non-FictionNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...