BAB 50

2.7K 63 0
                                    

              BUNYI LOCENG BERTALU-TALU ITU TIDAK diendahkan oleh Mikayla. Dia masih termenung mengenangkan tentang kedua orang tuanya dan Daniel. Dia kehilangan orang dia sayang dalam masa terdekat. Sakit? Ya. Terlalu sakit. Langit yang cerah itu dipandang lama.

"Baby rindukan daddy dengan mommy. Saya rindukan awak, Daniel."

Ayat itu selalu diulang oleh Mikayla setiap kali mengenangkan kedua orang tuanya dan Daniel. Ayat itu tidak pernah terlepas dari bibirnya semenjak kedua orang tuanya dan Daniel pergi. Baginya kepergian orang-orang yang dia sayang amatlah memberi kesan yang mendalam pada dirinya.

Air mata terus mengalir. Hari ini sudah berada banyak air mata dia habiskan. Dia penat tapi bila teringat kembali perkara itu, air matanya akan mengalir. Wajah terus ditekup. Menangis semahu-mahunya.

"Cik?"

Panggil seseorang membuatkan Mikayla tersentak. Suara yang dia sangat rindui. Dia mengangkat wajahnya lalu dipusing badannya ke belakang. Wajah itu dipandang lama dengan air mata mengalir laju.

"Da...Daniel?"

"Sorry, I Naz. Kenapa you nangis ni? Boleh I tahu mama...Datin Niera dekat mana?" ujar Nazeem lalu mengukirkan senyuman.

"Abang long?"

Nazeem menoleh ke belakang. Nampak saja Nadia terus dia berjalan mendekati Nadia lalu tubuh itu dipeluk erat.

"I miss you sister!" ujar Nazeem.

Nadia melepaskan pelukan itu lalu menjuling mata ke atas. Rindu konon! Balik setahun sekali! Puih!

"Menyampah!"

"Whatever sister. Where my mom?" tanya Nazeem lalu matanya memandang ke sekeliling rumah itu.

"Dekat dapur."

Nazeem mengangguk kepala.

"Oh sister. I nak tanya you. Itu siapa? Takut pula I tengok dia dari tadi tengok I. Seram do!" kata Nazeem. Dipandang Mikayla sekilas lalu memandang semula Nadia apabila Mikayla memandang dengan pandangan yang menyeramkan.

"Itu isteri along. Nama dia Mikayla. Tak payah nak seram sangatlah. Dia okay je." kata Nadia.

"Ye ye je you ni?" ujar Nazeem tidak percaya.

"Nak adik panggil dia ke?"

"No! I nak jumpa my mom! Bye sister!"

Nazeem terus berlari ke dapur. Takut dia kalau Nadia betul-betul panggil orang gila itu. Haih!

Nadia menggeleng kepala melihat abangnya itu. Dia berjalan mendekati Mikayla yang dari tadi hanya merenung abangnya itu. Bahu Mikayla dipegang lalu mengukirkan senyuman. Dia melabuhkan duduk disebelah Mikayla.

"Itu abang long. Abang kembar along. Dia baru balik dari overseas." kata Nadia.

Mikayla diam. Dia melepaskan keluhan lalu lutut diangkat lalu dipandang bunga-bunga yang ditanam dilaman itu.

"Nadia tahu susah untuk kaklong lupakan along tapi kaklong kena terima semua tu. Kaklong tak boleh macam ni. Kaklong kuat kan? Kalau along tengok kaklong macam ni pasti dia sedih."

"Apa kata kita keluar. Jalan-jalan macam dulu. Jom!" ajak Nadia.

Mikayla menggeleng kepala.

"Ala kaklong. Jomlah. Kaklong cakap je apa yang kaklong nak. Nad akan tunaikan." pujuk Nadia lagi.

"Kaklong nak along." ujar Mikayla.

Nadia menggaru kepala. Aduh!

"Sister! Mama panggil you!" laung Nazeem dari dapur. Nadia berdecit menyampah. Dah tak boleh datang dekat dengan dia ke apa sampai nak laung macam tu sekali. Uh!

"Kita masuk dalam kaklong. Dah tengah hari ni nanti demam pula. Jom masuk." ajak Nadia. Mikayla hanya menurut Nadia masuk ke dalam rumah. Nadia dan Mikayla melangkah ke dapur.

"Kenapa ma?"

Nazeem terus menoleh ke belakang. Matanya terus melihat ke arah Mikayla yang berada disisi Nadia. Dia menelan air liur melihat anak mata Mikayla mula memandang dirinya. Terus dia menoleh ke arah lain. Tak nak dia bertemu mata dengan wanita itu. Takut!

Macam manalah mamanya boleh jaga wanita itu pun dia tak tahu.

"Abang long..."

"What?" balas Nazeem malas.

"Daniel's wife." kata Datin Niera memperkenalkan Mikayla pada Nazeem.

"So? Not my problems mom." ujar Nazeem selamba.

"Dia adik ipar kamu, abang long."

"Okay! Nak kena buat apa? Salam? Haram."

Nadia melihat perangai annoying abangnya itu mula menjeling. Abangnya ini sorang memang lain dari yang lain. Perangai Nazeem dan Daniel sangat jauh. Nazeem dengan Naufal boleh dibawa berkawan. Sama-sama perangai tak matang.

"You mengutuk I ke sister!" tegur Nazeem apabila melihat mimik muka adiknya itu.

"Yes."

"Mama...tengok sister ni!" adu Nazeem.

Mikayla tersenyum lalu melangkah keluar dari dapur. Dia tak boleh berlama disitu. Dia takut dia tak dapat kawal emosinya. Bilik tidur dituju. Dia mahu berehat.

Pap!

Bahu Nazeem ditampar oleh Nadia kuat.

"Tengok kaklong dah merajuk! Abang long pujuk kaklong!"

Nazeem tercengang. Dia pujuk Mikayla? Gila ke apa?

"Kau gila ke apa sister?! Kang aku pujuk bini along nanti tak pasal-pasal along keluar dari tanah dan cekik aku. Seram!"

"Abang long..."

"Bukan salah abang long, mama. Si kerinting ni!"

"Nazeem Damian!!"

Nazeem terus pecut naik ke atas. Takut singa jadian meraung semakin kuat baik dia lari dulu. Hahaha.



                  NAZEEM MENDEKATI MIKAYLA YANG SEDANG termenung dihadapan televisyen itu. Dia berjungkit bibir melihat Mikayla itu. Setiap kali dia tengok Mikayla pasti wanita itu akan termenung. Dah macam mayat hidup pun ada dia tengok. Dengan badan kurus kering. Menakutkan.

Dengan lafaz bismillah dia melabuhkan duduk berdekatan sofa yang diduduki oleh Mikayla.

"Hai." sapa Nazeem. Mikayla menoleh ke arah Nazeem dengan berlinangan air mata. Nazeem sudah tidak keruan. Dia ada buat salah ke?

"Eh awak! Janganlah nangis. Saya nak bertegur sapa je." ujar Nazeem panik. Dahlah dekat ruang tamu ni tiada orang. Nanti apa orang fikir bila tengok Mikayla nangis. Aduh!

"Macam mana ni?"

Kepala digaru.

"Ah! Jom kita pergi makan aiskrim?" ajak Nazeem.

Mikayla mengangguk kepala.

"Good! Awak pergilah siap-siap. Saya tunggu dekat kereta tau." kata Nazeem. Dia terus bangun dari duduknya lalu melangkah pergi. Mikayla melepaskan keluhan kecil. Mungkin dengan melihat wajah kembar Daniel boleh buat rindunya hilang, dia sanggup.

__________________________________________

Watak Nazeem hanya sementara saja.

My Lecturer Mr. Daniel [C]Where stories live. Discover now