TERHENTI LANGKAH MIKAYLA APABILA Syira menghalang laluannya. Dia memandang Syira dengan pandang kosong. Menyampah pun ada. Atas bawah dilihat penampilan Syira itu sambil menggeleng kepala. Dekat universiti pakai buka main tertutup, luar universiti? Entahlah.
Syira yang perasan akan pandang jelek Mikayla pada dirinya membuatkan dia panas hati. Ditolak tubuh Mikayla dan nasib menyembelahi Mikayla apabila dia sempat menahan diri pada dinding.
Mikayla pandang Syira dengan tajam.
"Kau dah kenapa?!" ujar Mikayla dingin.
"Aku? Kau tu! Kau jangan berlagak macam kau tu berkuasa sangat aku boleh buat kau melutut pada aku lah!!" jerit Syira. Pelajar yang lalu-lalang menghentikan langkah mereka untuk menyaksikan perbalahan itu.
Mikayla senyum sinis lalu dia ketawa kuat. Kelakar betul dia mendengar kata-kata Syira tadi.
"Wow! Kita tengok siapa yang melutut nanti. Okaylah. Aku tak nak gaduh dengan perempuan munafik macam kau ni. Baik aku study, itu lebih baik. Byeee!"
Mikayla terus melangkah pergi. Dia malas mahu layan perangai Syira. Ada benda yang lagi penting dari itu. Dia datang Malaysia bukan untuk Daniel saja tapi dia ada sesuatu yang perlu diselesaikan.
Syira menghentak kaki. Dia akan pastikan Mikayla menyesal!
DATIN NIERA MENGUSAP BELAKANG BADAN anknya itu. Dari tadi lagi muntah. Ini dah lima kali dah masuk keluar tandas. Daniel merebahkan badannya diatas katil. Dia penat!
"Kamu makan apa semalam? Teruk sangat ni. Jomlah kita pergi klinik. Mama risaulah." kata Datin Niera. Daniel menggeleng kepala. Bantal diambil lalu dipeluk. Dia tak nak pergi hospital! Tolonglah!
"Ishh degil betullah budak ni!"
Datin Niera terus meninggalkan Daniel sendiri. Biarlah Daniel berehat. Dia menuju ke ruang dapur lalu barang basah dikeluarkan dari peti ais. Dia ingin memasak memandangkan Mikayla pulang sedikit lewat.
Baru dia hendak menyiang ikan tiba-tiba telinga menangkap bunyi yang kuat dari atas. Dia terus meninggalkan ikan dan berlari naik keatas. Terkejut dia melihat Daniel yang sudah terbaring atas lantai.
"Ya Allah along!!"
Datin Niera berlari ke arah Daniel. Kepala Daniel dipangku. Telefon yang berada di poket seluar dikeluarkan lalu nombor suaminya didail.
"Hello abang! Along!"
HABIS SAJA KELAS DR. AIDA TERUS Mikayla ke perpustakaan. Dia ingin mengulang kaji sebelum balik ke rumah. Dan dia sudah memaklumkan kepada Datin Niera yang dia pulang sedikit lewat. Dia juga risau dengan kesihatan Daniel tapi esok dia exam jadi dia terpaksa relakan.
Sedang dia mengulang kaji tiba-tiba meja yang diduduki diterjah seseorang. Dia mendongak kepala memandang wajah itu. Nafas dilepaskan.
"Nak apa?" ujar Mikayla malas.
"Wow! Kenapa cousin I ni. Menyampah sangat ke tengok muka I ni?" perli Hazel. Mikayla buat tidak tahu. Dia meneruskan belajarnya. Malas dia mahu berdebat dengan Hazel.
"Takkan masih marah I? Okay! Sorry okay? I betul-betul tak sengaja. Please jangan macam ni. You sorang je yang boleh tolong I."
Mikayla menutup bukunya kasar. Dia merenung Hazel tajam.
"Aku dah tolong kau! Tapi apa yang buat? Kau dah gagalkan rancana aku!" ujar Mikayla dengan suara perlahan. Walaupun perlahan tapi nada itu sangat mengerikan Hazel.
"I tak tahu dia abang Syi..."
"Diam!"
Mikayla terus melangkah pergi. Serabut dia dengan Hazel. Sudah ditolong tapi buat perangai! Dia melangkah mendekati kereta miliknya. Butang unlock ditekan. Pintu kereta dibuka. Badannya melolos masuk ke dalam perut kereta.
"Mika!" laung Hazel. Dia berlari mendekati Mikayla.
"Kali ni. Please!" rayu Hazel.
Mikayla diam. Sebenarnya dia sudah penat nak masuk dalam dunia itu tapi...
"Ini last!"
Pintu kereta terus ditutup. Hazel terus bersorak.
"Yes! Thanks Mika!"
Kereta terus meluncur laju ke jalan raya.
KERETA DIPARKIR DI GARAJ KERETA. Mikayla melangkah keluar dari perut kereta lalu berjalan ke pintu utama rumah itu. Buka saja pintu, berkerut dahinya apabila melihat rumah itu gelap. Takkan takde orang? Mungkin Datin Niera sudah pulang.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu utama ditutup lalu dikunci. Suis lampu dibuka. Sofa dituju dan terus dilabuhkan duduk. Kepalanya yang sedikit pening dipicit. Telefon didalam beg dikeluarkan. Ditekan-tekan butang on pada telefon. Tak menyala.
"Bateri habis pula."
Badan diangkat dan menuju ke kabinet televisyen lalu wayar cas telefon diambil lalu dicucuk ke telefon. Dia kembali semula ke sofa dan badan direbah. Mata ditutup dan terus terlelap.
Beberapa minit dijemput lena tiba-tiba kedengaran pintu rumah diketuk bertalu-talu. Mikayla terpisat-pisat bangun.
"Kaklong?! Kaklong?!"
Suara Nadia yang memanggil diluar membuatkan Mikayla berkerut dahi. Dia gagahkan diri untuk bangun walaupun kepalanya saat ini tersangat-sangatlah sakit.
Pintu dibuka. Wajah Nadia dipandang.
"Kaklong okay?" tanya Nadia melihat wajah pucat Mikayla. Dia kena berbahasakan diri untuk memanggil Mikayla dengan panggilan sepatutnya. Cuma dia universiti je dia kena panggil nama.
Mikayla mengangguk kepala.
"Okay. Kenapa Nadia?" tanya Mikayla.
"Along..."
"Along? Kenapa? Cari dia ke? Dia ada dekat atas. Masuklah." ujar Mikayla. Kepala semakin berputar. Dia terus memegang tombol pintu.
"Kaklong? Kenapa ni?!" tanya Nadia panik. Dia terus memegang lengan Mikayla.
"Pening." kata Mikayla.
Perlahan-lahan tubuh Mikayla meluruh jatuh. Namun sempat dipegang oleh Nadia.
Nadia terus memimpin Mikayla masuk ke dalam kereta. Dia meluru masuk ke dalam rumah dan mengambil beg tangan milik Mikayla. Pintu rumah dikunci. Dia meloloskan masuk ke dalam kereta. Kereta bergerak ke hospital.
_________________________________________________
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
Kurgu OlmayanNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...