"I'M PREGNANT!!"
Anne terus menutup mulutnya. Terkejut dia mendengar berita itu.
"Kau tak makan pil perancang ke?" soal Anne.
"Aku dah makan! Tapi aku tak tahu kenapa boleh lekat ni! Macam ni Anne! Takkan aku nak gugurkan dia."
"No! Jangan." halang Anne. Dia sendiri pun buntu. Budak dalam perut Mikayla tidak sepatutnya wujud. Dia juga serabut sekarang ni. Macam mana ni?
Mikayla terus duduk atas katil. Sakit kepala memikirkan perkara ini. Masalah Hazel belum selesai ditambah pula dengan dia mengandung. Sungguh dia tertekan saat ini.
"Kau betul ke kau makan pil perancang tu?" soal Anne serius.
Mikayla mengeluh perlahan. Malam itu dia bersama Daniel dan keesokan pagi dia terlupa untuk makan pil perancang. Dia ingatkan benih Daniel tidak melekat. Ternyata dia silap!
"Aku lupa nak makan pagi tu." kata Mikayla jujur. Anne menepuk dahi.
"Sekarang ni macam mana? Kau tak boleh teruskan perkara ni! Nanti baby dalam kandungan kau akan terjejas. Kau berhenti dulu. Pasal Hazel biar aku yang selesaikan masalah dia." ujar Anne.
Mikayla menggeleng kepala. Dia tak nak Anne buat perkara ini sendiri. Risiko bagi Anne. Walaupun Anne dah lama dalam dunia itu tapi dia tahu Anne tak semahir dirinya.
"No. Aku tak izinkan. Ini akan merisikokan diri kau nanti! Nanti aku fikirkan semula." putus Mikayla. Rambutnya dikusutkan. Serabut!
"Sampai bila kau tak nak letakkan harapan pada aku Mika? Kau tak percayakan aku ke?"
"Aku bukan tak percayakan kau, Anne. Ianya berisiko!" Sedikit meninggi suara Mikayla. Degil betul budak Anne ni. Macam mana boleh jadi assistant dia pun, tak tahu.
"Aku boleh! Percayakan aku. Ramai anggota polis belakang aku. Kau jangan risau. Sekarang ni kau fokus pada kandungan kau. Anak itu amanah daripada Allah. Jangan elok-elok." nasihat Anne. Mikayla melepaskan keluhan.
"Aku berkerja under police. I know what I do. Don't worry." ujar Anne lagi.
"Tapi..."
"Diam! Degil betullah mak orang ni. Buat masa ni kau tak perlu libatkan diri kau semasa kau mengandung. Nanti kalau anak tu terjadi benda yang buruk semasa kau beroperasi macam mana? Fikirlah. Lepas kau beranak nak terjun menara KLCC pun aku tak heran!" Bidas Anne. Sakit hati juga bercakap dengan orang yang selalu betul ni. Nasib bos.
Mikayla menjeling Anne. Marah aku pula. Aku ke dia bos sekarang ni? Melampau!
"Dahlah kau rehat aku nak balik."
(End flashback)
"Maafkan ibu saya. Ibu tak jaga awak baik-baik. Ibu sayangkan awak." Terus menitis air mata apabila terkenang bicaranya dengan Anne. Disebabkan salah faham itu dia mengalami keguguran akibat terlalu stres. Allah!
Badan direbahkan diatas katil bersama air mata. Dia perlukan ketenangan saat ini. Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup itu membuatkan dia ingin terjatuh. Namun dia perlu bangkit untuk mempertahankan dirinya.
TOK...TOK...
Pintu bilik tidur diketuk dari luar membuatkan Mikayla terus bangun dari pembaringan. Pintu bilik tidur dituju lalu dikuak.
"Nak apa?" tanya Mikayla dingin.
"Aku nak bincang dengan kau sekejap." lontar Daniel serius.
"Nak bincang apa lagi? Tolonglah Daniel. Aku penat sekarang ni. Tolong. Balik Malaysia." halau Mikayla. Dia masih lagi berlembut dengan Daniel. Kalau Daniel tak dengar juga terpaksa dia menggunakan kekasaran.
"Aku tak nak bercerai." putus Daniel.
"Apa masalah kau ni??" tengking Mikayla. Kesabaran sudah kemuncak.
"Aku cintakan kau." luah Daniel.
Mikayla terus ketawa sinis apabila mendengar pengakuan cinta daripada Daniel. Baginya cinta Daniel kosong. Tak de rasa. Dulu dia menagih cinta Daniel tapi sekarang dia rasa kosong. Sangat kosong. Hatinya banyak terluka disebabkan Daniel.
"Cinta? Kalau kau cintakan aku, kau takkan junjung ego kau tu Daniel. Kau takkan curang dengan aku!" marah Mikayla.
"Balik Daniel. Tolong. Kalau kau masih ada perikemanusiaan tolong balik. Aku baru saja kematian kedua orang tua aku. Balik Daniel." ujar Mikayla. Pintu bilik tidur dihempas kuat.
SETELAH SEBULAN KEPERGIAN KEDUA ORANG tua Mikayla kini Mikayla di Malaysia. Kaki mula bergerak dan berdiri dihadapan mahkamah syariah untuk merasmikan penceraian antara dirinya dan Daniel. Dia balik ke Malaysia untuk selesaikan semuanya. Pasal universiti dia sudah uruskan pemindahannya.
Walaupun berat untuk pergi. Dia terpaksa teruskan. Dia sudah buat keputusan yang tamat. Ini adalah keputusan yang rasanya terbaik untuknya.
"Kaklong?"
Mikayla menoleh ke belakang dan badannya terus dipeluk oleh Nadia. Air mata terus mengalir. Macam mana dia mahu berpisah dengan orang yang dia dah anggap seperti keluarga sendiri. Susah sangat!
"Nanti kaklong jangan lupakan kami tau." ujar Nadia sebak.
Mikayla mengangguk kepala. Pelukan dileraikan. Dia memandang kearah Datin Niera lalu di salam tangan itu dan tubuh itu terus dipeluk.
"Maafkan Ayla sebab tak jadi menantu yang baik. Maafkan Ayla." rintih Mikayla.
"No. Ayla menantu mama yang terbaik. Nanti selalu datang jenguk mama tau." ujar Datin Miera. Mikayla mengangguk kepala.
Pelukan dilepaskan dan dia bergerak ke arah Dato' Darwish. Tangan itu di salam.
"Maafkan Ayla, pa." ujar Mikayla.
"Papa selalu maafkan Mikayla." ujar Dato' Darwish. Naufal yang berada disebelah Dato' Darwish tersenyum kepada Mikayla. Mikayla membalas senyuman itu dan matanya menoleh ke arah Daniel yang hanya diam.
"Daniel." seru Mikayla.
Mikayla tarik nafas lalu mendekati Daniel. Tangan Daniel dipegang lalu kekura itu dicium lama. Pipi Daniel turut dicium. Daniel hanya keraskan badannya dan menerima perilaku Mikayla terhadapnya.
"Awak jaga diri awak baik-baik. Saya sentiasa disisi awak kalau awak inginkan pertolongan. Awak tak nak peluk saya buat kali terakhir sebagai suami isteri?" soal Mikayla. Daniel terus memandang Mikayla. Mikayla mengukirkan senyuman manis.
Daniel mengangguk kepala lalu tubuh Mikayla dibawa masuk ke dalam pelukan. Dipeluk lama lalu dahi Mikayla dicium. Air matanya terus mengalir. Hari ini dia akan kehilangan satu-satunya isterinya.
"Maafkan aku kerana membuatkan kau terluka. Aku halalkan semua apa yang aku dah berikan kepada kau. Jaga diri." ucap Daniel tulus.
"Selamat tinggal my lecturer mr. Daniel."
Pelukan dilepaskan. Mikayla mengukirkan senyuman lalu melangkah masuk ke dalam mahkamah syariah.
_________________________________________
Bercerai ke tidak? Jeng jeng jeng
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
Não FicçãoNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...