BAB 3

3.5K 102 4
                                    

Jangan lupa vote dan follow



             MIKAYLA SEDANG BERBARING DIATAS KATIL sambil baca buku tiba-tiba biliknya diterjah oleh seseorang membuatkan dia terkejut. Nafas ditarik lalu dihembus keluar apabila melihat gerangan yang masuk dalam biliknya itu. Takut juga dia kalau pencuri masuk.

"Kenapa?" tanya Mikayla.

"Semalam pergi mana sampai lewat malam baru balik?" tanya Daniel. Mikayla mati kata. Dia ingat Daniel tidak tahu kalau dia keluar sampai lewat malam. Dan macam mana Daniel tahu ni?

"Aku tanya ni!" marah Daniel.

"Ish awak ni. Nak tanya tu janganlah marah-marah. Rileks. Meh duduk dulu kita bincang elok-elok." ajak Mikayla lalu menepuk tempat yang berada disebelahnya.

"Mikaylaaaa..." meleret Daniel menyeru nama Mikayla. Mikayla melepaskan keluhan kecil.

"Duduklah dulu." arah Mikayla. Nak tak nak terpaksa Daniel duduk diatas katil sebelah Mikayla.

"Semalam saya pergi makan-makan dengan Nadia." jujur Mikayla. Tangan Mikayla mula merayap ke jari milik Daniel. Daniel memandang jarinya yang sudah dipegang oleh Mikayla. Haih Mikayla. Kalau tak gatal bukan Mikayla lah agaknya.

"Nak cerita tu cerita tak payah tangan tu bergerak." kata Daniel lalu memandang Mikayla tajam. Mikayla buat tak endah.

"Okay! Lepastu, tengah kami berdua makan tiba-tibaaaaaa..." Mikayla sengaja berhenti bercerita lalu menoleh untuk melihat reaksi Daniel. Tersenyum dia apabila melihat Daniel ingin mendengar ceritanya.

Daniel terus menahan sabarnya apabila Mikayla mempermainkan dirinya. Nak marah tapi kena sabar.

"Comel dekpun." puji Mikayla.

"Boleh serius tak?" marah Daniel.

"Tak boleh." kata Mikayla main-main. Daniel menahan sabar. Nafas ditarik lalu dihembus keluar.

"Okaylah-okaylah. Tiba-tiba Syira datang and then dia tarik rambut Nadia. Lepastu dia ambil air yang ada atas meja tu, dia siram saya. Dahlah air tu manis. Hmm... Masa tu saya nak balas tapi nasib ada abang hero yang selamatkan kami. " cerita Mikayla bersungguh-sungguh. Mikayla dah tersengih-sengih apabila menyebut 'abang hero'.

Daniel memandang Mikayla dengan tajam. Tak habis-habis dengan perangai gedik tu.

"Tak payah nak abang hero sangatlah." perli Daniel.

"Cemburu la tu." usik Mikayla.

"Tak ada masa. Lepastu apa yang terjadi?" tanya Daniel ingin tahu cerita lebih lanjut.

"Lepastuuu abang hero tu marahlah Si Sirap tu sebab buat bising dekat kafe dia. Awak nak tahu tak abang hero tu hensem nak mampus." ujar Mikayla dengan teruja. Otak sudah terbayang wajah abang hero dah.

Daniel yang melihat kelakuan Mikayla terus ditolak Mikayla baring atas katil. Dia berada diatas Mikayla.

"Gedik kau dengan gatal kau semakin menjadi ya."

Mikayla menelan air liur apabila Daniel berada diatasnya. Haih seramlah pula. Tiba-tiba akal mengusik Mikayla sudah datang.

"Nak buat macam mana. Nak menggatal dengan orang tu, orang tu tinggalkan kita. Bila kita cari dia dekat sini dia marahkan kita balik. Kita dahlah bosan duduk sana. Dia dekat sini sedap-sedap je. Kita ni dah hampir nak mati menahan rindu. Nasib jumpa abang hero. Arkk...!!"

Pipi milik Mikayla terus digigit oleh Daniel. Sakit hati dia bila Mikayla menyebut abang hero. Mikayla dah tersenyum dalam diam. Tahu cemburu.

"Sebutlah lagi kalau kau nak muka kau bengkak." Daniel memberi amaran.

"Abang hero yang hensem! Abang yang sa... hmmpphhh!"

Terus bibir milik Mikayla digigit dengan kuat. Geram betul dia. Dah bagi amaran masih tidak mahu mendengar.

"Sakitlah bibir saya." Mikayla memegang bibir. Mesti bengkak! Tadi pipi sekarang bibir dia pula. Wajah hendak menangis mula keluar.

Daniel yang melihat Mikayla yang sudah mencebik terus bangun dari berada diatas Mikayla. Tangan Mikayla ditarik supaya bangun dari pembaringan.

"Uwaaa..."

Terus Mikayla menghamburkan tangisannya. Daniel terus memeluk tubuh Mikayla sambil menggosok belakang badan Mikayla.

"Shhhh..." pujuk Daniel.

"Awak jahat."

"Ya-ya aku jahat. Dah stop nangis."





             NADIA YANG MELIHAT MIKAYLA SEDANG membuat kerja terus berjalan mendekati.

"Hai." sapa Nadia ceria.

"Hai. Duduklah." ajak Mikayla. Nadia terus melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

"Ayla. Abang saya marah kawan dengan awak." kata Nadia. Dia menundukkan wajahnya. Dia rasa serba salah ingin mengatakan hal itu tapi dia terpaksa bagitau kerana abangnya sudah bagi dia amaran.

"Hah? Kenapa abang awak marah kawan dengan saya? Abang awak kenal saya ke?" tanya Mikayla hairan. Mana tak hairannya dahlah tak kenal tiba-tiba tak bagi dia berkawan dengan Nadia sedangkan dia tiada niat buruk pun.

Nadia mengeleng kepala.

"Tak. Abang saya tak kenal awak. Tapi dia marah saya kawan dengan awak sebab malam tu kitakan balik lambat. Dia tak suka orang perempuan balik lewat. Itu yang dia marahkan." kata Nadia.

"Lah! Macam dia tak pernah keluar malam ke? Bukan malam sangat pun. Standard la tu pukul 12 tengah malam." ujar Mikayla.

"Tapi..."

"Tak payahlah dengar cakap abang awak tu. Dia bukan tahu pun sebab apa awak balik lambat kan. Kecohlah abang awak tu. Relaks sudahlah." ujar Mikayla dengan santai.

Nadia dah menggaru kepala. Dia takut abangnya lihat dia bersama dengan Mikayla terus dia berdiri. Mikayla berkerut dahi melihat Nadia tiba-tiba berdiri.

"Awak nak pergi mana?" tanya Mikayla.

"Saya takut abang saya nampak." kata Nadia lalu dipandang kiri kanan.

"Abang awak student dekat sini ke?" tanya Mikayla. Nadia mengeleng kepala.

"Tak. Lecturer. Tak apalah awak. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."




_________________________________________

My Lecturer Mr. Daniel [C]Where stories live. Discover now