BAB 35

2.7K 89 2
                                    

               MIKAYLA HANYA MENADAH TELINGANYA APABILA dibebel oleh Lucas Adwardo. Apalah nasib. Tengah sakit-sakit kena bebel. Kalau dia tutup panggilan ni nanti dilabel anak derhaka pulak. Nak tak nak terpaksalah mendengar.

"I dah berapa kali pesan dekat you. Jaga diri. Jangan lasak sangat. Kalau you mati masa tu macam mana? I dah cakap jangan libatkan diri dalam hal macam ni!! You degil sama macam mommy you! You tahu kan aunt Fairy tu macam mana! Dia salahkan our family sebab masukkan anak dia dalam jail. Oh my god!"

Mikayla menggaru kepalanya sambil baringkan badan atas katil hospital. Pembesar suara ditekan lalu telefon dibiarkan diatas meja. Mata dipejam seketika.

"You dengar tak I cakap ni, Mika?" tanya Lucas Adwardo.

Mikayla terus buka matanya. Telefon diatas meja dicapai laju. Nasib baik dia tak tertidur. Aduh! Dengar Lucas Adwardo membebel membuatkan dia mengantuk!

"Dengar daddy. You ni kalah perempuan kalau membebel." kata Mikayla. Lucas Adwardo melepaskan keluhan.

"You balik Singapura. Mommy nak rawat you!"

"Baik daddy." Terus panggilan itu dimatikan oleh Lucas Adwardo. Mikayla memicit kepalanya. Peningnya! Dia pun berniat nak balik ke Singapura. Bolehlah rawat hati sekali.

Tiba-tiba pintu wadnya dibuka oleh seseorang. Mikayla menoleh ke arah pintu wad itu.

"Ayla?"

"Mama. Masuklah." ujar Mikayla. Dia terus bangun dari pembaringannya. Tangan Datin Niera di salam.

"Macam mana? Sakit lagi?" tanya Datin Niera. Mikayla menggeleng kepala. Kurang sikit rasa sakitnya apabila dibebel oleh Lucas Adwardo tadi. Hahaha. Gurau-gurau.

"Kurang dah. Mama datang sorang je ke? Papa tak datang? Nadia? Naufal?" tanya Mikayla apabila tidak melihat sesiapa selepas Datin Niera masuk.

"Adik dengan angah dekat kampung. Jaga nenek mereka. Ayla belum jumpa lagi kan nenek belah papa?" tanya Datin Niera.

Mikayla menggeleng kepala. Macam mana nak jumpa kalau keluarga Daniel pun nak jumpa susah. Alasan Daniel. One day. Last-last kantoi dengan Datin Niera juga. Kalau tak sampai sekarang agaknya dia tak jumpa keluarga Daniel. Ini baru dia tahu yang Daniel ada nenek. Huh!

Daniel memang tak sayangkan dia!! Benci!!!

"Tak apa nanti mama bawa Ayla jumpa nenek."

Mikayla hanya senyum.

"Along mana? Tak datang?" tanya Datin Niera.

"Daniel pergi kursus." Kata Mikayla. Sebelum Daniel pergi kursus, Daniel ada datang berjumpa dengannya. Katanya nak pergi khusus. Dia buat tak tahu. Kadang-kadang dia kesian pula palau Daniel. Haih nak buat macam mana, hati dia masih sakit.

"Mama. Ayla kena balik Singapura tau. Nanti mama bagi surat ni pada Daniel boleh tak?"

Sampul surat putih diberikan kepada Datin Niera. Datin Niera menyambut sampul surat itu sambil mengangguk kepala. Surat itu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Malas dia nak ambil tahu tentang isi kandungan dalam sampul itu. Bukan haknya.

"Berapa lama Ayla balik sana?" tanya Datin Niera.

"Tak tahu lagi."

"Yalah."

Mikayla memandang Datin Niera seketika lalu melepaskan keluhan kecil. Betul ke apa yang dia buat ni.





                SAMPAI DI AIRPORT SINGAPURA TERUS MIKAYLA mencari daddy dan mommynya. Kata daddy, dia nak jemput dirinya di airport. Itu yang dia teruja itu. Bukan selalu daddynya menjemputnya di airport. Selalunya bodyguard yang akan menjemputnya. Haih!

Mata mula memandang sekeliling airport itu. Mana mommy dengan daddy ni? Dia berjalan lagi dan matanya tertumpu pada sekumpulan wartawan yang sedang temuduga itu. Cermin mata hitamnya diturunkan sedikit untuk melihat siapa gerangan yang ditemu duga itu.

Terbuntang matanya melihat daddy dan mommynya. Dari raut wajah daddy seperti menahan amarah. Dia menelan air liur. Takut daddynya mengamuk dekat airport ini tak pasal-pasal masuk berita. Haih! Terus dia berlari ke daddy dan mommynya.

Bodyguard yang mengawal mommy dan daddynya mana?! Huh! Tak boleh harap!

"Excuse me?!" tegur Mikayla mendatar.

Semua wartawan menoleh ke arah Mikayla.

"Move!" kata Mikayla dingin. Semua wartawan menelan air liur. Mereka tidak mengenali Mikayla kerana Mikayla memakai cermin mata hitam, mask hitam, pakaian hitam dan topi hitam. Semuanya hitam. Dan membuatkan wartawan itu ketakutan. Mana taknya aura Mikayla terlihat sangat menakutkan.

Semua wartawan mula beredar. Mikayla terus mendekati mommy dan daddynya.

"Where your bodyguard, daddy?" tanya Mikayla.

"Dekat luar."

"What? Habistu dibiarkan mommy daddy masuk berdua je? Wah!" kata Mikayla tidak puas hati. Kau tengok nanti aku bagi pelajaran dekat korang semua nanti!!

"Daddy tak bagi diorang ikut masuk."

"Sekurangnya ada satu bodyguard daddy. Takkan semua tunggu dekat luar!" ujar Mikayla berapi.

"Dah-dah. Benda dah jadi. Jom balik." potong Milerina Shauqin apabila melihat wajah bengang anaknya itu. Dia yakin pasti semua pengawal itu kena maki dengan Mikayla nanti. Ini sebab suaminya, kata nak cuba berjalan berdua. Haih!





             TIBA SAJA DI VILLA SEMUA BODYGUARD DIARAHKAN berkumpul di ruang tamu. Mikayla memandang satu per satu bodyguard yang berada dihadapannya kini. Ada 20 orang bodyguard yang mengikut mommy dan daddynya di airport tadi, takkan mommy dengan daddynya tak boleh jaga?

"You know, what are you doing?" tanya Mikayla kepada semua bodyguard dihadapannya. Tangan silang ke dada. Badan disandar ke sofa.

Lucas Adwardo dan Milerina Shauqin hanya diam. Kalau Mikayla serius mereka tak boleh nak menegur takut mereka yang kena nanti.

"We know miss Mika!" Jawab bodyguard itu serentak.

"AND THEN?! I UPAH KORANG SEMUA UNTUK JAGA MY PARENTS TAPI APA YANG KORANG BUAT?! DEKAT AIRPORT TADI, NO ONE DARIPADA KORANG SEMUA!! MANA KORANG SEMUA?! YES! DADDY CAKAP, DIA NAK MASUK DENGAN MOMMY JE TAPI KORANG SEMUA BOLEH FIKIR KE TAK?! INI BOLEH BAHAYAKAN NYAWA MY PARENTS TAU! IF DADDY CAKAP TU, ANTARA KORANG SEMUA NI ADA YANG FOLLOW DADDY DENGAN MOMMY WHICH SORANG TU TAKPE!!"

"INI TIDAK! SEMUA DUDUK DEKAT LUAR! NASIB FLIGHT I TIBA AWAL KALAU TAK, TAK TAHU APA JADI PADA DADDY DENGAN MOMMY I. WARTAWAN SERBU DIAORANG!! WHERE YOU ARE??!!" tengking Mikayla. Ruang tamu terus sunyi apabila mendengar tengkingan Mikayla.

Pembantu rumah yang ingin menghidang minum terus terkaku. Boleh tahan kuat juga suara Mikayla.

"Sebagai denda, korang semua kena pamping 500 kali! Berdiri dekat luar dan pamping dekat laman. Now!!" jerit Mikayla. Semua bodyguard keluar dari rumah dan memulakan denda yang diberikan.

"JOHN!!" panggil Mikayla.

John yang berada diluar mula berlari ke ruang tamu. Dia berdiri tegak dihadapan Mikayla.

"Pantau diaorang. Jangan tertinggal satu pun."

"Alright Miss Mika." kata John. Dia terus meninggalkan ruang tamu itu.

Mikayla bangun dari duduknya dan melangkah naik ke atas. Penat! Nak rehat! Ingatkan balik sini boleh hilangkan stress, rupanya bertambah stress!

______________________________________________________

My Lecturer Mr. Daniel [C]Where stories live. Discover now