SELAMA SEMINGGU MENGHADIRI KURSUS, akhirnya dia pulang juga ke rumah keluarganya. Mahu balik ke rumahnya tapi dia dapat masej daripada Mikayla mengatakan dirinya berada di Singapura. Nak tak nak terpaksa ke rumah keluarganya. Dia tak suka kesunyian sebab itu dia datang rumah keluarganya.
Mahu dia duduk dalam rumah tu sorang-sorang? Alamak setiap saat dia akan kemas rumah. Jadi? Baik dia duduk dekat rumah keluarganya boleh berbual. Duduk di rumah sana, macam bujang pula. Sunyi.
Sedang dia menyemak assignment yang diberikan oleh pelajar tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang.
"Masuk!"
Datin Niera melangkah masuk ke dalam bilik kerja. Dia mengukirkan senyum buat Daniel sebelum mendekati.
"Busy ke?" soal Datin Niera.
"Sikit. Ada apa mama?" tanya Daniel. Dia terus memandang mamanya. Kerja itu ditinggalkan sekejap. Datin Niera memberikan sampul surat putih itu kepada Daniel. Dia mengambil sampul surat itu dengan dahi berkerut. Sampul surat apa ni?
"Mama nak hantar ni je. Mama keluar dulu." kata Datin Niera yang sudah keluar dari bilik kerja.
Daniel melihat sampul surat itu. Surat itu dibuka dan sekeping kertas dikeluarkan. Isi kandungan itu dibaca.
SURAT PERMOHONAN PENCERAIAN
Daniel terdiam sejenak. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Dia masih tak percaya. Mikayla benar-benar melakukan perkara itu tapi berbincang dengannya. Muka diraut kasar. Dia tak boleh fokus pada kerjanya saat ini. Dia terus bangun lalu balkoni dituju.
"No! No Mikayla!!!" jerit Daniel.
Terus terduduk dihadapan balkoni. Muka ditekup pada lutut sambil menangis teresak-esak.
MIKAYLA MENUTUP PINTU KERETANYA DAN MULA melangkah masuk ke dalam kawasan universiti. Dia sudah pulang dari Singapura semalam. Penat memang penat tapi belajar tetap belajar. Memandangkan cuti diberikan hanya seminggu saja. Tapi dia tetap bersyukur.
Baru hendak ke masuk ke dalam dewan kuliah tiba-tiba lengannya ditarik oleh seseorang. Memang dalam cerita ini dia asyik kena tarik ke macam mana? Aduhai!
"Kaklong!"
Terkejut Mikayla apabila Nadia menjerit. Dadanya diusap perlahan. Boleh kena serangan jantung kalau dengan Nadia ni. Asyik nak menjerit je. Dulu masa kecik tertelan microphone agaknya, itu tak boleh panggil perlahan-lahan tu.
"Terkejut!" marah Mikayla. Bahu Nadia ditampar. Perlahan je ya. Kang tampar kuat-kuat nanti terkehel bahu anak orang nanti. Tak pepasal masuk lokap.
"Hihi. Sorry!" ujar Nadia tidak bersalah.
"Nak apa?" tanya Mikayla. Badan disandar pada dinding disitu sambil memerhati tiga orang manusia dihadapannya itu.
"Macam ni kaklong..." Naufal mula menyampuk. Mikayla masih menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Naufal.
"Apa ya dik? Angah lupa."
Mikayla menjeling Naufal. Dari gaya tadi macam tahu. Lah tiba-tiba tak ingat. Apalah!
"Along." jawab Nadia sepatah. Mikayla melepaskan keluhan kasar. Memang kalau nak bercakap kena sepatah-sepatah lepastu ada orang sambung? Macam tu ke? Cakap bagi habis boleh tak? Serabut dia dengan diaorang ini. Duk along-along tapi tak cakap pun kenapa. Urgghh!
"Elok-elok Nadia!" tegas Mikayla menegur. Orang dah masuk kelas ni dia lambatkan pula. Haih!
"Daniel dah dari semalam tak keluar dari bilik kerja dia dekat rumah keluarga dia. Nadia ada ketuk pintu biliknya tapi tiada sahutan. Beberapa orang dah ketuk tapi dapat amukan dari Daniel. Daniel masih tak keluar lagi." kata Prof. Aiman.
"So?"
Mereka bertiga menepuk dahi.
Mikayla pelik. Dah kenapa? Betul kan? Dia nak buat apa? Pergi ketuk sekali pintu bilik kerja itu sampai roboh? Aduhai!
"Pujuk along." kata Nadia.
Mikayla menggeleng kepala. Gila ke apa. Dia dah melancarkan peperangan pada Daniel. Tak nak dia. Tapi dia tertanya-tanya juga. Kenapa Daniel kurungkan diri dia? Atau sebab surat mahkamah tu?
Dia memegang dagunya sambil berfikir.
Mereka bertiga menunggu keputusan daripada Mikayla.
"Biarlah. Dia dah besar. Bye! Nak masuk kelas dulu." ujar Mikayla lalu melangkah pergi.
"Kak..."
Mereka bertiga melepaskan keluhan.
"Macam mana ni?"
Semua mengangkat bahu.
MIKAYLA MENGETUK PINTU UTAMA RUMAH keluarga Daniel. Beberapa saat, bibik membuka pintu itu. Mikayla terus masuk ke dalam rumah itu lalu bilik kerja Daniel dituju. Bibik yang membuka pintu untuk Mikayla berkerut dahi. Agak aneh ya.Tok...tok...
Bibik melangkah ke arah bilik kerja Daniel. Dia melihat Mikayla sedang mengetuk pintu bilik Daniel itu bertalu-talu sambil melaung memanggil nama Daniel.
"Daniel! Daniel! Buka pintu ni!"
Datin Niera yang mendengar ketukan yang kuat mula keluar dari bilik tidurnya. Dia berkerut dahi apabila melihat bibiknya yang sedang mengintai itu. Apa yang diintai bibik tu? Dia melangkah mendekati bibiknya lalu bahu bibik ditepuk.
Bibik yang terkejut terus menekup mulutnya dari mengeluarkan suara. Tak kantoi dengan Mikayla mampus dia. Dia menoleh ke belakang.
"Puan!"
Bibik terus tegakkan badannya.
"Bibik buat apa ni?" tanya Datin Niera.
"Itu. Puan Mikayla datang." kata bibik. Datin Niera menoleh ke arah Mikayla yang sedang menyelongkar sesuatu dalam beg tangannya. Mikayla nak buat apa tu?
Mikayla mengeluarkan kunci lalu dicucuk ke tombol pintu. Pintu itu terus dibuka. Macam mana dia boleh ada kunci bilik kerja itu adalah rahsia. Dia terus melangkah masuk ke dalam dan menutup pintu itu.
Bibik dan Puan Niera memandang sesama sendiri.
"Eh bik! Pergi buat kerja!"
"Sorry puan." terus bibik berlalu ke dapur.
Datin Niera mengangkat bahu. Malas nak ambil tahu tentang anak dan menantunya itu. Biar mereka berdua selesaikan sendiri. Dah besar dah!
MIKAYLA TERUS MEMBUKA PINTU BILIK kerja Daniel dan mula melangkah masuk. Pintu ditutup semula dan lampu dibuka. Seluruh bilik kerja itu cerah. Dia mencari keberadaan Daniel namun tiada. Kemanakah lelaki itu?
Dia berjalan ke arah rak buku dan ditolak rak itu. Disebalik rak buku itu ada sebuah katil. Macam mana dia tahu? Itu rahsia. Dia melangkah masuk ke celahan rak buku itu.
Daniel yang sedang tidur itu didekati.
"Daniel! Bangun!" kejut Mikayla. Daniel masih lagi kekal dalam tidurnya.
Mikayla melepaskan keluhan. Dia turut melabuhkan punggung diatas katil bersebelahan Daniel. Dah Daniel tidur, dia pun nak tidur juga. Dia pun penat. Semalaman dia tidak tidur, balik saja dari Singapura terus ke universiti. Mana sempat nak tidur.
Kepala dibaringkan diatas bantal dan mata mula tertutup. Terus lena.
__________________________________________
Tah pape je bab ni. Sorry author kekurangan idea. Hmm
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
Não FicçãoNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...