MIKAYLA MENDEKATI DANIEL LALU BUHU Daniel ditolak perlahan menggunakan buku. Senyuman terus terukir apabila Daniel memandang dirinya. Punggung dilabuhkan disebelah Daniel lalu sekotak hadiah diberikan kepada Daniel.
Daniel berkerut dahi melihat kotak hadiah itu. Wajah Mikayla dipandang.
"Ambillah. Saya ikhlas." kata Mikayla.
Nak tak nak terpaksa juga Daniel mengambil kotak hadiah yang dihulur oleh Mikayla.
"Terima kasih." ujar Daniel
"Sama-sama. Oh bye the way awak akan kembali ke Malaysia ke nanti?" tanya Mikayla. Dia dapat tahu dari rakannya yang satu tempat kerja dengan Daniel yang mengatakan Daniel akan pulang ke Malaysia. Bila itu dia tidak pasti.
"Ya."
Mikayla mengangguk kepala.
"Saya ada satu permintaan. Boleh awak tunaikan tak?" soal Mikayla lalu memandang Daniel. Daniel menoleh ke sebelah sebelum mengangguk kepala. Mungkin dia boleh tunaikan permintaan Mikayla sebelum dia berangkat ke Malaysia bulan depan.
"Saya nak kahwin dengan awak." kata Mikayla.
Terbuntang mata Daniel mendengar permintaan Mikayla itu. Gila apa! Dia terus bangun dari duduknya.
"Daniel. Tadi awak kata nak tunaikan permintaan saya."
"Permintaan kau ni merepek Mikayka! Kahwin bukan sesuatu yang mudah! Perkahwinan dalam Islam dengan bukan Islam lain, Mikayla." beran Daniel. Kahwin bukan benda yang mudah. Mikayla baru saja memeluk islam. Dan agak susah untuk Mikayla faham tentang perkahwinan dalam Islam. Yang paling penting keluarganya dan keluarga Mikayla macam mana? Boleh mereka terima semua ni.
"Saya tak nak kehilangan awak, Daniel. Saya cintakan awak." Mikayla terus bangun dari duduknya dan berdiri dihadapan Daniel. Kepala didongak memandang Daniel.
"Please Daniel." rayu Mikayla.
Daniel melepaskan keluhan. Dia terus melangkah pergi. Dia tak boleh terima permintaan Mikayla. Baginya itu merepek!
"Daniel. Saya ikhlas."
Terhenti langkah Daniel. Dadanya mula berdegup kencang. Dia juga cintakan Mikayla namun ada sesuatu yang menghalangnya.
"Sorry."
"Daniel. Why? Why you don't want married me? Huh? Because I'm mualaf?"
Daniel menoleh ke belakang lalu dipandang wajah Mikayla mendalam.
"Is not about that. It's because I don't love you. Understood?"
"Tapi Daniel. I really love you."
"Please Mikayla. Cari lelaki lain."
Daniel terus pergi meninggalkan Mikayla sendiri. Air mata Mikayla terus mengalir.
MIKAYLA TERUS TERBANGUN DARI MIMPINYA. Nafas mula tidak teratur. Dia bangun dari pembaringan lalu bilik mandi dituju. Muka dicuci. Cermin dipandang lama. Air mata terus mengalir. Dadanya mula sesak apabila mengingati mimpinya tadi.
"Saya minta maaf, Daniel... Saya tak patut paksa awak pilih saya. Maafkan saya, Daniel." rintih Mikayla.
Terus dia terduduk diatas lantai bilik mandi. Air mata dibiarkan mengalir. Dia rasa bersalah terhadap Daniel. Dia inginkan sebuah perkahwinan ini dulu tapi sekarang dia sendiri yang meminta perpisahan.
Nadia mengetuk pintu bilik Mikayla berkali-kali namun dia tanda-tanda pintu bilik itu akan dibuka.
"ARGGHHH!!!"
Bunyi jeritan itu mengejutkan Nadia. Tombol pintu bilik itu terus dipulas apabila dia mendengar jeritan daripada Mikayla. Terbuka. Terus sosok tubuh Mikayla dicari.
"Kaklong? Kaklong?"
Pintu bilik mandi yang sedikit terbuka itu didekati. Pintu itu ditolak dan tubuh Mikayla yang terduduk diatas lantai itu menarik perhatiannya. Terus dia berlari ke arah Mikayla.
"Kaklong?" panggil Nadia. Bahu Mikayla dipegang.
"Nad..."
Nadia terus memeluk tubuh Mikayla. Belakang badan Mikayla diusap perlahan.
"Daniel..." seru Mikayla perlahan. Dia menangis semahu-mahunya didalam pelukan Nadia. Datin Niera yang berada di pintu bilik mandi turut sebak. Dia tidak menjangka yang hubungan anak dan menantunya mula bergoyang.
DANIEL MENGESAT AIR MATANYA yang dari tadi mengalir. Kereta terus berhenti di seberang jalan. Stereng kereta dihentak kuat melepaskan kemarahan.
(Flashback)
"Aku cintakan kau, Mikayla. Aku cinta dan sayangkan kau. Tak boleh ke kita pertahankan hubungan ini." rayu Daniel. Tangan Mikayla diraih lalu digenggam. Mata mula memandang anak mata Mikayla itu.
"Aku tahu aku ego. Tapi tolonglah jangan tinggalkan aku." kata Daniel dengan air mata mula bergelinang.
Mikayla hanya kaku. Air matanya turut mengalir membasahi pipi.
"Saya minta maaf, Daniel. Hati saya dah mati untuk awak." Tangan Daniel yang memegang tangannya dileraikan. Dia mengundur ke belakang sambil menggeleng kepala.
"Sorry." ucap Mikayla lalu melangkah keluar dari bilik kerja Daniel
(End flashback)
Tiba-tiba kepala Daniel berdenyut kuat. Dia mencengkam rambutnya apabila sakit itu semakin menguasai. Sebelah tangan lagi menggengam kuat stereng kereta menahan kesakitan.
Kring...kring...
Telefon di tempat penumpang dicapai. Ikon hijau dileret ke atas dan diletak ditelinga.
"En. Daniel?"
"Sakit!" jerit Daniel. Telefon itu terus terlepas dari genggaman tangan Daniel.
DANIEL MELEPASKAN KELUHAN. Kepalanya dipicit sambil merehatkan kepalanya pada kerusi. Sakit kepalanya saat ini usah dikata. Terlalu sakit. Siling dipandang sambil memejamkan mata.
"Kena buat operation dengan segera, En. Daniel." kata Dr. Jamal.
Daniel diam. Bukan dia tak nak buat pembedahan tapi dia takut. Takut kalau dia tak sempat nak jumpa orang-orang yang dia sayang. Dia takut kalau pembedahan itu tidak berjaya.
Dia menghidap kanser otak, tahap tiga. Dia mengetahui sakitnya selepas dia mengalami demam panas tempoh hari. Keluarganya tidak mengetahui tentang sakitnya ini.
Doktor mengesahkan kansernya berada ditahap dua dan boleh diubati namun dia menolak untuk dirawat ketika itu. Dan doktor memberikan ubat untuk menahan kesakitan namun ubat itu tidak dimakan dan menyebabkan sel kanser mula merebak ke seluruh organ dalaman.
Dia berhenti mengajar kerana sakit yang dihadapinya. Dr. Jamal yang merawatnya itu menegaskan untuk dia buat pembedahan. Namun dia tetap menolak sampaikan Dr. Jamal mengugut untuk memberitahu tentang sakitnya kepada keluarganya. Terus dia bersetuju untuk membuat pembedahan. Dia taknak keluarganya tahu akan sakitnya.
"Nanti saya bagitau tarikh yang sesuai. Saya harap En. Daniel bersedia." kata Dr. Jamal.
"Boleh tak tarikh tu lewat sikit. Saya nak luangkan masa dengan isteri dan keluarga saya dulu."
Dr. Jamal melepaskan keluhan. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi kerjanya lalu dipandang wajah Daniel yang memandang dirinya itu. Dia memejamkan mata sambil meraup wajahnya.
"Terpaksa dipercepatkan En. Daniel. Saya takut kanser ni melumpuhkan anggota badan En. Daniel."
"Tak ada cara lain ke?" tanya Daniel. Dr. Jamal menggeleng kepala.
"Pembedahan. Itu caranya."
Daniel melepaskan keluhan berat.
__________________________________________________
Bye! Jangan lupa vote
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
Non-FictionNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...