BAB 9

3.1K 97 2
                                    

Jangan lupa vote dan folow tau




                 DENGAN TAKUT-TAKUT MIKAYLA MENGETUK pintu pejabat Daniel. Walaupun pun dia takut melihat Daniel mengamuk tadi tapi dia harus tahu keadaan Daniel sekarang ini. Okay ke tak?

TOK..TOK...

"Masuk!" arah Daniel dari dalam.

Mikayla tarik nafas lalu dihembus keluar. Berdebarnya. Harap-harap Daniel tak marahkan dialah. Tombol pintu dipulas lalu ditolak ke dalam. Kepala dijenguk ke dalam itu melihat Daniel.

Daniel menoleh ke arah Mikayla yang seperti pencuri itu.

"Masuk sayang."

Mikayla tersenyum kecil lalu melangkah masuk ke dalam pejabat Daniel. Dia berdiri disisi meja Daniel sambil melihat Daniel. Daniel turut memandang isterinya itu dengan dahi berkerut.

"Dah kenapa tak duduk? Duduklah. Selalu masuk sini bukan main beria nak duduk. Sekarang kenapa tak duduk? Takut?" perli Daniel. Dia sudah agak yang Mikayla akan takut padanya selepas dia mengamuk dalam dewan kuliah tadi.

Mikayla menggeleng kepala.

"Saya risaukan awak. Awak okay?" tanya Mikayla.

Daniel memandang Mikayla tidak percaya. Masuk pejabatnya sebab nak tanya dia okay ke tak? Nak kata okay pun tak sebenarnya. Cuma dia terasa hati sikit dengan pelajarnya.

"Macam yang kau tengok."

Mikayla gigit bibir. Aduhai encik suami. Dia berjalan ke arah Daniel lalu kerusi Daniel dipusing menghadap dirinya. Dia melabuhkan duduk diatas peha Daniel. Tangan disilang ke leher Daniel.

"Dah kenapa ni?" tanya Daniel keliru.

"Awak marah tadi. Saya takuttt..."

Wajah disembam ke leher Daniel. Daniel melepaskan keluhan. Alahai isterinya. Tadi kata tak takut. Dia boleh pula jadi macam ni. Pinggang si isteri dipeluk.

"Awak..." panggil Mikayla.

"Hmm.."

"Jom makan lobster dengan king crab. Saya nak makan." adu Mikayla.

Daniel memandang wajah isterinya itu. Mikayla menyorokkan lagi mukanya pada leher Daniel. Dia malu sebenarnya bila duduk macam ni dengan Daniel. Tapi dia terpaksa disebabkan lobster dengan king crab tau!!

"Tapi kan..."

Mikayla terus bangun dari peha Daniel. Dia tahu yang Daniel nak bagi alasan sibuk lagi! Kalau Daniel tak boleh teman dia, dia boleh pergi dengan Nadia! Uh!

"Diam! Tak nak bawa takpe! Saya boleh pergi sendiri. Bye!"

Mikayla terus keluar dari pejabat Daniel. Pintu pejabat itu dihempas kuat. Sakit hati.

Daniel diam. Dia belum habis cakap lagi.




                     MIKAYLA DAN NADIA MELANGKAH MASUK ke dalam restoran makanan laut. Terbeliak mata Mikayla melihat lobster dan king crab yang masih hidup itu dalam akuarium. Air liur ditelan. Sedapnya.

"Adik! Lobster ni satu lepastu king crab yang besar tu satu tau." pesan Mikayla pada pelayan restoran itu. Pelayan itu menulis apa yang dipesan oleh Mikayla.

"Akak tengok dalam katalog ni, akak nak masakkan macam mana?"

Mikayla dan Nadia melihat katalog itu. Pelbagai jenis masakkan yang boleh dibuat untuk lobster dengan king crab.

"Awak nak yang macam mana? Saya nak yang biasa je." ujar Nadia. Mikayla mengangguk kepala. Dia setuju.

"Biasa je ya dik." kata Nadia.

"Baiklah. Total RM 1,099."

Mikayla mengeluarkan kad banknya lalu diberikan kepada pelayan restoran itu. Pelayan restoran itu pun memberi semula kad bank Mikayla apabila transaksi pembayaran diterima.

Mikayla dan Nadia mencari tempat untuk mereka berdua duduk.

Makanan yang ditunggu-tunggu oleh Mikayla, akhirnya sampai juga. Dia menoleh ke arah lobster dan king crab itu. Sedapnya!! Mereka terus menikmati makanan itu sampailah habis.

"Sedapnya!" puji Nadia.

Mikayla mengangguk kepala. Akhirnya keinginan nak makan tercapai jugak. Nak harapkan Daniel sampai bila entah dia boleh makan. Dia nak ajak teman je pun. Itu pun tak boleh!



                   TING..TING..

Mikayla membuka telefonnya. Masej dari Anne dibuka dan beberapa fail itu dibuka dan dibaca satu persatu isi kandungan itu. Dia mengukirkan senyuman sinis apabila membaca.

MIKAYLA
📱: Good job, Anne! Awasi setiap pergerakan dia dan dari tahu tentang keluarga angkat dia tu.

ANNE
📱: Baik bos.

Mikayla menutup telefon bimbitnya. Nadia disebelah dipandang seketika. Dia fikirkan adik iparnya ini biasa-biasa je. Ternyata boleh tahan juga.

"Nadia. Saya nak tanya awak sesuatu boleh?" tanya Mikayla.

"Tanya apa?"

"Dah lama ke awak kena buli dengan Syira tu?"

Nadia diam. Dia masih fokus pada pemanduannya. Mikayla masih menanti.

"Sejak saya masuk universiti lagi." ujar Nadia. Mikayla mengangguk kepala. Sejak masuk universiti? Sangat mustahil kalau Syira tak pernah kena ambil tindakan. Mungkin juga.

"Sebab apa dia buli awak?" tanya Mikayla. Dah macam polis pun dia bertanya.

"Sebab saya nerd kan."

Mikayla seperti hendak ketawa. Nerd? Mungkin Nadia boleh tipu Syira tapi bukan dia. Setiap kelakuan dan tindakan Nadia pun dia dah tahu. Sama macam Naufal. Dari awal dia masuk ke dewan kuliah tu dia dah tahu ada benda yang tak kena dengan Nadia dan Naufal. Dan ternyata sangkaannya betul.

"Tapi saya pelik kenapa watak nerd awak tu jadi bila berdepan dengan Syira? Dengan orang lain saya tengok awak macam orang biasa." ujar Mikayla.

Dia mahu melihat reaksi Nadia macam mana. Dan tepat jangkaan dia yang Nadia terkejut.

"Saya..." Gagap Nadia untuk bercakap.

"It's okay. Maybe awak terkejut kut." ujar Mikayla. Dia ingin menenangkan Nadia takut termelatah nanti susah pula.

Nadia memandang sekilas ke sebelahnya. Dia sedikit hairan dengan kakak iparnya itu. Seperti kakak iparnya tahu tentang rancangannya dengan Naufal. Matilah dia kalau Naufal tahu ni. Air liur ditelan payah.

"Saya dah lama nak tanya awak ni. Awak asal sini ke?" tanya Nadia.

Mikayla menggeleng kepala.

"Tak. Saya asal Singapura. Saya datang Malaysia ni pun sebab suami saya ada dekat sini. Itu yang datang sini." ujar Mikayla.

Nadia mengangguk kepala tanda faham. Sebab dari raut wajah Mikayla nampak bukan orang sini.

"Masa hari perkahwinan saya dengan Daniel awak datang kan? Sebab saya rasa macam pernah nampak awak." Nadia tersengih. Ya. Dia ada masa hari perkahwinan itu tapi tidak tunjukkan muka. Dia datang dengan Naufal sebab Naufal kata ada surprise. Itu yang dia ikut sampai Singapura tu. Rupanya abang sulong dia kahwin.

Mama dengan papa je yang tak tahu. Hahaha...

__________________________________________

My Lecturer Mr. Daniel [C]Where stories live. Discover now