Jangan vote dan folow tau
MIKAYLA MEMBAWA LANGKAH KE ARAH meja bulat yang berada disitu. Dia melabuhkan duduknya diatas kerusi lalu matanya mula meliar ke sekeliling kawasan universiti itu. Ramai pelajar yang hendak masuk ke kelas masing-masing manakala dia hanya memandang saja.
Kepalanya digaru lalu telefon pintarnya diambil dan nombor seseorang didail tapi tidak dijawab. Dia memandang skrin telefon itu dengan geram. Kalau boleh nak je cekik orang itu. Menyakitkan hati betul!
"Hai." sapa seseorang mengejutkan Mikayla.
Mikayla mengusap dadanya. Aduh boleh lemah jantungnya kalau macam ni hari-hari. Dia menoleh kearah gadis yang berdiri dihadapannya dengan senyuman manis.
"Hai."
"Awak buat apa dekat sini?" tanya gadis itu.
"Saya nak cari kelas 4BM. Awak tahu dekat mana?" tanya Mikayla kepada gadis itu. Gadis itu menangguk kepala.
"Jomlah ikut saya. Kita satu kelas." kata gadis itu.
Mikayla mengangguk kepala lalu bangun dari duduk dan mula mengikut langkah gadis itu. Dia menoleh ke arah gadis itu sekilas. Macam pernah nampaklah budak ni. Siapa ya?
"Saya Nadia. Awak?" soal Nadia sambil memperkenalkan dirinya. Mikayla terkejut dalam diam. Wiush. Baru dia nak tanya nama gadis itu tapi gadis itu terlebih dahulu memperkenalkan dirinya.
"Mikayla. Panggil Ayla." jawab Mikayla. Nadia mengangguk kepala.
Sampai dihadapan pintu dewan kuliah 4BM terus pintu itu ditolak oleh Nadia dan Mikayla hanya mengikuti saja dari belakang. Nadia terus mengambil tempat kosong disitu. Mikayla turut melabuhkan punggung disebelah Nadia.
"Wow! Budak nerb dah jumpa kawan baru dialah." jerit seseorang membuatkan semua mata menoleh ke arah Mikayla dan Nadia. Nadia buat tak endah manakala Mikayla menoleh ke sekeliling untuk mencari pemilik suara tadi.
Dan Mikayla ternampak seorang gadis yang sedang berjalan mendekati meja kami. Dari pandangan kasar, Mikayla tahu gadis itu seorang yang pembuli. Dia menoleh pula ke sebelah untuk melihat Nadia tapi Nadia hanya diam.
Senyuman sinis terukir dalam diam.
Pak!
Meja belajarnya dihempak oleh gadis itu membuatkan Nadia terkejut.
"Syira. Tak payah kacau dia." kata rakan sekelasnya itu.
Mikayla terus mengalihkan pandangan ke arah suara tadi. Seorang lelaki yang sedang bersandar pada kerusi sambil merenung siling. Mikayla terus senyum sinis apabila lelaki itu menoleh kearah dirinya.
"Kau diamlah Naufal. Aku tahu apa yang aku nak buat dengan budak nerd ni dengan budak baru ni." ujar Syira sinis. Lalu matanya silih berganti memandang ke arah Mikayla dan Nadia.
Mikayla hanya mendengar dan memerhati apa yang dibicarakan oleh Syira. Terlalu naif.
"Jangan kacau dia. Kalau kau tak nak menyesal nanti." Sekali lagi, Naufal memberi amaran kepada Syira namun Syira endahkan. Baru saja Syira ingin memukul Nadia terus terbatal apabila terdengar salam dari pensyarahnya.
"Assalamualaikum kelas!" salam diberi oleh pensyarah mereka.
"Waalaikumsalam!"
MIKAYLA MELABUHKAN PUNGGUNGNYA diatas kerusi lalu telefon pintarnya dikeluarkan dari beg. Skrin telefon ditekan berkali-kali dengan tekun.
"Eh ada kawan baru si budak nerd tu la." kata Syira. Mikayla mendongak kepala melihat ke arah Syira yang sedang memeluk tubuh. Disampingnya terdapat tiga orang rakannya yang sedang memandang Mikayla dengan sinis.
"Nak apa?" tanya Mikayla sambil mengangkat kening.
"Tak ada apa. Saja nak borak-borak." ujar Syira lalu melabuhkan punggung dihadapan Mikayla.
Mikayla mengangguk kepala lalu pandangan dialihkan semula ke arah telefon.
"Eh! Aku nak bercakap dengan kau ni! Pekak ke apa?!" tengking Syira. Orang ramai yang berada di kafe universiti itu mula menoleh ke arah mereka.
Mikayla melepaskan keluhan berat. Dia baru dari duduknya lalu muka didekatkan ke arah Syira.
"Jadi perempuan tu biar bermaruah. Tak malu ke terpekik terlolong macam orang gila. Ingat! Biar bermaruah." ujar Mikayla dengan penuh sinis. Suara diperlahankan. Dan dia nampak wajah Syira bertukar merah. Senyuman sinis terukir dibibir.
Usai kata terus Mikayla pergi meninggalkan kawasan kafe itu. Manakala Syira sudah berapi apabila mendengar kata-kata Mikayla tadi.
"Dasar perempuan tak guna!" marah Syira.
__________________________________________
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
NonfiksiNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...