Jangan lupa vote dan follow
MIKAYLA TERUS BERDIRI. SEMUA MATA mula terarah Mikayla saat ini. Nafas ditarik lalu dihembus. Dia sendiri tak tahu kenapa, tapi dia rasakan ada sesuatu tak kena. Macam mana Daniel, Nadia dan Naufal boleh ada disini? Takkanlah...
"Mama. Ayla nak kena balik." ujar Mikayla. Dia kena balik. Mati lah dia.
"Eh! Kenapa? Daniel? Takpe kan Ayla disini?" tanya Datin Niera pada Daniel. Daniel memejamkan matanya seketika sebelum mengangguk kepala. Mamanya sudah tahu. Jadi tak perlulah dia nak berahsia lagi.
"Ya." balas Daniel. Mikayla terus pandang Daniel. Apa masalah Daniel ni?
"Duduklah. Daniel dah bagi izin dah tu." kata Datin Niera. Mikayla serba tak kena. Nak duduk semula atau cabut lari.
"Jap! Apa benda ni? Nad tak faham lah." sampuk Nadia. Dia dari tadi lagi dia tak faham. Apa dah terjadi sekarang ni? Dan dia juga tertanya-tanya apa hubungan mamanya dengan Mikayla sampai digelar sebagai ibu? Dan abang kena mengena abang sulungnya itu? Tak fahamlah!!
"Tanyalah abang kamu tu."
Semua mata mula tertuju pada Daniel. Daniel melepaskan keluhan. Macam mana dia mahu memberitahu. Aduh!
"Ma.."
"Diam Mikayla! Mama nak Daniel bercakap!" terus tegas suara Datin Niera. Mikayla terus diam apabila dia dimarahi begitu. Uishh garang juga Datin Niera ni bila marah.
"She's my wife. Dah 5 bulan kitaorang kahwin." senafas Daniel mengumumkan statusnya kini. Mikayla menepuk dahi sendiri. Mesti Daniel akan marah dia nanti. Hmm!
"What?!!!"
Naufal terus menutup telinganya apabila Nadia menjerit. Haihlah budak ni nak menjerit sekalipun bagilah tahu awal-awal. Tak pasal-pasal pekak telinga aku.
Mikayla menundukkan kepalanya.
"Apa ni, Ayla?!" marah Nadia.
"Saya boleh explain." kata Mikayla. Dia berdiri lalu mendekati Nadia. Tapi tangannya dipegang oleh seseorang membuatkan langkahnya terhenti. Dia menoleh kearah tangannya yang dipegang itu.
"Mama suruh kamu duduk. Mama tahu. Mereka bertiga bukan tak tahu. Mereka tahu semuanya. Adik tak payah nak berlakon sangat. Nampak fake!" bidas Datin Niera.
Nadia tersenyum kekok. Aduh kantoilah pula. Tak menjadilah dia punya lakonan tadi? Huhuhu! Ini abangnya punya pasal ni. Aduhai!
"Adik, angah boleh naik atas. Along tunggu." putus Datin Niera. Nadia dan Naufal terus melangkah naik ke atas. Takut juga dia kalau Puan Niera mengamuk. Baik mereka berdua cau dulu.
"Along duduk sebelah Ayla." arah Datin Niera. Daniel hanya menurut lalu melabuhkan punggung disebelah Mikayla. Baru saja dia melabuhkan punggung tiba-tiba tangannya dipegang oleh Mikayla. Mata terus menoleh ke arah tangannya yang digenggam oleh isterinya itu. Tahu takut. Hari tu bukan main nak jumpa mama dia hah sekarang hadaplah.
"Awak...saya takut. Kenapa ada singa atas kepala mama awak?" bisik Mikayla.
Daniel hanya hendak ketawa terpaksa keraskan mukanya. Boleh pula isterinya bergurau masa-masa begini. Kang singa yang duduk atas kepala pergi ngam dia baru tahu. Kepala digeleng. Mikayla-Mikayla.
"Mana papa ni kata nak minum air je. Ini apa hal yang lama sangat ni?" bebel Datin Niera. Dia terus bangun dari duduknya lalu menuju ke dapur.
Hilang saja kelibat Datin Niera terus Mikayla menoleh ke arah Daniel. Bibir dimuncungkan.
"Awak...saya nak balik. Saya takutlah." rengek Mikayla. Lengan Daniel digoncang perlahan lalu kepala dijenguk ke arah ruang dapur. Takut-takut Datin Niera keluar lepastu mengamuk tak pasal-pasal dia kena.
"Hari tu kan nak jumpa sangat kan. Hah jumpalah. Borak puas-puas." perli Daniel. Mikayla terus cubit lengan Daniel. Orang tengah gabra ni boleh pula dia main-main.
"Aku hairanlah. Macam mana kau boleh berkawan dengan mama ni? Kau buat apa dekat mama?" tuduh Daniel.
"Hishhh!! Orang tak buat apa pun dekat mama. Masa tu saya tolong mama angkat barang sebab barang yang mama beli tu banyak. And then saya tolonglah. Lepastu dia nak berterima kasihlah dekat saya sebab dah tolong dia. Dan mama kata dia nak ajak saya datang rumah dia. Saya ingatkan dia nak ajak makan. Hmmm!" keluh Mikayla. Habis melayan bayangannya untuk makan di rumah mewah ini. Masa dia nak datang sini dah dah terfikirkan lobster dan king crab. Sedapnya. Tapi tulah. Angan-angan tak salah kan?
Bukan tak pernah makan sebelum ni tapi tulah dia teringin sangat nak makan. Dia nak ajak Daniel pergi makan tapi selalu sibuk. Nak makan sorang-sorang rasa macam kosong pula. Hmm!
Tuk.
Kepala Mikayla ketuk oleh Daniel. Daniel menggeleng kepala dengan perangai isterinya itu. Makan-makan. Itu jelah yang isterinya tahu.
"Hah! Mama baru tinggal sebentar dah gaduh?" jergah Datin Niera. Mikayla terus diam. Tangannya yang masih memegang lengan Daniel dicengkam kuat. Takut.
Daniel menahan keperitan dilengannga apabila dicengkam Mikayla.
"Jom kita makan dulu. Mama dah siapkan makanan." ajak Datin Niera. Mata Mikayla terus bersinar apabila mendengar perkataan 'makanan'. Lengan Daniel terus dilepaskan lalu bangun dan berdiri disebelah Datin Niera.
"Jom mama."
Daniel menggeleng kepala.
MIKAYLA MENCUIT PEHA DANIEL. Daniel terus menoleh ke arah Mikayla dengan kening yang terangkat. Mikayla mendekatkan sedikit kedudukannya untuk lebih rapat dengan Daniel. Dia nak berbisik.
"Awak. Takde lobster ke? King crab?" bisik Mikayla lalu memandang hidangan yang ada diatas meja. Hmm...dia teringin nak lobster. Tak dapat lobster, dapat king crab takpe dah. Ini dua-dua takde. Nak nangis!
Datin Niera yang melihat Daniel dan Mikayla seperti berbisik terus ditegur.
"Yang kamu berbisik ni kenapa? Tak suka makanan ni?" tanya Datin Niera garang. Walhal dia sengaja garang kan suara. Nak tengok menantu dia macam mana. Boleh tahan ke tak.
Mikayla terus menggeleng kepala. Dia bukan tak suka makanan ni tapi dia nak lobster dengan king crab.
"Tak mama. Mika suka." kata Mikayla sambil mengukirkan senyuman palsu. Wajah Daniel disebelah dipandang. Dia mengharapkan suaminya akan membelikannya lobster dengan king crab.
"Lepastu? Makanlah!"
"Awak ni, Niera. Terkejut menantu awak tu. Janganlah garang sangat." tegur Dato' Darwish.
"Entah mama ni. Kesian kawan adik ni." bela Nadia.
Puan Niera melepaskan keluhan.
"Mika minta maaf mama." Datin Niera terus memandang kearah Mikayla dengan dahi berkerut. Dah kenapa nak minta maaf ni? Ada buat salah ke?
"Sebab buat mama sakit hati." kata Mikayla.
Lauk ikan keli masak berlada dicedok lalu diletak dalam pinggan. Ikan dicubit lalu digaul dengan nasi dan dimasukkan ke dalam mulut. Datin Niera yang melihat kelakuan Mikayla jatuh kesian. Bukan niatnya untuk menyakiti menantunya, dia cuma mahu menguji saja.
"Nanti aku belikan kau lobster dengan king crab tu." bisik Daniel pada Mikayla.
Mikayla terus pandang Daniel dengan mata yang bersinar. Sukanya dia!
________
TBC
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
No FicciónNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...