BAGASI DITARIK MASUK KE DALAM RUMAH. Hampir 3 bulan dia tidak tinggal di rumah ini, akhirnya dia kembali lagi. Kawasan rumah itu dipandang. Terlepas keluhan kecil apabila dia mencalit jari ke sofa ternyata berhabuk. Jadi sepanjang dia tiada dekat rumah ni Daniel tak pernah pulang?Kalau Daniel pulang mesti tak berhabuk. Daniel pembersih orangnya. Haih Daniel!
Lengan baju terus disingsing hingga ke siku. Penyapu dan penyodok dipegang. Misi mengemas rumah bermula! Mikayla mula mengemas bahagian ruang tamu lepastu beralih ke dapur.
"Penatnya!"
Nafas kepenatan dilepaskan. Dia melabuhkan duduk diatas kerusi yang berada di dapur. Beberapa minit melegakan kepenatan terus gelas diambil lalu air Coway ditadah. Air itu terus diteguk rakus.
"Leganya!"
"Kau buat apa ni?"
Tegur seseorang membuatkan gelas yang dipegang oleh Mikayla terus terjatuh.
PRANG!
Serpihan kaca terkena pada kaki Mikayla membuatkan Mikayla mengaduh sakit. Dia terus memandang kakinya yang berdarah itu.
"Berdiri dekat situ."
Mikayla menoleh ke arah suara itu.
Daniel bergerak mengambil penyapu dan penyodok. Kaca yang bersepah disekeliling Mikayla disapu sehingga bersih. Kaca itu terus dibuang ke dalam tong sampah.
Mikayla hanya memerhati apa yang dilakukan oleh Daniel. Tiba-tiba Daniel menghulur tangannya dan membuatkan Mikayla bingung. Dah kenapa ni? Nak suruh dia pegang ke macam mana?
Daniel yang melihat Mikayla yang lambat respon terus tubuh Mikayla didukung. Menjerit Mikayla apabila Daniel yang berani mati mendukung dirinya. Mikayla diletak atas sofa dan Daniel bergerak ke laci meja televisyen lalu first aid kit dikeluarkan dari laci.
Punggung dilabuhkan disebelah Mikayla lalu kaki Mikayla diangkat dan diletak diatas pehanya. Dibuka first aid kit dan kapas diambil. Darah yang ada dikaki Mikayla dilap.
"Auch!"
Mikayla mengerang kesakitan apabila Daniel mengelap darahnya. Seperti ada yang mencucuk dilukanya itu.
"Ada kaca dalam luka kau ni. Aku nak buang ni. Kau tahan sikit." kata Daniel. Terbuntang mata Mikayla mendengar itu. Terus lengan Daniel dipegang sambil menggeleng kepala berkali-kali. Dia tak nak!!
"Awak! Tak nak! Sakit!" Jerit Mikayla.
"Ish kau ni. Kalau tak buang nanti sakit. Kau diam je." Marah Daniel. Air mata Mikayla sudah mengalir keluar.
"Tapi sakit..." ujar Mikayla.
Daniel melepaskan keluhan. Kusyen yang ada diatas sofa diberi kepada Mikayla.
"Pegang kusyen ni. Kalau sakit, genggam kusyen ni kuat-kuat." arah Daniel. Mikayla merenung kusyen itu lalu dipeluk. Daniel mengambil pengepit kecil yang ada dalam first aid kit itu lalu mengepit kaca yang ada dalam luka Mikayla.
"Argghhh!!!" jerit Mikayla apabila kaca itu dikeluar. Kuat dia menggenggam kusyen itu sambil mengetap bibir. Sakitnya ya Allah!
Daniel terus mengelap darah yang banyak keluar itu. Dia menyapu ubat pada luka Mikayla dan terus dibalut. Dia menoleh kearah Mikayla yang menangis teresak-esak. First aid kit disimpan ke dalam laci semula. Dia terus melabuhkan duduk disebelah Mikayla lalu tubuh Mikayla terus dipeluk.
"Dah siap. Stop cry."
"Tapi sakit."
"Sakit sekejap je tu nanti hilanglah. Cengeng betul kau ni. Luka sikit pun nak nangis."
Air mata Mikayla terus diusap. Mikayla mendekatkan dirinya dengan Daniel lalu dia merebahkan kepalanya diatas riba Daniel. Dia mengantuk. Nak tidur. Daniel hanya membiarkan sambil mengusap rambut Mikayla.
MIKAYLA MENILIK PENAMPILANNYA DIHADAPAN CERMIN. Cantik. Perfume vanila disembur ke seluruh badan. Rambutnya yang terjuntai dirapikan sedikit supaya kelihatan kemas. Beg buku dicapai lalu melangkah turun ke bawah dengan hati-hati. Kakinya masih belum sembuh lagi.
Daniel yang sedang menikmati sarapan terus menoleh ke tangga apabila bunyi derapan kaki seseorang. Dilihat penampilan Mikayla dari atas sampai bawah.
"Nak pergi mana?" soal Daniel. Mikayla terus menuju ke arah Daniel lalu kerusi disebelah Daniel ditarik.
"Saya nak pergi kelas. Hari ni kan subject perniagaan. Jadi saya kenalah masuk." kata Mikayla. Tali leher Daniel yang sedikit senget dirapikan. Daniel menelan air liur dengan tindakan spontan dari Mikayla.
"Kang handsome suami saya macam ni. Oh by the way, saya pergi dengan Nad tau kelas hari ni." Bagitau Mikayla. Mee goreng yang Daniel pegangan terus dimasukkan ke dalam mulut.
Daniel menggeleng kepala. Tak boleh dijangka tingkah laku Mikayla ni.
"Nak salam!"
Tangan dihulur. Daniel menghulurkan tangan lalu disambut oleh Mikayla.
CUP!
Pipi Daniel dicium sekilas.
"Bye!"
Mikayla terus berlari keluar selepas mencium pipi Daniel. Hahaha...
DANIEL MELANGKAH MASUK KE DALAM DEWAN KULIAH. Semua pelajar mula tumpukan perhatian kepada Daniel. Sejak kedinginan dan kemarahan Daniel yang sangat mengerunkan membuatkan semua pelajar takut untuk mencuri tulang.
Daniel memandang semua pelajarnya dan matanya terus tertumpu pada Mikayla.
Mikayla turut memandang Daniel dengan senyuman manis. Satu kenyitan mata dihadiahkan kepada Daniel. Suka dia mengusik Daniel. Baginya Daniel sangat menghiburkan hatinya. Dengan muka ketatnya. Aduh! Ganteng banget!
"Ehem! Saya ambil kehadiran dulu."
Selesai mengambil kehadiran terus sesi pembelajaran dimulai. Sedang asyik belajar tiba-tiba bunyi deringan telefon.
Ding dang...Ding dang...
Daniel yang sedang menulis terus terhenti. Dia pusing ke belakang lalu marker pen dihempas kasar diatas meja. Dia paling pantang kalau dia mengajar, pelajar tidak silent telefon.
"Telefon siapa berbunyi!" jerit Daniel kuat. Semua pelajar menelan air liur.
Mikayla terus bangun dari duduknya. Dia menundukkan kepalanya sedikit. Takut! Telefon dia berbunyi tadi. Dia lupa nak silent tadi.
"Sorry Mr Daniel. Saya lupa nak silent tadi." ujar Mikayla.
"Lupa? Kamu buat apa? Dah banyak kali saya pesan telefon silent masa kelas bermula! Takkan perkara ni saya nak kena ulang selalu! Dah besar boleh fikir!" marah Daniel. Mikayla diam. Tubir air mata mula bergenang. Nak nangis! Daniel marah dia!
"Saya minta maaf. Saya takkan ulangi lagi." ujar Mikayla perlahan.
Daniel melepaskan keluhan.
"Keluar!" arah Daniel.
Mikayla terus mengangkat mukanya memandang Daniel. Dia tidak percaya yang Daniel sanggup halau dia. Sampai hati!
"Tapi..."
"Keluar! Saya tak akan ulang untuk kali ketiga." ujar Daniel mendatar.
Mikayla memandang Nadia disebelah. Nadia turut rasa simpati terhadap Mikayla tapi nak buat macam mana, kang tak pasal-pasal dia terkena sekali. Mikayla mengangkat beg dan buku-buku keluar dari dewan kuliah. Sebelum dia melangkah keluar sempat dia pandang Daniel seketika.
Daniel buat tak tahu. Mikayla melepaskan keluhan.
_______________________________________________________
(Korang suka cerita ni lebih pendek atau panjang? And sad ending or happy ending?)
Kalau bagi saya, saya suka cerita pendek and sad ending. Gituwww... Kalau cerita panjang² rasa malas nak baca. Hahaha. For me lah. Kalau korang saya tak tahu. Atas cita rasa sendiri.
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
Kurgu OlmayanNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...