"ALONGGG!!!!" JERIT NADIA KUAT. TERLOPONG mulutnya apabila perkara itu terjadi dihadapn matanya. Dia terus duduk disamping Mikayla yang sudah menangis teresak-esak. Bahu Mikayla diusap perlahan.
Daniel yang mendengar jeritan Nadia terus menolak kuat badan Adni yang berada diatasnya. Matanya terus tertumpu pada Nadia dan Mikayla. Dia turun dari katil dengan kepala yang sakit. Dia hendak mendekati Mikayla namun dia terjatuh.
"Mikayla..." seru Daniel.
Dia hendak mendekati Mikayla tapi dia tak mampu. Dia nak peluk badan itu dan terangkan apa yang dah terjadi. Tapi dia tak mampu. Kepalanya bagai hendak pecah. Nafasnya mula tidak teratur. Dia panas!
"Mi...Mikayla." Seru Daniel lagi. Dia cuba untuk dekati Mikayla lagi tapi tak boleh.
Mikayla terus bangun dari duduknya dan berlari keluar dari bilik itu. Dia tak mampu nak tengok apa yang dah terjadi. Dia sakit! Sakit sangat! Dadanya ditepuk-tepuk dengan kuat. Sakit!
Sampai di kereta terus enjin kereta dihidupkan dan mula meninggalkan kawasan hotel itu. Air mata dibiarkan mengalir laju. Hatinya sakit. Kenapa bahagia dia hanya sementara saja? Kenapa?!!!
Stereng kereta ditumbuk dengan kuat. Hujan mula membasahi bumi kala ini.
Mikayla terus berhenti kereta di R&R. Kepala terus dijatuhkan diatas stereng sambil menangis teresak-esak. Sakit! Sakit tengok suami sendiri berada diatas katil bersama wanita lain. Itu sakit sangat baginya. Apa kurangnya dia? Apa yang istimewa Adni?
"ARGGHHH!!!! AKU BENCI KAU, DANIEL!!!!!" jerit Mikayla kuat disilangi hujan yang lebat.
"Sakit ya Allah!" rintih Mikayla.
KRING...KRING...
Telefon disebelah dipandang lalu nama pemanggil dilihat. Panggilan itu terus diangkat. Air mata dikesat dan suara dibetulkan. Taknak orang tahu yang dia menangis.
"Hello?"
Mendengar apa yang dikatakan oleh si pemanggil membuat air mata semakin laju mengalir. Telefon terus terlepas dari tangan. Terketar-ketar tangannya saat ini.
"Mommy.... Daddyyy..." seru Mikayla.
NADIA HANYA MELIHAT MIKAYLA YANG SUDAH keluar dari bilik itu. Dia bangun dari duduknya lalu dia bergerak ke arah Adni yang sedang menangis sambil menekup muka dilutut. Dipandang badan Adni dengan perasaan geram. Tanpa berkata apa-apa terus dia menarik rambut Adni dengan kuat dan membuatkan Adni meronta-ronta.
"Kau memang sial lah perempuan!!" Semakin kuat Nadia menarik rambut Adni.
PANG!
Sebuah tamparan di hadiah pada pipi Adni. Dadanya berombak kencang menahan sabar. Sekali lagi rambut Adni ditarik dengan kuat dan membuatkan Adni penat untuk berlawan. Nadia terlalu kasar. Baru saja Nadia hendak menampar wajah Adni sekali lagi tiba-tiba tangannya dipegang seseorang.
"Dah adik! Mati perempuan ni nanti!" larang Naufal.
Tubuh adik kembarnya dibawa masuk ke dalam pelukan. Air mata Nadia terus mengalir. Baju Naufal digenggam kuat menahan esakan. Dia turut tersakiti. Walaupun bukan dia yang kena tapi dia sebagai perempuan turut merasakan perkara itu. Sakit dicurangi dan diduakan.
"Shhhh.." pujuk Naufal. Belakang badan Nadia diusap perlahan.
Anne yang berada disitu terus berjalan ke arah Adni lalu tangan Adni ditarik kuat untuk mengikutinya. Adni yang tidak bersedia dengan tindakan itu hanya mengikut langkah laju Anne. Pintu bilik air ditendang oleh Anne lalu tubuh Adni ditolak masuk ke dalam bilik mandi.
"Kau memang perempuan murah!" jerit Anne.
Telefon terus dikeluarkan lalu kamera dibuka. Dia mula merakam video Adni yang tiada seutas benang dibadannya. Adni terus menutup badannya apabila melihat Anne mula merakam.
"No!"
"Ini balasan untuk kau perempuan! Sebab kau dah buat kawan aku terluka! Aku akan sebarkan video ni dekat media sosial! Biar semua orang tengok maruah kau tu!!"
Telefon terus disimpan. Pintu bilik air ditutup kuat. Anne terus berjalan ke arah Naufal semula. Bahu Naufal disentuh.
"You tolong abang you. I bawa Nadia ke kereta." ujar Anne lembut.
Naufal mengangguk kepala lalu tubuh Nadia dah lemah itu dilepaskan. Anne terus memegang pinggang Nadia kuat untuk stabilkan diri Nadia. Dia dan Nadia melangkah keluar dari bilik itu.
Naufal berjalan ke arah Daniel yang sudah tidak sedarkan diri. Pakaian milik Daniel disarung ke badan Daniel. Dia berlari ke luar bilik untuk meminta bantuan. Seorang petugas hotel itu lalu dan terus Naufal memanggil.
"Encik! Tolong saya!"
Petugas hotel terus berjalan ke arah Naufal.
"Tolong pimpin dia ke kereta saya boleh tak?" Tanya Naufal. Petugas hotel itu mengangguk kepala. Naufal dan pertugas hotel itu mula memimpin Daniel keluar dari bilik hotel itu.
SELEPAS KEJADIAN DI HOTEL ITU TERUS MIKAYLA terbang ke Singapura selepas mendapat panggilan yang mengatakan kedua orang tuanya kemalangan dan meninggal dunia. Dirinya usah kata ketika itu. Sangat lemah. Benda terjadi dalam masa terdekat dan membuatkan dia terjatuh. Sakit? Ya. Sangat.
Kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik mayat. Dia mendekati jasad kedua orang tuanya itu. Wajah Milerina Shauqin dan Lucas Adwardo ditatap dengan berlinang air mata. Badan dipusing memandang Milerina Shauqin lalu tubuh itu dipeluk dan dicium. Dia turut melakukan benda yang sama kepada Lucas Adwardo.
"Maafkan Mika, mommy daddy. Maafkan Mika...."
Mikayla terus terduduk. Dia tak mampu. Segala kekuatannya sekarang ini melayang pergi.
"Kenapa mommy dengan daddy tinggalkan baby? Mommy dengan daddy dah bosan ke jaga baby? Baby penat mommy. Baby nak ikut daddy dengan mommy boleh? Kita bertiga. Tapi...kita tak boleh bersama di sana nanti." Teresak-esak Mikayla disitu.
"I sayangkan korang. Maafkan baby. "
Air mata terus mengalir tanpa disekat.
Selesai saja upacara dikremasi mayat Lucas Adwardo dan Milerina Shauqin, kini abu milik keduanya diberikan kepada Mikayla. Mikayla mengambil bekas yang diletak abu mommy. Manakala abu daddynya diambil oleh sepupu, Mike.
Abu dan bunga rose hidup itu dibuang ke tengah laut bersama. Hardie memeluk tubuh anak saudaranya itu. Dia turut merasa kehilangan. Dia kehilangan satu-satunya abangnya.
Tiba-tiba Mikayla terus rebah di atas kapal dan tidak sedarkan diri.
_________________________________________________
Jangan lupa vote ☺️
YOU ARE READING
My Lecturer Mr. Daniel [C]
Non-FictionNAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura ne...