Bab 3

474 51 0
                                    

Selesai sahaja menyuapkan Puan Yasmin makan, aku bergerak menuju dapur bersama dulang berisi pinggan dan cawan kotor. Dalam perjalanan ke dapur, aku berselisih dengan Tuan Arkan yang baru menuruni tangga.

"Selamat pagi, tuan." Aku menyapa sambil tersenyum kekok. Masih malu dengannya tentang kejadian malam tadi.

Dia hanya mengangguk lalu mengatur langkah ke arah meja makan. Dia selesa memakai tshirt putih bersama seluar panjang kotak-kotak apabila berada di rumah.

Aku berlalu ke dapur untuk membasuh pinggan dan cawan kotor tadi. Mak Timah pula sedang sibuk menyelongkar peti sejuk. Entah apa yang dicarinya pun aku tak tahu.

"Mak Timah cari apa dalam peti ais tu?"

"Tengah periksa barang basah ni. Banyak yang dah habis."

"Mak Timah list kan lah dulu barang apa yang perlu. Nanti Risya keluar pergi beli. Risya pun nak beli barang keperluan Alya hari ni."

"Haa eloklah tu. Sekejap Mak Timah tulis." Mak Timah mencapai pen dan kertas yang berada di atas peti sejuk lalu dia catatkan segala keperluan dapur yang perlu dibeli.

"Kalau macam tu Risya pergi bersiap dulu lah Mak Timah." Aku berlalu keluar dari dapur setelah mendapat respon dari Mak Timah.

Ketika aku melewati meja makan, Tuan Arkan menyeru namaku. Langkahku terhenti dan berpaling menghadap Tuan Arkan yang masih menjamu sarapan pagi di meja.

"Awak nak keluar ke kejap lagi?"soalnya.

"Haah. Nak beli barang dapur dan keperluan peribadi sikit. Boleh kan tuan?" Sengaja aku bertanya. Risau juga jika dia tak benarkan aku keluar. Tapi aku keluar bukan sengaja untuk curi tulang. Ini adalah sebahagian dari tugas aku.

"Pergi naik apa?"

"Macam biasa naik grab."

"Hm. Siaplah. Kita pergi sekali. Saya pun nak keluar beli barang." Tuan Arkan sudah mula bangun dari kerusi.

Aku pula masih terkebil-kebil di situ. Tak percaya dia nak pergi beli barang dengan aku. Serius ke ni?

Aku lihat dia telahpun memanjat tangga untuk ke bilik. Aku pun berlalu ke bilik untuk bersiap.

Dalam 15 minit, aku sudah siap memakai pakaian dan Alya juga turut aku siapkan. Budak kecil ini aku perlu bawa dia ke mana sahaja. Jika ditinggalkan pasti akan meraung. Tadi dia masih lagi tidur. Awal pagi kerjanya tidur dan lewat malam dia akan terjaga meminta susu.

Buat pertama kalinya aku menaiki kereta mewah berjenama BMW. Aku duduk di bahagian depan bersebelahan pemandu. Kalau duduk di belakang, aku pula yang jadi bos dan Tuan Arkan jadi driver aku. Kelakar lah pula.

"Nak pergi pasaraya mana?"soal Tuan Arkan.

"Pergi Pasaraya Mydin. Saya rasa ada promosi sekarang ni."

Tuan Arkan mengangguk sambil tersenyum. Kereta mewahnya dipandu keluar dari perkarangan rumah.

Setibanya di pasaraya Mydin, aku pilihkan barang dapur manakala Tuan Arkan bantu aku mendukung Alya. Kebiasaannya jika aku keluar bersama Alya, aku akan memakai baby carier. Tapi hari ini Tuan Arkan yang memakai alat itu dan mendukung Alya dari depan.

Selesai memilih bahan basah, aku menuju ke rak yang terdapat lampin bayi. Manakala Tuan Arkan sudah hilang entah ke mana. Mungkin dia sedang mencari barang yang dia inginkan.

Sedang aku memilih lampin pakai buang, aku terdengar suara seseorang sedang menegurku.

"Risya?"

Aku cukup kenal suara itu. Tanpa menoleh, aku melajukan langkah meninggalkan tempat itu.

"Risya, tunggu." Pergelanganku disambar. Aku cuba menepis tetapi genggamannya terlalu kuat.

"Awak nak apa lagi?Sa-sakit lah Zamir...lepaskan saya."

"Oh... Kau cuba lari dari aku. Kau jangan ingat  aku tak boleh cari kau. Kau duduk mana eh sekarang?" Genggaman tangan Zamir semakin kuat. Renungan matanya tajam menikam mataku.

Aku sedikit menggigil. Takut dengan tatapan matanya yang penuh dengan rasa amarah.

"Apa hal ni?" Tiba-tiba ada suara menegur dari arah belakang. Pegangan Zamir yang tadi ketat menjadi longgar. Aku langsung lari bersembunyi di balik tubuh Tuan Arkan setelah berjaya melepaskan genggaman Zamir tadi. Mujur Tuan Arkan tiba di situ.

"Kau tak payah sibuk lah. Ini hal rumahtangga aku. Kau siapa nak masuk campur?"

Tuan Arkan memandang aku di belakangnya. "Suami awak ke?"soalnya.

"Bekas suami,"jawabku dalam keadaan sedikit takut. Wajah Zamir kelihatan ketat memandang kami berdua.

"Jadi, encik ni bekas suami Arisya. Maksudnya encik dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia."Tuan Arkan maju selangkah ke hadapan untuk berdepan dengan Zamir.

Zamir tersenyum sinis. Dia turut melangkah ke depan dan mengakibatkan jarak mereka agak rapat ketika itu. Jantung aku mula berdebar. Janganlah ada berlaku pergaduhan di sini. Zamir bukan boleh percaya. Sikap panas barannya sukar untuk dikawal.

Tiba-tiba kedengaran rengekan si kecil Alya yang masih berada dalam dukungan Tuan Arkan.

"Anak ni anak aku. Jadi aku masih ada hak untuk berhubung dengan dia. Kau pula siapa? Suami dia?" Suara Zamir semakin meninggi dan mengakibatkan beberapa orang yang berada berdekatan situ memerhatikannya.

"Aku majikan dia. Jadi aku ada hak untuk jaga keselamatan pekerja aku. Aku nampak kau berkasar dengan dia tadi. Kau ingat aku boleh duduk diam biar kau cederakan dia?"

"Oh, majikan... dan dia pekerja kau. Kerja apa? Jadi pelacur?"

Buk!

Satu tumbukan tepat melayang ke muka Zamir sehingga mengakibatkan tubuhnya jatuh ke lantai. Aku menerkup mulut dengan mata terbeliak. Terkejut dengan tindakan Tuan Arkan.

"Mulut kau jangan kurang ajar sangat. Arisya ni pernah jadi isteri kau dan mengandungkan anak kau. Kesian aku dengan Alya ni sebab dapat ayah macam kau." Tuan Arkan menjerkah Zamir sehingga ramai orang datang mengerumuni tempat itu. Bunyi tangisan Alya mula bergema. Pasti Alya ketakutan sekarang ini.

"Arisya, let's go." Tuan Arkan menolak troli yang sudah penuh dengan barangan yang hendak dibeli. Aku mengekorinya dari belakang untuk menuju ke kaunter pembayaran.

Aku tersenyum kecil. Rasa terharu dengan tindakan Tuan Arkan kerana membelaku sebentar tadi. Memang patut Zamir dapat tumbukan percuma tadi. Puas hati aku apabila Tuan Arkan dapat mengajar makhluk narsis itu. Lidahnya tak pernah dijaga. Suka hati nak berkata apa saja. Telinga aku sudah puas mendengar caci-makinya selama ini.

Kita Pernah TerlukaWhere stories live. Discover now